Pelakon dan pengacara, Janna Nick meluahkan isi hati menerusi laman Instagram miliknya.
Bintang Cari Aku Di Syurga ini mengutarakan isu mengenai peniaga online yang menghadiahkan produk berbentuk makanan kepadanya.
Tegas Janna, dia menerima hadiah yang diberi dengan hati terbuka dan bersyukur, namun jangan sesekali meletakkan harapan yang tinggi dan mewajibkan dirinya untuk riviu setiap barangan yang diterima.
Malah ulasnya lagi, ada kalanya makanan yang diterima mungkin tidak menepati citarasa dan dalam erti kata lain, tidak sedap dan atas sebab itu, dia tidak sesekali akan memberikan ulasan di laman Instagram kerana tidak mahu menipu pengikut.
“Isu peniaga online! Assalamualaikum kepada semua. Saya repost balik IG STORY saya supaya semua tak salah faham.
“Sy mintak maaf Kalau saya bangkit kan isu ni. (Kalau ada Yang DM, “janna saya nak mintak janna promote business sy, janna saya nak janna review makanan saya”).
Ads
“Saya memang tak buat. Tapi Kalau ada Yang DM (janna, saya nak bagi janna rasa makanan saya, harap janna sudi).
“Saya akan terima & Saya akan post Kalau memang sedap. Jujur cakap, Saya memang tak nak aniaya orang lain Yang tengok video Saya makan…lepas Tu “ TAK SEDAP “ Tapi Saya cakap “ SEDAP,” katanya.
Sambil berterima kasih, Janna pada masa sama turut berkongsi punca dan ia tiada kaitan dengan rasa rimas atau sebaliknya.
“Jangan risau ok. Saya pun selalu scroll2 IG business and beli makanan Yang Saya teringin, even Saya beli pun.
Ads
“Kalau memang sedap, saya akan tetap buat shout out. Tak ada isu RIMAS ke TAK RIMAS.
“Cuma peti ais rumah saya dah penuh, sampai mak Saya bising la Sb banyak sangat makanan orang hantar.
“Saya bersyukur sangat, orang bagi makanan. Tapi bagi la pada Yang lebih memerlukan. Kalau Saya nak, Saya akan beli ok? Kalau nak bagi jugak…bagi je la.
Ads
“Kalau sedap Saya akan cuba tolong & post…insyaAllah. Ampun,” kongsinya panjang lebar.
Tidak dinafikan, ramai yang terkesan malah ada yang terpisah dengan ahli keluarga apabila Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dijalankan seluruh negara bermula 18 Mac yang lalu dilaksanakan.
Penyampai radio, Issey Fazlisham misalnya berkata dia kini terpisah dengan anak-anak tirinya yang kini berada di bawah penjagaan keluarga mertua di Kelantan.
Dalam pada itu, Issey atau nama penuhnya Fazlisham Mat Husin turut memaklumkan, isterinya telah berpindah ke Kuala Lumpur untuk menetap bersamanya.
Sementara anak-anaknya masih berada di Kelantan kerana masih dalam proses perpindahan sekolah.
“Isteri dapat transfer di kL semasa PKP. Kenapa tak bawak anak terus? Anak masih di Kelantan sebab urusan untuk tukar sekolah perlu masa jugak. Tambah tambah masih PKP.
“Kebetulan saya di KL bakal pindah ke rumah baru, banyak yang tergendala proses,” katanya.
Selain itu, penyampai radio 32 tahun itu berkata emosi isteri sering terganggu akibat terpisah jauh dengan anaknya.
“Tapi takpa, besar hikmah bersabar. Kita berdoa agar menang melawan wabak ini, dan Insyallah bila semuanya sudah selesai, kita pindah kL yer kesayangan.
“Saya kesian dekat @aimi_jamel, emosi agak terganggu disebabkan anak jauh. Insyallah sayang, kita settle slow2 ok.
“Terima kasih mak mertua, aka Tok Ma pada cucu dia , yang jaga kesayangan keluarga buat masa sekarang ni. Love u la ‘Kak Nun’,” jelasnya lagi.
Sekadar informasi, Issey sah bergelar isteri kepada Noor Aimi binti Mohamed Jamel, 32, dengan sekali lafaz pada 22 Disember yang lalu di Calamaya Garden, Kota Bahru, Kelantan.
Foto: Instagram Issey Fazlisham
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Datin Almy Nadia meluahkan rasa kekecewaan apabila ada segelintir netizen memberi kritikan terhadap kemesraan dia bersama suaminya, pelakon Datuk Fizz.
Lalu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini meluah rasa selain menyifatkan komen netizen ada yang seolah-olah tidak sopan dan keterlaluan.
“Assalammualaikum selamat pagi salam jumaat.. lama pendam perasaan,tapi harini kami takleh tahan,terpaksa luah,, bagi hampa semua baca bagi habis.. rajinkan baca.
“Saja la habaq mai.. sapa2 yg dok rasa tak suka kami,tok sah la nak follow kami, faham!! Lps tu hampa masuk dlm ig kami, hampa dok komen kat kami serupa hampa penghuni syurga, agak2 hampa rasa gelak kami ka,muka kami ka,apa sj yg melibatkan kami yg membuatkan hampa cemuih?
“Baik hampa tok sah dok nak like,tok sah hampa nak tambah dosa di bulan posa ni faham,, lama betoi kami dok perati hampa tau,, lama betoi kami dok bg muka kat hampa yg dok mai masuk ig kami lps tu hampa dok komen serupa hampa ni good good pulak.
“Lama kami tahan,tapi harini tak tahan hampa.. takpa takpaa kami sj la nak luah agar hati kami lega sikit,,yg hampa ni ahli syurga sgt toksah mai ig kami tau.. kami tak ada elok lagu mana hampa mau tau,, kami jadi diri kami saja..kami takmau bila nak boh gambaq atau video ka kami kena dok jadi org lain,kami tak suka lagu tu,sbb kami rasa ini ig kami.
“Jadi kami tak buleh jadi org lain, serba tak kena pulak kami kat mata hampa hampa2 yg bajet good good ni., nahh panjang lebAq kami tulis sj kami mau hampa baca qhatam qhadam sampai dlm ulu hati bernam tulang rusuk hitam hijau hampa tau,” katanya.
Dalam pada itu, Almy turut memaklumkan beberapa individu yang memberikan komen negatif terhadap dirnya telah disekat di akaun Instagram miliknya demi untuk menghindarkan diri daripada membuat dosa di bulan ramadan.
“Maaf buat sapa2 yg dok kena block ngan kami,, habaq awai2 sbb apa kami block sbb kami takmau cari dosa nak baca komen tak elok dan nnt syaitonnn nirogim dok hasut kamu balaihh laa komen tu balaih laa,dr kami nak cari dosa baik kami block.
“Dan akhir kata bulan bulan posa ni jgn cari dosa,bukan setakat bulan posa ja,bulan2 lain pun sama toksah cari dosa naaa,,laki kami selalu pesan,toksah dok baca,jgn dok reply,depa tak betoi hg pun nak jadi tak betoi?depa meroyan sawan hg pun nak ikut sama?
“Jadi hg jgn dok nak layan,jd kami pun malaih layan.. tp ni terpaksa la tulis supaya hampa faham… terima kasih semua sbb sudi baca ,dan pandai jugak hampa baca sampai habis nooo… baru hebat… hasil nukilan dr insan kerdil,, mohon maaf pd semua,” tulisnya panjang lebar.
Anggota polis wanita yang kini bergelar penyanyi, Soffwany Yusoff menaklumkan dirinya sudah bertunang dengan pelakon Raja Afiq, awal Mac lalu.
Merancang untuk berkahwin Ogos ini, Soffwany yang bertugas dalam Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Harian Metro bagaimanapun berkata, hasrat berkenaan terpaksa ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Sepatutnya kami merancang untuk menamatkan ikatan pertunangan ini ke fasa perkahwinan pada Ogos nanti, tetapi memandangkan PKPB masih berjalan, maka terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh lain.
“Cuma, harapan kami semoga majlis pernikahan diimpikan dapat berlangsung sebelum tahun depan.
“Namun, saya anggap apa yang berlaku ini ada hikmah di sebaliknya kerana kami belum buat sebarang persiapan lagi seperti Afiq pun belum menghadiri kursus kahwin.
“Selain itu, saya juga perlu menjalani beberapa prosedur permohonan lain memandangkan kerjaya sebagai anggota polis,” katanya seperti yang dipetik.
Soffwany atau nama sebenarnya, Fairuzziha Hazwany Mohamad Yusoff turut menambah, dia dan Raja Afiq juga tidak berniat merahsiakan majlis pertunangan selepas tiga bulan berkenalan.
“Ketika di awal perkenalan kami, saya jarang melayan Afiq yang kerap menghantar mesej peribadi di Instagram. Namun, melihat pada kesungguhan itu saya akhirnya tertarik untuk berkawan.
“Waktu berkawan, kami berborak banyak perkara terutama membabitkan perjalanan tugas polis kerana Afiq sangat berminat nak tahu.
“Daripada situ, kami bertukar nombor telefon dan membuat keputusan untuk bertunang pada Mac lalu. Cuma, tarikhnya kami biarlah rahsiakan dan majlis pertunangan pun berlangsung di kediaman keluarga saya di Johor Bahru,” jelas wanita berusia 31 tahun itu.
Soffwany sebelum ini pernah menjadi perhatian berikutan kelunakan suaranya mendendangkan lagu raya menjadi sensasi di internet.
Malah, diajuga bernaung sebagai penyanyi rakaman di bawah syarikat SRC Records.
Sumber/Foto: Harian Metro/ Instagram Raja Afiq
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Hafiz Suip tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengizinkan isterinya, Fiona Safiyya untuk kembali menyanyi dan aktif dengan aktiviti pentas selepas berumah tangga.