Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein mengakui tidak sabar menantikan kedatangan 1 Syawal memandangkan anaknya, Putri Sara Sefhia kini sudah pun berusia 2 tahun.

Katanya kepada MH, puterinya itu kini kian membesar dan pastinya, keletah anak memberi 1001 kegembiraan buat si ibu, apatah lagi ketika umat Islam sedang menantikan kemeriahan Syawal.

Bagaimanapun, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan turut mendedahkan, persiapan raya hanyalah sederhana sahaja.

IKLAN

“Alhamdulillah persiapan raya ini sama sahaja seperti tahun-tahun sebelumnya. Secara sederhana sahaja. Yang penting tahun ini, kami sekeluarga akan kenakan pakaian sedondon ungu.

 

“Tak sabar sebab Sephia pun dah mula pandai berturut sikit-sikit. Dia dah mula pandai itu dan ini. Jadi rasa teruja nak raya tu lebih sikitlah. Selepas itu, insyaAllah saya dan anak akan pergi bercuti ke lokasi berpantai.

 

“Tahun ini saya cuti agak lama memandangkan sejak Januari hingga Mei, saya banyak terikat dengan komitmen kerjaya. Alhamdulillah dengan rezeki,” jelas Elly ketika dihubungi MH.

Tahun kedua sambut raya sebagai ibu tunggal, bekas perserta program Gegar Vaganza musim kedua ini jusudah pun merancang untuk menyambut Aidilfitri di Perak dan Pulau Pinang.

IKLAN

Terkini, Elly turut menjadi perhatian apabila keberkesanannya di dalam drama rantaian, Teratai Kemboja di samping Fasha Sandha turut dipuji ramai.

IKLAN

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI