Penerbit terkenal, Penerbit Datuk A Aida bersyukur apabila episod akhir drama terbitannya, Kisah Cinta Kita (KCK) yang bersiaran menerusi slot Akasia TV3 trending nombor satu di Twitter.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, A Aida menjelaskan, atas sambutan baik yang diterima, dia merancang untuk menerbitkan KCK musim kedua selepas ini.
View this post on Instagram
“Allhamdulillah, thank you pada semua peminat KCK. Insya-Allah kita cuba propose KCK2, hopefully @dramasangat @khai_salleh bagi green light,” tulisnya ringkas.
Meninjau menerusi ruangan komen pada hantaran terbabit, para peminat turut meninggalkan reaksi positif terhadap drama yang didukung Aedy Ashraf dan Amelia Henderson itu.
Rata-ratanya memuji dan menyambut baik perancangan pemilik rumah produksi A Aida Production Sdn Bhd itu untuk menerbitkan musim kedua drama rantaian berkenaan.
“Tahniah dan terima kasih Datuk dan semua yang terlibat for this great drama,” tulis peminat.
“Tahniah… Tak pernah tinggal satu episod pun cerita ni. Pukul 6 dah start duduk depan TV lepas tu solat Maghrib, sambung tengok sampai pukul 8. Memang terbaik cerita ni. Harap-harap ada sambungan untuk sesi kedua,” reaksi salah seorang peminat.
“Tahniah… best sangat cerita ni. Dah ulang-ulang tengok setiap episod dekat 20 kali pun still tak boring,” puji peminat lainnya.
“Terima kasih Datuk A.Aida untuk naskhah yang sarat dengan pengajaran, kekeluargaan dan cinta ni. Tak sabar nak tunggu KCK 2 pula,” komen peminat.
“Tahniah Datuk dan semua team #kisahcintakita. Thank you so much sebab berjaya buat penonton kembali pada malay drama. Semalam hingga malam ni memang trending letups,” antara komen lain yang tertera.
“Drama Melayu pertama yang saya tengok sampai repeat all episodes berkali-kali. Congrats Datuk berjaya mencuri hati penonton dan all the best for KCK 2,” tulis peminat.
Selain Aedy dan Amelia, KCK turut dibarisi pelakon hebat lain seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Maria Farida, Khaty Azean dan Ikmal Amry.
Sementara lagu tema drama ini dinyanyikan Usop berjudul Sejarah Cintaku serta dua lagi lagu lain iaitu Berakhirlah Pencarianku (Hafiz Suip dan Ernie Zakri) dan Duri (Ahmad Syafiq).
Drama bersiri tersebut sebelum ini bersiaran selama 28 episod bermula 26 November lalu di TV3, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam.
Penonton juga boleh menyaksikannya di platform penstriman Disney+ Hotstar Malaysia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI