‘Tanam Sayur-sayuran Di Rumah Adalah Minat Baru Saya’ – Anzalna Nasir

Wah siapa sangka pelakon cantik, Anzalna Nasir mempunyai hobi untuk berkebun dan bercucuk tanam.

Menerusi sumber Astro Gempak, Anzalna telah memberitahu bahawa dia kini mempunyai hobi baru iaitu bercucuk tanam.

“Menanam sayur-sayuran di rumah menjadi minat baru saya sekarang. Ada pokok cili, daun kunyit dan macam-macam lagi,” katanya kepada Astro Gempak.

Katanya lagi, dia juga adakalanya sering ke Sungai Buloh untuk mencari pokok bunga yang disukainya.

Selain bercucuk tanam, Anzalna juga mempunyai hobi baru yang lain iaitu melukis dan setiap lukisannya itu akan dijual dan hasil jualan akan didermakan kepada orang yang memerlukan.

IKLAN

“Saya juga menghabiskan masa dengan mengasah semula bakat melukis saya dan insya-Allah semua lukisan itu saya akan jual untuk disalurkan kepada badan kebajikan,”  katanya lagi.

Dalam pada itu, Anzalna berkata dia tidak mengambil sebarang tawaran kerja di bulan Ramadan kerana mahu memberi tumpuan kepada suaminya yang menghidap gastrik.

“Setiap hari pada bulan Ramadan saya akan bangun awal pagi untuk menyediakan hidangan sahur untuk suami saya. Sama seperti tahun-tahun sebelum ini.

 

“Saya harus pastikan dia mengisi perut untuk berpuasa sepanjang hari,” katanya.

Ini baru betul-betul isteri solehah, sanggup menolak tawaran kerja hanya untuk memastikan kesihatan suami tercinta sentiasa dalam keadaan baik.

IKLAN

Sikap Anzalna ini mungkin boleh dijadikan contoh untuk para isteri di luar sana.

Apapun MH doakan semoga kesihatan suami Anzalna sentiasa dalam keadaan baik. 

Sumber: Astro Gempak