Baru sahaja MH menerima berita sedih bahawa ibu kepada pelakon Zul Ariffin, Robiah bt Nasir telah menghembus nafas terakhir kira-kira jam 3.40 pagi hingga 4 pagi tadi akibat serangan jantung.

Menerusi portal Astro Gempak, Allahyarhamah Robiah menghembuskan nafas terakhir di kediaman anaknya iaitu kakak kepada Zul di Sungai Penchala, Damansara.

Difahamkan Allahyarhamah akan dikebumikan selepas solat Zuhur selepas disembahyangkan di masjid Sungai Penchala.

Berita sedih ini juga dikongsikan oleh Instagram Zul Ariffin FC (ZAFC) yang memberitahu bahawa ibu pelakon tersebut kini sudah tiada.

IKLAN

“Indeed we belong to Him, and indeed to Him we return. We just received sad news that The Boss’ mom just passed away this morning. Our deepest condolences to Boss & family.”

 

 

“We will always remember her as the most positive, energetic and supportive person. She is with Allah now and let’s pray for her. She’ll definitely be in good place.”

 

 

“Alfatehah buat Robiah Bte Nasir.” tulisnya

Rata-rata pengikut Zul di Instagram telah meninggalkan ribuan ucapan takziah buat Zul dan keluarga serta mendoakan roh arwah ibunya dicucuri rahmat.

IKLAN

(Takziah) Ibu Zul Ariffin Meninggal Dunia

Kami di MH juga turut ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah buat Zul sekeluarga.

IKLAN

(Takziah) Ibu Zul Ariffin Meninggal Dunia

Pastinya ia merupakan kehilangan besar buat Zul dan keluarga. Semoga Zul tabah untuk menghadapi ujian ini dan semoga Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber : Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI