Baru-baru ini, penyanyi Amelina ada memuat naik sekeping di laman media sosial Instagram miliknya.

Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin telah berkongsi gambar ketika dia menyambut pagi syawal bersama anak-anaknya.

Dalam pada itu, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Asyik itu meluahkan rasa syukur kerana memiliki anak-anak yang sangat memahami ibunya.

“Janda aku janda Aku janda anak 6 Walau aku janda tapi hati aku senang”

“Sambutan hari raya setiap tahun Kaklong menyambutnya dgn sederhana. Kaklong berbangga & rasa sgt beruntung kerana mempunyai anak2 yg mmg cukup memahami ibunya.

IKLAN

“Mereka tidak banyak kerenah malah selalu berkata supaya kami bersederhana bila hari raya. cukup seadanya.

“Begitu juga Kaklong beruntung kpd Allah SWT kerana mempunyai ibu & adik2 yg selalu berada di samping Kaklong memberikan semangat & sokongan dlm membesarkan anak2.

“Inilah keluarga besar Kaklong.. SELAMAT HARI RAYA…MAAF ZAHIR BATIN..”tulisnya.

IKLAN

Di samping itu, peminat memberikan kata-kata semangat dan dorongan kepada penyanyi yang berusia 44 tahun.

IKLAN

“Tapi Hati Aku Senang,” – Amelina Tak Malu Mengaku Dirinya Janda Anak 6 “Tapi Hati Aku Senang,” – Amelina Tak Malu Mengaku Dirinya Janda Anak 6

Semoga Amelina terus cekal dan tabah dalam menghadapi dugaan kehidupan.

Terdahulu, Amelina diijabkaulkan bersama usahawan Reduan Mahamood pada 20 Mei 1999 namun telah berpisah pada tahun 2014.

Foto : Instagram Amelina

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI