Selepas kejayaan filem pertama, pelakon dan pengarah Mawo memaklumkan akan mengeluarkan sebuah filem baru yang berjudul Hantu Kuat Ketawa.

Kongsi bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) ini, pengambaran filem tersebut bakal dijalankan selepas tamatnya perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam pada itu, Mawi memberitahu tidak pernah terlintas untuk dirinya bergelar sebagai penghasil mahupun pengarah filem.

Jelasnya, perkara ini berlaku selepas menyedari minat dan semangat dalam dirinya untuk menghasilkan sebuah filem meski tidak memiliki pengalaman dalam bidang tersebut.

IKLAN

“Dulu2 tak pernah pulak aku terpikir nak jadi pembikin filem..

“Entah la tetiba semangat nak bikin filem ni jadi melantun-lantun pulak.

“Tapi aku sedar aku ni tak belajar tinggi pasal filem.Tapi aku nak buat juga.Tak tahu datang dari mana semangat tu.Kalu orang makrifasss cakap,”dari ALLAH la,dari mana lagi?” haha !

IKLAN

“Aku banyak belajar pun dari apa yang aku lalu.Tulis skrip pun aku tak pandai tapi aku tetap nak juga tulis sendiri.

“Hahaha kadang2 cakap kat diri sendiri juga..”Apa hal kau ni Mawi?” Insyaallah kita akan start shooting HANTU KUAT KETAWA lepas PKP ni.

IKLAN

“P/S : Terima kasih @dwaninzaghi sahabat wartawan dari Harian Metro atas artikel & sokongan ini,” tulisnya.

“Tak Pernah Pulak Aku Terpikir Nak Jadi Pembikin Filem,” – Mawi

Foto: Instagram Mawi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI