Biarpun lebih banyak beri tumpuan kepada keluarga terutama anak kecilnya, pelakon Shakilla Khoriri sedar dia perlu kembali kepada realiti, kembali dalam seni.
Setahun hilang daripada radar dunia lakonan tempatan, dia kini sudah bersedia untuk kembali ke set penggambaran.
“Lately banyak aku post pasal family. Sampai ada yang tanya kenapa TAK BERLAKON lagi ? Kenapa dah jarang nampak kat TV.
“Jawapan dia, aku kan mengandung dan beranak so aku tahu dalam tempoh setahun aku akan HILANG kerja aku untuk aku pastikan beberapa perkara.
“Kena kurus balik, kena nampak OK balik dan paling penting aku nak anak aku at least bijak sikit supaya aku kerja dengan aman sentosa.
Ads
“Ada juga production yang assumed sesama sendiri yang aku tak nak shooting dah. EH ? Sibuk jaga anak. Well sad to say, Tempoh REHAt dah nak habis,” jelasnya.
Tidak mahu terburu-buru kembali bekerja kerana dia mahu lalui fasa yang indah bersama anak.
“Insyallah February aku akan start kerja balik macam dulu. Rindu shooting tak boleh bawa bincang punya. Tapi aku follow dengan aturan Allah.
Ads
“Aku tak nak tergopoh sebab aku melalaui fasa kehidupan yang indah sekarang. FAMILY.
“Tapi realitynya aku kena kerja untuk bantu suami aku demi kelangsungan hidup aku anak beranak. Macam orang lain.
Ads
“My darling @ameenasofia_ shes getting much more better now. Doakan kesihatan untuk dia,” tulisnya.
Selamat bernikah dan mengadakan beberapa buah majlis resepsi, pelakon Farah Nabilah mendedahkan akan berkunjung ke Pulau Pinang terlebih dahulu bersama suaminya, Mohammed Amirul Yunus untuk berbulan madu.
Kata bintang Cik Reen Encik Ngok Ngek itu, dia dan Amirul masih mempunyai tuntutan kerja yang harus diselesaikan.
“Perancangan bulan madu belum ada apa-apa lagi. Saya bakal memulakan penggambaran beberapa buah drama begitu juga dengan Amirul yang bekerja sebagai seorang juru terbang.
“Apa yang pasti, kami akan ke Pulau Pinang terlebih dahulu untuk mencari makanan yang menarik di sana kerana saya teringin nak makan nasi kandar.
“Boleh dikatakan Pulau Pinang sebagai short honeymoon kami, ” katanya kepada MH.
Suami kepada pelakon Nadiyah Shahab iaitu Ben Ali meluahkan rasa bangga dengan kejayaan isterinya kerana telah berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan Undang-Undang (Second Class Honors In Law Degrees) di Universiti of London.
Perkara itu dikongsikan Ben menerusi IG Storiesnya apabila mengabadikan momen indah kejayaan isterinya dalam majlis konvokesyen ke-30 yang berlangsung di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), petang semalam.
Sementara itu, Nadiyah atau nama lengkapnya Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab turut berkongsi momen indah di IG Storiesnya.
Dalam perkembangan lain, pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada November 2018 itu kini sedang mengembangkan perniagaan hasil usaha sama dalam bidang pastri, kek dan cokelat.
Seperti yang sedia maklum, pelakon jelita Farah Nabilah telah pun menamatkan zaman bujang bersama jejaka pilihan hatinya, Mohamed Amirul Yunus pada 20 Disember lalu.
Terbaru, bintang drama bersiri Titian Cinta ini berkongsi momen majlis resepsi perkahwinan menerusi akaun media sosial Instagram miliknya.
Apa yang menarik, majlis resepsi perkahwinan yang berkonsepkan eleganitu telah diadakan di Four Seasons Hotel, Kuala Lumpur, pada Ahad lalu.
A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on
Sekadar informasi, Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin telah sah bergelar isteri kepada Amirul dengan sekali lafaz dan Farah telah menerima wang mas kahwin sebanyak RM1000 serta 7 dulang hantaran berbalas 7.
Foto: Instagram Farah Nabilah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.