Ketika ini, proses pembikinan filem terbaharu, Projek: Kahar sedang giat dijalankan menerusi sesi uji bakat yang diadakan di platform media sosial dan beberapa lokasi terpilih.
Sesi ini diadakan untuk mencari barisan pelakon yang sesuai untuk membintangi beberapa watak di dalam naskah ini.
Antara yang turut tidak ketinggalan untuk mencuba nasib, termasuk pelakon remaja, Rykarl Iskandar.
Menurut Rykarl yang sebelum ini terkenal sebagai pelakon kanak-kanak, dia mahu mencabar diri dan keluar daripada zon selesa.
“Tujuan saya menyertai ujibakat terbuka untuk filem Projek: Kahar ini sebab saya nak mencabar diri saya untuk berlakon watak sebegini,” katanya.
Video sesi uji bakat itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Nenek Bongkok Tiga itu menerusi sebuah hantaran di Tik Tok.
Katanya lagi, sepanjang bergelar anak seni, dia belum pernah membawakan peranan sebagai pelakon aksi.
Ads
“Saya juga tidak pernah diberikan peluang untuk membawakan watak yang kasar, ganas dan ada babak pergaduhan.
“Jadi, dengan peluang yang ada ini, saya nak tunjuk sedikit sebanyak bakat saya sama ada saya layak atau tidak untuk membawakan watak ini,” ujarnya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah pun meraih lebih 500,000 jumlah tontonan.
Bagaimanapun, ada segelintir pihak yang merasakan Rykarl kurang sesuai untuk terlibat di dalam filem ini kerana
sudah sinonim dengan watak kanak-kanak sebelum ini.
Ads
“Kau tetap Ajiboy bagi aku.
“Inilah cabaran kalau masa kanak-kanak sudah jadi pelakon.Aedy Ashraf dulu pun lamalah baru aku boleh terima yang dia dah dewasa. Kalau tidak aku tetap rasa dia Mawi.
“Tak takut dik. Orang masih terbayang Elly & Epit.
“Susah nak hadam. Masih teringat drama Strawberry & Karipap Di Paris,” antara komen-komen netizen.
Ads
Bagaimanapun, masih ada juga segelintir netizen yang menunjukkan tanda sokongan selain turut berharap agar rezeki memihak Rykarl.
“Di ruangan komen ini penuh dengan kata-kata negatif. Pada saya, awak lakukannya dengan baik. Semoga Ryqal dapat watak tersebut.
“Mantap, semoga terus berjaya.
“Awak buat dengan baik. Ambillah komen-komen yang lain untuk terus membina diri. Harini orang mungkin tak nampak kekuatan awak, esok lusa baru diorang tahu siapa awak,” antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi, Projek: Kahar merupakan filem ‘spin-off’ daripada drama yang sebelum ini telah me cetuskan fenomena iaitu Projek: High Council.
Filem inj akan membawa penonton untuk menyelami kisah Kahar yang dilakonkan oleh Amir Ahnaf sebelum bergelar ‘Kapla’ High Council.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Tik Tok & Instagram Rykarl Ibrahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Scha Elinnea akui dirinya tidak terkejut andai ada foto daringnya diperkatakan hingga mencetuskan tular di media sosial selepas ini.
Ini kerana, bintang berusia 21 tahun ini lebih selesa menjadi diri sendiri, jauh sekali untuk bersikap hipokrit.
“Jujurnya saya tidak terkejut sebab lebih baik untuk orang di luar sana mengenali siapa diri kita yang sebenarnya daripada ‘kantoi busuk-busuk’ je.
“Kalau sudah kantoi begitu, lagilah malu. Saya lebih selesa andai orang tahu, inilah Scha Elinnea. Macam mana dirinya dalam Instagram, begitulah dia seadanya di luar.
“Akan tetapi, kita tidak boleh menilai atau berburuk sangka terhadap seseorang individu itu daripada apa yang dipakainya,” katanya kepada MH.
Terdahulu, Scha ditemui di lokasi penggambaran drama 26 episod, Juliet terbitan Zeel Productions yang bakal ditayangkan September depan.
Bercakap mengenai kritikan yang diterimanya atas penampilannya yang berani, Scha atau nama lengkapnya, Azleena Natasha Mubeen tidak mahu ambil pusing selagi ia tidak membabitkan hal peribadi.
“Saya tidaklah stress kalau nak baca komen-komen melampau, sebab saya pun tak kenal mereka.
“Tak beri efek, cuma saya selesa kalau ada yang memikirkan bahawa masing-masing lebih baik buat hal sendiri mungkin? Semua orang ada cara mereka sendiri,” katanya lagi.
Foto: Instagram Scha Elinnea
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Ozlynn rasa terharu apabila rakan artis, Marsha Milan sempat mendoakan kesejahteraan buat diri dia dan keluarganya berada di hadapan Kaabah, ketika menunaikan umrah baru-baru ini.
Dalam satu video yang dikongsi isteri kepada pelawak, Johan itu, Ozlynn juga turut sempat mendoakan sahabatnya di ruangan kapsyen.
“Ya Allah, kau lindungilah sahabatku @marshamilan dan suaminya @sepol_ali dari gangguan iblis dan syaitan, hasad dengki, fitnah manusia, fitnah dajjal, jauhkan mereka dari seksaan kubur, haramkanlah tubuh mereka dr dijamah api neraka.
“Kau berikanlah mereka zuriat dari benih mereka sendiri dgn sihat, sempurna, cukup sifat.. dan kau peliharalah hubungan mereka suami isteri, di dunia demi kebahagiaan mereka bersama di akhirat.. aaminnnn yaa rabb.
“P/s: kiki mekasih kerana ingat aku di sana.. jangan putus doa utk aku ya sahabat,” tulisnya.
Di ruangan komen, dipenuhi dengan komen-komen positif netizen.
Marsha dan suaminya, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail baru pulang dari menunaikan umrah Ahad lalu. Ini merupakan kunjungan kali pertama penyanyi lagu Sumandak Sabah itu menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah.
Foto/Instagram Ozlynn
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Insiden kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali, Selangor pada awal pagi Jumaat dilaporkan telah mengorbankan 13 nyawa selain puluhan lagi tercedera.
Kejadian yang menggemparkan negara itu turut mendapat perhatian penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mengirimkan ucapan takziah buat semua keluarga mangsa yang terlibat.
Malah, dalam entri di laman Instagram miliknya itu juga, Siti turut mendoakan keselamatan buat petugas keselamatan yang terlibat dalam operasi misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.
“Semoga urusan menyelamat dipermudahkan.Salam takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia dan kita terus mendoakan agar pasukan penyelamat akan menemui lebih ramai mangsa yang selamat.
“Teruskan berdoa… kita doakan juga keselamatan kepada semua yang sedang bertugas dalam operasi ini,” tulis Siti menerusi ruangan kapsyen.
Terdahulu, seramai 100 orang dikhuatiri menjadi mangsa kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan berhampiran Father Organic Farm.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 2.24 pagi.
Sepasukan 20 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, Rawang dan Genting Highlands dikejarkan ke lokasi kejadian.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit foto: Utusan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!