Insta Stories yang dikongsikan bekas isteri kepada pemuzik, Ude Wahid, Intan Liana Saleh memperlihatkan ibu tunggal ini memberi persepsinya mengenai hubungan baik personaliti media sosial, Farah Lee bersama bekas suaminya, Ally Iskandar.
Entri tersebut antara lain bagaimanapun menjelaskan, apa yang dikatakannya itu bukanlah untuk berbaik dengan Ude kerana tidak ingin dilabel sebagai wanita yang gila talak.
Cuma baginya, sekiranya hubungan suami isteri yang sudah berpisah tetap masih lagi baik, akan tiada negative vibe kepada anak-anak.
Ads
Bagaimanapun, Intan turut memaklumkan orang perempuan cepat memaafkan, berbeza dengan dirinya.
Pada masa sama, Intan turut mengaitkan mengenai isu orang ketiga.
Ads
Ads
Terdahulu, Ude dan Intan mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2013 kemudian bercerai talak satu pada 22 Mac lalu.
Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 2 tahun.
Foto: Instagram Intan Liana Saleh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan, Datuk Seri Vida mengakui bahawa anaknya, Cik B gemar makan makanan segera.
Lantas, perkara itu dikata menyebabkan Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen semakin montel.
“Saya dah KuYus tak? Tengok betul betul..tak edit edit yer… Cik B kuRus ni the making.. @gelpanas_kuyus_hervaganza
“Hari Ibu semalam mama dgn CIK B KACAK dapat gi bazar Ramadan.. 1st time g BaZar Ramadan dgn CIK B & KACAK..sebab MAMA SELALU BZ..
“CIK B & KACAK BANYAK MEMBESAR DENGAN BIBIK..sampaikan dah besarpun..bibik pakaikan baju..sikat rambut..lap lap semua…tapi skrg dah ok sikit..tu la. Jika Cii B pandai apa sikit..Mama Xcited lebih,” tulisnya.
Dalam pada itu, DSV juga mendedahkan tabiat Cik B yang gemar makan makanan segera.
“Cik B mama lahirkan puteh Gebu..montel..rambut Kerinting. Comel..tapi cik B jadi GEMok sebab tiap malam C BiBIK dulu benarkan Cik B makan BurGer banyak sangat.. tiap malam burger burger..mama tak tahu..hingga habit Cik B nak makan burger je…affect dia Cik B jadi *MOQ..
“Dah tahu tu punca dia..mama dah haramkan Cik B makan BuRger… Pengawit dalam burger tu..buat kulit Cik B jadi Hitam.. samatelah Cik B mudah alergic kat ubat Antibiotik ..telinga & bibir jadi tebal… Tapi antibody Cik B kuat… Alhamdulillahhh..seingat Mama CIk B tak pernah demam..jaranG..kalau demmam q hari tido..pastu ok..Macam Mama..???
“Mama selalu BZ g sini sana..kerja Tak habis sejak dulu..terutama bila mama selalu kluar TV ..taja tu taja ni.. Skrg Mama nak banyakkan habis kan dgn Cik B..nak groomkan Cik B jadi Usahawan dari kecil..mama pun niaga dari kecil. Modal sen sen dulu.. Alhamdulilahh..cik B dah ada produk Cik B sendiri.. @cikb_hq_salmon_saltedegg. Mama bangga sebab Cik B punya idea n Design Ciik B .
“Cik B & Kacak banyak dok dalam bilik.. Pemalu..main Games kuat…mama Lok jer la..asalkan dapar hiburkan hati Cik B & Kacak.. Mmg payah nak buat video & rakam dgn mrk ni..sebab PEMALU SANGAT..LONI JE OK SKT..sebbab mama kena paksa Exposekan diri.. Sampai bila nak malu.?
“Mujur skg semua dah ok sikit.. Mama akan cari masa bersama Cik B & Kacak..Cik b & Kacak bole bawa beeunding..idea mrk IN..mungkin senab main phone kuat..byk.dapat input…
“Sempena hari IbU..Mama doakan agar Apa yg Cik B & KACAK selalu doakan tu Allah cepat makbulkan ..
“MAMa akan pastikan Cik B jadi HEBAT.. Kurus..Cantik..Puteh..Gebu,” tulisnya panjang lebar
Dukacita apabila dimaklumkan, pengasas produk kecantikan Dnars, Faziani Rohban Ahmad, 39, maut, dalam kemalangan antara Toyota Estima dengan sebuah lori di Pattani, Thailand, awal hari ini.
Memetik laporan Harian Metro, suaminy, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, turut dilaporkan cedera.
Kejadian itu disahkan adik mangsa, Mohd Faizul Rohban, 34, selepas dihubungi suami mangsa, kira-kira jam 10.30 pagi tadi.
Foto: Instagram Faziani Rohban
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon kacukan, Dini Azan Schatzmann yang mulai dikenali menerusi drama bersiri, Cik Reen Cik Ngok Ngek menafikan dirinya kini bercinta dengan pelakon Janna Nick.
Sebaliknya, pelakon berusia 25 tahun itu lebih senang untuk berkawan dengan semua orang, sementelah dirinya masih lagi baru dalam dunia lakonan tanah air.
“Saya dengan dia ada bekerjsama menerusi sebuah drama iaitu Bukan Cinta Aku.
Dalam drama tersebut, Janna pegang watak sebagai kakak saya. Jadi secara tak langsung dia banyak membantu saya dalam lakonan, memandangkan drama tersebut merupakan percubaan saya yang kedua.
“Malah, saya sendiri masih rasakan kualiti lakonan pun masih perlu diperbaiki, jadi dia membantu dan kami menjadi kawan,”jelasnya kepada MH.
Diajukan sama ada keduanya mempunyai hubungan istimewa apabila Janna dilihat sering memberikan komen terhadap kebanyakan foto aktor tersebut di Instagram, ini jawapan Dini ada jawapannya sendiri.
“Dalam industri seni ini, saya masih lagi baru dan tak kenali ramai penggiat seni lainnya. Kalau yang kenal pun saya akan teruskan hubungan berkawan itu. Macam dia, saya berkawan. Macam komen-komen di IG pun, setakat itu sajalah,” terangnya.
Ditanya adakah Janna Nick mempunyai ciri wanita pilihan, Dinie mengakui bintang Cari Aku Di Syurga itu seorang yang peramah.
“Dia wanita dan pelakon yang saya kagumi dan saya letakkannya sebagai kawan yang baik. Saya senang berkawan dengan dia, sama juga macam Fikry Ibrahim dan Hafidz Roshdi di set pun saya baik.
“Suka berkawan dengan artis lain di lokasi penggambaran sebab secara tak langsung saya boleh belajar sesuatu daripada mereka. Macam mana nak minta diajar, kenalah berkawan,” katanya lagi kepada MH.
“Dia pun seorang yang ‘bubbly person’ dan peramah. Siapa yang tak suka dengan individu yang ada sikap sedemikian,” katanya yang turut memberitahu turut berkawan rapat dengan Farah Nabila dan Nabila Razali.
Penyanyi, Marsha Milan mendedahkan dirinya kini sedang berdepan ujian kesihatan pada waktu yang cukup kritikal, iaitu kira-kira dua minggu sebelum berlangsungnya pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).