Kebiasaannya naskhah yang melibatkan perjalanan hidup seseorang itu dibuat garapannya sama ada dalam bentuk filem, novel atau rancangan dokumentari.

Namun lain halnya buat pelawak dan pengacara popular Nabil Ahmad yang kisah hidupnya sejak dari kecil kini diabadikan dalam rancangan animasi ‘Lu Pikir La Nabil Tuudeh..!

Mengambil latar kehidupan Nabil di Kampung Kayu Ara, Mambau, Negeri Sembilan, Nabil merasa cukup teruja dapat berkongsikan kisahnya yang mungkin tidak diketahui ramai sebelum ini.

“Saya memilih untuk menghasilkan animasi ini kerana ingin mencari kelainan. Bagi saya, filem pendek dan rancangan realiti itu sudah agak biasa.

“Saya sangat teruja dan bersyukur diberi peluang oleh Astro sendiri untuk menjadi selebriti pertama yang menghasilkan animasi sendiri.

“Tak Ramai Selebriti Dapat Peluang Buat Animasi Berdasarkan Kehidupan Mereka Sendiri” – Nabil Ahmad “Tak Ramai Selebriti Dapat Peluang Buat Animasi Berdasarkan Kehidupan Mereka Sendiri” – Nabil Ahmad

“Tujuan utamanya adalah untuk menjadi selebriti pertama yang mempunyai animasi tersendiri. Jika kita mahu mengikut dunia digital pada zaman sekarang ini, sudah terlalu banyak animasi dan kartun-kartun yang dikeluarkan dari segi penceritaan yang moden tetapi tidak ramai selebriti yang mendapat peluang untuk buat animasi berdasarkan kehidupan mereka sendiri,” kata Nabil.

IKLAN

Hos Gegar Vaganza ini turut bertindak sebagai pelakon alih suara dalam siri animasinya.

‘Lu Pikir La Nabil, TuuDeh..! yang diterbitkan Astro dan Ed Online Technologies Sdn. Bhd. itu diarahkan oleh Syukur Majid.

Setelah rancangan animasinya berjaya direalisasikan, bapa kepada tiga cahaya mata perempuan itu berharap selepas ini dia dapat menerbitkan filem berkisarkan tentang kehidupannya pada masa lalu.

“Tak Ramai Selebriti Dapat Peluang Buat Animasi Berdasarkan Kehidupan Mereka Sendiri” – Nabil Ahmad “Tak Ramai Selebriti Dapat Peluang Buat Animasi Berdasarkan Kehidupan Mereka Sendiri” – Nabil Ahmad

“Saya berharap agar suatu hari nanti kita akan ada Lu Pikir La Nabil The Movie yang akan ditayangkan di seluruh pawagam atau di saluran Astro First, InsyaAllah. Saya juga berharap agar penonton terhibur dengan penceritaannya.

IKLAN

Penceritaan menerusi lima episod pendek yang berdurasi tujuh hingga sebelas minit ini mengisahkan Nabil, seorang kanak-kanak yang penuh dengan angan-angan dan seringkali menimbulkan kekecohan di kampungnya dengan tidak sengaja.

Dan kerana hal itu, dia berdepan dengan pelbagai masalah, tambahan pula dengan kehadiran budak baharu bernama Syasya sehingga menggugat persahabatan dengan kawan-kawan karibnya, Mok serta Fahmi.

Hidupnya serba tidak kena dengan pelbagai masalah yang timbul ketika Ramadan yang mengakibatkan kekecohan berlaku ketika sambutan Hari Raya dikampungnya.

“Tak Ramai Selebriti Dapat Peluang Buat Animasi Berdasarkan Kehidupan Mereka Sendiri” – Nabil Ahmad “Tak Ramai Selebriti Dapat Peluang Buat Animasi Berdasarkan Kehidupan Mereka Sendiri” – Nabil Ahmad

IKLAN

Animasi musim kedua ini menggambarkan suasana sambutan Ramadan dan Raya Nabil sewaktu kecil di kampungnya. Penceritaan animasi ini juga mengetengahkan dialek tempatan iaitu dialek Negeri Sembilan sebagai dialog utama yang menjadikan animasi tersebut lebih menghiburkan.

Siri mini animasi ini juga mengekalkan tempo penceritaan padat dan padu dengan pengisian-pengisian yang boleh dijadikan pengajaran dalam hidup seisi keluarga walaupun berdurasi pendek.

Siri mini animasi Lu Pikir La Nabil, TuuDeh..! musim kedua ditayangkan setiap Khamis bermula 7 April lalu, jam 10.00 malam di saluran Astro Warna HD (107) dan ulangan di saluran Astro Ceria HD (611) pada setiap Ahad, jam 3.00 petang.

Animasi ini juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Nabil Ahmad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI