
Bagi setiap insan yang bergelar ibu sudah pasti berasa gembira apabila dapat pergi bercuti dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta.
Pelakon Memey Suhaiza misalnya, dia meluahkan rasa sangat teruja apabila berpeluang untuk pergi bercuti bersama dengan anaknya.
Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini dia berasa gembira apabila dapat meluangkan masa bersama anaknya.
Malah, pelakon berusia 32 tahun ini memaklumkan sering membuat persiapan awal sekiranya mahu pergi bercuti bersama anaknya.
“Mood sekarang tgh nak settle kerja semua sampai esok, Sbb hati dah kat tempat bercuti Tak sabar nak bawa anak semua happy2..
“Beg pun lama dah kemas Excited kan mummy…U all anak cuti sekolah ni plan buat apa? Balik kampung,Rest rumah @ bercuti juga.,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on
Memey mendirikan rumah tangga bersama pelakon Norman Hakim pada 2011 dan dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, 7, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 5 dan seorang anak perempuan, Mikayla Delisha, 2 tahun.
Foto : Instagram Memey Suhaiza
Tracie Sinidol Akui, Enggan Tumpang Populariti Kembar ‘Seiras’ Mira Filzah! Mahu Berdiri Atas Bakat Sendiri

Tahun ini, antara perkara yang berjaya mengemparkan industri hiburan tanah air adalah apabila pelakon jelita Mira Filzah kononya dikhabarkan telah membuat ‘turning back’ dengan membuka hijabnya!
Namun, perkara itu hanyalah kekeliruan dan salah faham apabila ramai dikalangan rakan artis dan juga warganet yang tersalah menafsir pendatang baharu, yang juga merupakan Juara Dewi Remaja 2022, Tracie Sinidol ekoran mempunyai raut wajah mirip dengan selebriti terkenal Mira Filzah.
Tuah Wajah Seiras, Rezeki Disatukan Dalam Satu Jenama
Bagaimanapun, dek kerana persamaan wajah seperti ‘kembar’ seiras yang lahir dari rahim berbeza ini membuatkan rezeki keduanya semakin murah, hingga akhirnya keduanya disatukan menerusi sebuah kempen MF Collection.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Mira sendiri menerusi satu muatnaik hantaran di lamn Instagram miliknya. Sekaligus memaparkan wajah mereka yang sememangnya seiras ibarat adik-beradik kembar! Lantas membuatkan ramai yang terpegun melihat kejelitaan seiras Mira Filzah dan Tracie Sinidol ini!
“Orang kata dalam dunia ni ada 7 muka sama. Betul ke? 🙃 @traciesinidol_official 💕 Tracie is so vibrant! Bagi dia makan terus muka boleh senyum! 🤪 So happy she said yes for the shoot. Terima kasih bahhh. 😘” Tulis Mira ringkas pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Tidak menafikan hal tersebut, Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 30, menyifatkan Tracie, 22, adalah kembarnya yang telah lama terpisah.
Tracie Enggan Tumpang ‘Populariti’ Mira Filzah! Mahu Berdiri Atas Bakat Sendiri
Walaubagaimanapun menurut gadis peranakan Murut dan Dusun yang pernah dinobatkan Unduk Ngadau Tambunan 2021 itu, dia sebelum ini enggan dikaitkan dengan populariti Mira Filzah sebaliknya mahu berdiri atas bakat sendiri.
Tracie, anak kelima daripada sembilan beradik itu berbakat dalam bidang lakonan, nyanyian dan tarian. Tracie juga pernah berlakon dalam telemovie ‘Malaysiaku 16 September’ dan ‘Budak Pasar’ arahan pengarah Dato Jurey Rosli.
Menurut ibu yang juga pengurusnya, Veronica Tajin, Tracie banyak mendapat tawaran sejak dia viral di bangku sekolah, tetapi banyak yang terpaksa ditolak kerana masih bersekolah.
Tampil menggayakan koleksi skarf terbaharu MF Collection disamping Mira Filzah, penampilan Tracie Sinidol memberi variasi kepada koleksi skarf untuk wanita tidak berhijab.
Didatangkan dalam rona-rona terang, koleksi ini menyuntik jiwa moden untuk para hijabi yang gemarkan kelainan. Koleksi ini telah dilancarkan secara rasmi pada 12 Julai 2023 yang lalu.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
“Saya Masih Ingat Lagi Ketika Zaman Belajar…,” – Pernah Nampak Zaiton Sameon Berjalan Sekitar Cheras, Niat Ikhlas Madammu Nak Bantu Dimakbulkan

Usahawan kosmetik, Eriyca Baiduri tidak menafikan antara sebab dia terbuka hati untuk sama-sama terlibat di dalam program mStar Baek apabila terkenang kisah lamanya yang pernah terserempak dengan bintang legenda, Zaiton Sameon sebelum ini.
Eriyca atau lebih mesra dengan panggilan Madammu, 34, menjelaskan, ketika dia masih mengikuti pengajian, dia pernah melihat Zaiton jalan seorang diri di kawasan Cheras, Kuala Lumpur.
Lalu dia pasang niat, untuk membantu penyanyi berkenaan apabila sudah berkemampuan.
“Saya sebenarnya ada momen tersendiri apabila berkongsi kisah dengan beliau. Saya masih ingat lagi ketika zaman belajar, saya pernah terserempak dengan Zaiton berjalan kaki bersendirian di sekitar kawasan Cheras.
“Daripada situ saya sudah mula terdetik mahu membantunya jika berkemampuan… Apabila melihat nama Zaiton tersenarai, saya memang teruja dan sebab dia juga saya terus bersetuju menaja program tersebut,” katanya.
Terdahulu, program berkenaan mempunyai objektif membantu barisan selebriti yang melalui fasa sukar dalam kehidupan ketika ini yang mana mereka sebelum ini menjadi individu banyak menabur bakti kepada masyarakat menerusi bakat seni masing-masing.
Selain Zaiton, antara artis lain yang disantuni termasuklah Mak Jah, Bad (Indigo), Mak Wan Latah, Ibnor Riza, Roy (Ratnaku) Wan Maimunah, Alina Hassan dan Izwan Fitri.
Dalam pada itu, Madammu berkata, hatinya turut tersentuh apabila turun padang bertemu beberapa selebriti yang dalam keadaan susah selain diuji masalah kesihatan ketika menjalani penggambaran program tersebut.
“Nama-nama mereka yang terlibat dalam program ini merupakan selebriti yang telah menghiburkan kita dengan lakonan dan nyanyian mereka.
“Nama-nama yang terlibat dalam program ini merupakan selebriti yang telah menghiburkan kita dengan lakonan dan nyanyian mereka. Saya cukup tersentuh apabila melihat hidup mereka kini. Ada yang hidup susah dan ada juga yang mengalami masalah kesihatan.
“Saya secara peribadi mahu bantuan ini diteruskan di masa akan datang. Mungkin saya sendiri yang akan menziarahi mereka nanti,” katanya lagi.
Menerusi sidang media sama, Madammu menyerahkan wang tunai selain set penjagaan kecantikan kepada barisan selebriti yang terlibat.
Selain sumbangan wang tunai dan barangan lain daripada Noir, mereka turut mendapat sumbangan berupa barangan keperluan asas daripada Bernas seperti beras dari Jasmine, tepung (Era) dan gula (CSR) serta barangan kesihatan daripada Eskayvie.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
“Hadirmu Meletakkan Syurga Pada Tapak Kakiku,” – Indah Nukilan Syifa Melvin Buat Saif Sulaiman

Pelakon dan pempengaruh media sosial, Syifa Melvin menitipkan nukilan istimewa sempena kelahiran cahaya mata sulungnya, Saif Sulaiman pada tanggal 30 September lalu.
Dalam nukilan tersebut, Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana telah memberinya peluang untuk merasai nikmat bergelar ibu.
“Terima kasih anakku kerana hadirmu, Tuhan meletakkan syurga pada telapak kakiku,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pemain bola sepak negara, Safawi Rasid menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Pada masa sama, Syifa turut menyifatkan kehadiran dua insan istimewa iaitu suami dan anak telah melangkapkan kehidupannya saat ini.
“Terima Kasih Tuhanku telah hadirkan dua orang manusia yang menyempurnakan perananku di dunia ini.
“Menjadi bidadari bumi dengan gelar ibu dan isteri,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Syifa dan keluarga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
“Tahniah Syifa. Selamat berpantang.
“Tahniah Syifa. Tahu-tahu dah beranak. Alhamdulillah. Semoga anakmu membesar dengan sihat. Selamat berpantang sayangku.
“Semoga menjadi anak soleh yang membahagiakan kedua orang tuanya. Ameen.
“Kapsyen Syifa buat sebak. Baru terasa macam kita ini bidadari sebenarnya. Tahniah Syifa,” antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi, Syifa dan Safawi telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 28 November 2022 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & kredit video: Instagram Syifa Melvin