Konsert sulung Dolla Re: Birth The Experience di Zepp Kuala Lumpur, malam tadi nyata menjadi memori manis buat para peminat mereka, iDollas.
Menerusi konsert yang bermula sekitar jam 8.30 malam itu, Dolla yang dianggotai Angel, Sabronzo, dan Tabby nyata memukau memberikan persembahan penuh energi.
Penganjurnya, Hitman Solutions, menyifatkan konsert sulung Dolla selepas lebih empat tahun mencipta nama dalam industri menjadi bukti hasil kerja keras mereka selama ini.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengasas Hitman Group, Rohit Rampal cukup teruja dan berbesar hati dapat menampilkan penghibur masa kini penuh inovatif itu.
“Koreografi padu, vokal secara langsung yang mantap, dan tenaga tanpa batas mereka, menghasilkan persembahan luar biasa.
“Ia menjadi bukti ketara terhadap masa depan yang cerah buat kumpulan wanita Malaysia ini untuk terus maju.
Ads
“Matlamat kami adalah untuk menyediakan artis meningkat naik dengan pementasan dan kualiti produksi yang menyaingi taraf antarabangsa,” katanya.
Dalam pada itu, Pengarah urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim juga teruja melihat pencapaian terkini Dolla.
Ads
“Konsert ini menjadi pengalaman luar biasa dan mendalam untuk peminat setia yang digelar iDolla,dan walaupun anda bukan peminat tegar, saya yakin anda akan menikmati setiap lagu, gerakan dan koreografi yang mencerminkan usaha keras yang telah dilakukan oleh seluruh pasukan dalam beberapa bulan terakhir.”
“Konsert ini adalah suatu langkah besar dalam menggabungkan teknologi produksi terkini dengan hiburan, dan membolehkan kami memperluaskan kreativiti kami serta berkongsi muzik unik Dolla.
“Dolla Re: Birth The Experience bukan sekadar konsert biasa, ia adalah sambungan kepada semangat dan komitmen yang telah kami curahkan sepenuh hati,” katanya.
Sementara itu, konsert lebih sejam itu juga tidak sunyi setiap kali selingan termasuk video di sebalik tabir serta dedikasi ibu bapa dan insan terdekat dalam kerjaya mereka.
Diiringi pemuzik dengan susunan muzik yang padu, kumpulan berkenaan menyampaikan barisan lagu hits mereka, antaranya Bad, Dolla Make You Wanna, Drip, Best Side, LAT, Damelo, Masa, Impikan, Sudi, Berani, Classic, Bo$$ Up, dan banyak lagi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Pelakon Taiyuddin Bakar berpandangan orang luar tidak sepatutnya mempertikai dan mempersenda tindakan selebriti popular, Aliff Aziz yang menyertai jemaah tabligh lebih-lebih lagi selepas namanya terpalit kontroversi.
Menurut Taiyuddin atau lebih mesra disapa Tai, kita sepatutnya menunjukkan sokongan kepada sesiapa sahaja yang berusaha berubah ke jalan agama.
“Bila kita datang kepada usaha agama, kita akan mula belajar bagaimana untuk jadikan mata kita seperti mata lebah. Duduk dalam timbunan sampah pun kita akan cari yang manis-manis.
“Kalau kita tidak berusaha seperti itu, mata kita akan jadi macam mata lalat. Letak di taman yang paling cantik dan penuh wangian sekali pun, kita akan tetap cari sampah.
“Bagi segelintir pihak yang melihat secara straight forward dan hanya pada dasar, lalu terus menjatuhkan hukum, saya bersedih untuk mereka,” katanya kepada MH.
Pelakon filem Hantu Bonceng itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Showcase Uncure: Palestin Hak Yang Di Dinafikan, baru-baru ini.
Katanya lagi, sebagai manusia, kita tidak layak untuk mempertikaikan niat orang lain terhadap agama.
“Bagaimana niat Aliff Aziz untuk dirinya sendiri, kerjaya, dan apa sahaja yang dia mahukan ketika sertai jemaah tabligh, itu urusan antara dia dan Allah.
“Andai kata niatnya untuk menggunakan kayu sugi itu lurus kerana Alla, antara khasiatnya, dia akan dapat mengucap dua kalimah syahadah dengan mudah ketika nak meninggal nanti.
“Bagi saya, jika niat Aliff lurus di sisi Allah, dialah yang beruntung. Kita yang bercakap ni menanggung rugi,” katanya.
Dalam pada itu, Tai yang kini merupakan vokalis bagi kumpulan underground, Uncure merasakan masyarakat masa kini sudah jauh daripada landasan agama.
“Sudah lebih 1400 tahun Nabi meninggalkan kita. Islam dan Nabi itu jauh daripada kita. Kita hanya bersangka-sangka hidup dalam keadaan Islam.
“Namun, ada pula yang ingat kemunculan kami ini semata untuk terbiyah. Padahal, niat kita adalah untuk mengingatkan orang kepada Allah dan Rasul.
“Namun, disebabkan kelemahan kita sendiri, buatkan orang lagi jauh. Ini juga perkara yang harus saya fikirkan kembali,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Tai turut mengakui ada dikalangan rakan-rakannya yang menjauh setelah dia aktif bergerak bersama kumpulan tabligh.
“Memang ada rakan-rakan dan kenalan yang menjauh. Namun, saya rasa terlampau kecil jika ingin dibandingkan dengan para sahabat Nabi.
“Mereka bukan sahaja kehilangan rakan-rakan, malah ahli keluarga sendiri. Jadi, diharapkan usaha saya ini walaupun tidak sempurna, dapat menjadi asbab hidayah dan kembali menjalinkan ukhwan dengan baik,” akhirinya.
Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video yang memaparkan Aliff sedang menyertai aktivi bersama jemaah tabligh.
Malah, video tersebut turut mendapat respon bercampur baur daripada netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Aufahanie menulis doa ringkas buat Allahyarham abangnya, Nidza Afham yang ditemui meninggal dunia selepas dilaporkan hilang, petang Rabu.
Menerusi perkongsian Insta Stories miliknya, Aufahanie atau nama sebenarnya, Aufahanie Mokhtar, 21, menitipkan doa buat arwah abang tersayang.
“I love you Am. Bahagialah di Syurga Firdausi,” tulisnya ringkas bersama dua fotonya bersama Afham ketika kecil.
Terdahulu, Afham dilaporkan hilang ketika keluar berjogging di Stadium Sultan Suleiman, Klang seorang diri pada malam kelmarin.
Teman wanita mangsa akhirnya mengesan telefon bimbit mangsa berdekatan jambatan Sungai Klang selepas gagal dihubungi.
Susulan itu, keluarga mangsa bergegas ke tempat kejadian turut menemui telefon bimbit dan dompet milik mangsa.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan mayat lelaki yang ditemui di sekitar jambatan Sungai Klang kira-kira jam 7.00 malam Rabu ialahNidza Afham.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tiga finalis program realiti, Gimme The Mic Malaysia berjaya menawan hati para juri dan penonton dengan persembahan yang cukup gah daripada mereka menerusi saingan minggu ketiga yang bersiaran secara langsung dari Auditorium CIDB, Cheras, Kuala Lumpur pada Ahad.
Masing-masing berjaya melayakkan diri pada kedudukan enam teratas, yang menyaksikan tiada penyingkiran dilakukan.
Ketiga peserta tersebut iaitu Raes Arifin, Ameerais Azhar dan Farhan Mustapha pastinya mempunyai hasrat yang ingin dicapai untuk melakar nama dalam industri seni tempatan seteursnya mencari peluang bersaing di Gimme The Mic Global mewakili negara!
Raes Arifin mahu keluar dari zon selesa, pernah alami ‘anxiety’
Peserta asal Kuala Lumpur, Raes Arifin tidak pernah menyangka akan terpilih sebagai salah seorang finalis bagi program realiti ini.
Bagaimanapun, dia percaya rezeki dan baginya, Gimme The Mic merupakan platform terbaik untuk dirinya keluar daripada zon selesa.
“Saya sebenarnya pertama kali menyertai program realiti sebesar ini dan Alhamdulillah menerima respon baik setakat ini. Apa Sahaja kritikan yang diterima, saya anggap ia sebagai motivasi untuk terus berkarya dan teroka apa lagi bakat terpendam yang saya ada.
“Sebelum ini, saya mengalami kerisauan melampau (anxiety), jadi saya banyak terperap dalam bilik. Lalu, platform ini menjadi yang pertama saya sertai, pemangkin semangat untuk saya ketengahkan bakat nyanyian.
“Selain itu, ia membantu saya dalam membina keyakinan diri berinteraksi dengan orang lain misalnya bersama rakan peserta, barisan juri dan penonton,” katanya.
Dalam pada itu, Raes juga gemar menulis lirik lagu dan menjadikan komposer terkenal, Ajai sebagai sumber inspirasinya.
“Hobi saya memancing bersama ibu dan selain itu, saya juga gemar menyanyi dan mencipta lagu. Saya rapat dengan ibu dan bila sertai Gimme The Mic, ada seseorang yang beri galakan. Inilah hasilnya, saya pun tak menjangka sudah berada ke tahap ini,” katanya.
Dia pada masa sama turut memasang impian untuk mempunyai lagu sendiri, menyampaikan mesej mengenai kesihatan mental.
Lebih 14 tahun dalam seni, Ameerais Azhar tiada masalah bersaing dengan bakat baru
Sementara itu, penyanyi Ameerais yang juga salah seorang ahli Forteen memaklumkan program Gimme The Mic menjadi landasan baharu baginya dalam mengetengahkan sisi sebenar di dalam diri.
lebih sedekad dalam dunia nyanyian, ia bukan alasan kepada peserta berusia 34 tahun ini untuk sama-sama bersaing dengan bakat baharu lainnya.
“Sebelum ini saya dikenali sebagai Ameer Forteen. Saya masih lagi bersama kumpulan tersebut cuma kali ini, rasanya tak salah untuk saya teroka sisi lain dalam diri di samping lebih fokus dalam hala tuju secara solo.
“Ibarat seperti dilahirkan kembali ke dunia muzik. Walaupun saya mungkin ada pengalaman lebih berbanding peserta lain, namun sebelum ini saya sinonim buat persembahan secara berkumpulan.
“Kali ini situasi memang berbeza. Jadi, inilah diri saya yang sebenar, ‘this is Ameerais.’,” katanya.
Ditanya sebab dia berminat untuk menyertai program ini, Ameerais ada jawapan tersendiri.
“Tak dinafikan, ramai individu berbakat yang boleh kita lihat menerusi platform TikTok. Oleh itu, mengapa tidak untuk saya cabar diri, melihat sejauh mana boleh pergi bila bersaing dengan orang lain secara solo.
“Biar ada yang kata saya sudah pun 14 tahun bergelar penyanyi, tapi sekali lagi saya nak ingatkan, sebelum ini saya bergerak dalam kumpulan. Jadi, ini ‘rebranding’ untuk saya juga,” jelasnya lagi.
Menjadikan penyanyi legenda, M. Nasir sebagai idola, Ameer akui dia mengambil sisi yang baik dalam hal berkaitan corak persembahan bintang legenda itu sebagai inspirasi sepanjang pertandingan.
Terdahulu, Ameerais menduduki tangga ketiga minggu ini dengan meraih markah sebanyak 63.74%, menyampaikan lagu Arjuna dendangan asal Dewa 19.
Farhan Mustapha dari cover lagu di TikTok ke pentas skala besar
Bagi Farhan Mustapha pula, dia menyifatkan fasa peralihan daripada hanya membuat ‘cover’ lagu di TikTok sehingga terpilih untuk bersaing secara langsung menerusi Gimme The Mic sebagai satu rezeki dan pencapaian besar.
Mempunyai karakter unik dan menarik, Farhan juga banyak mengutip inspirasi dengan menonton persembahan penghibur dari negara jiran.
“Sebelum ini, saya pernah ikuti pertandingan lain namun saya lebih dikenali apabila banyak melakukan hantaran ‘cover’ lagu di platform TikTok.
“Malah sejak kecil, saya banyak belajar nyanyian daripada penyanyi dari Seberang iaitu Charlie Setia Band. Suaranya tidaklah tinggi mana, tapi apa yang mahal adalah soal penghayatannya. Itu yang saya cuba belajar.
“Tak kira sekiranya kena bawa lagu rancak atau perlahan, saya akan tekankan kepada penghayatan kerana kita tahu apabila kita tidak dapat sampaikan dengan baik, ia mungkin sebab penonton tak dapat ‘rasa’.
“Apa pun, saya tak boleh nak janjikan apa-apa sebab dalam ini semuanya berbakat. Pegangan minda saya adalah, apa sahaja lagu yang diberi saya akan lakukan yang terbaik,” katanya.
Tampil berbeza dengan menyampaikan lagu genre dangdut Ahad lalu, Farhan cuba untuk keluar dari zon selesa biarpun ia sesuatu yang sukar untuk dibawakannya.
“Sejujurnya saya terharu apabila berada di kedudukan pertama minggu ini memandangkan saya tak pernah bawa lagu rancak setakat ini. Syukur bila dapat komen positif para juri.
“Perancangan saya selepas ini adalah untuk seimbangkan antara penyanyi dan konten sebab kita tak tahu rezeki selepas ini. Jadi, saya ingin seimbangkan dua perkara itu dalam persembahan,” katanya lagi.
Farhan berada di posisi teratas dengan markah sebanyak 66.77%, sekali gus dinobatkan sebagai penerima Gimme TwoMee Awards minggu ketiga.
Juara TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, kira-kira RM9,300 (AS$2,000) daripada Tiktok selain tawaran projek lagu single tajaan Astro dan Rocketfuel.
Sementara Enam peserta terbaik pula bakal dipilih mewakili Malaysia untuk bersaing dalam saingan Gimme The Mic Global bersama peserta negara lain seluruh dunia.
Kesemua peserta diadili juri tetap iaitu Ajai, Yuna, Hael Husaini dan BCL dari Indonesia.
TikTok LIVE Astro Gimme The Mic Malaysia bakal bersiaran selama lapan minggu setiap Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria dan On Demand. Penonton juga boleh strim di Astro Go dan sooka.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.