Aduhai, tidak habis-habis lagi isu berkenaan dengan kisah warga selebriti kita yang dikatakan ada menggunakan barangan tiruan, sama ada beg tangan, kasut, jam, pakaian dan sebagainya.

Malah, ada di antara selebriti kita yang turut memberi pandangan masing-masing apabila diajukan persoalan tersebut daripada pihak media.

Tidak terkecuali, pengasas kosmetik yang kini sudah bergelar pelakon dan penyanyi, Datuk Aliff Syukri turut diminta memberi pandangan berhubung perkara berkenaan. Katanya itu terpulang kepada diri masing-masing, kalau hanya itu yang mampu.

IKLAN

“Tak salah nak pakai AA. Tak merompak, tak mencuri. Saya pun pernah pakai masa mula-mula berniaga, jujur saya bagitahu. Melainkanlah kalau kita ni wanita simpanan, lelaki simpanan ke boleh pakai yang ori,” katanya yang turut berseloroh mengenai harga persalinan yang digayakan.

 

“Baju saya daripada jenama Ralf Lauren dalam RM600, tali pinggang Gucci dalam RM3,000 dan jam yang saya pakai sekitar RM180,000. Saya beli masa bisnes saya okay,” katanya jujur menerusi FB Live MH baru-baru ini.

Pada masa sama, penyanyi Abang Nak Tegur ini juga turut memberitahu, ketika ini ekonomi negara agak teruk dan dia mengharapkan agar pembeli membeli barangan tempatan.

IKLAN

Nah, ini versi penuh mengenai apa yang dibualkan Aliff. Memang sporting habis!

IKLAN

Sembang bersama DS Aliff Syukri berkenaan kereta Ferrari RM1.8 juta yang hangus terbakar, kisah artis pakai barangan tiruan, kisah jam tangan RM100k, dan kerjaya seninya yang akan berkembang ke Indonesia! Lucu sakan dok interview!

Posted by MEDIA HIBURAN on Saturday, 28 July 2018

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI