Penyanyi popular Liza Hanim mengucapkan terima kasih kepada rakan penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza susulan kejayaan mereka membuat persembahan di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23), tempoh hari.
Liza menerusi Instagram turut berkongsi foto ketika sesi raptai persembahan khas buat tatapan peminat.
Menariknya, ini merupakan gandingan pertama mereka berdua di atas satu pentas selepas masing-masing sekian lama menceburkan diri dalam bidang seni.
Sementara itu Siti di dalam platform sama turut memberikan memberikan dedikasi sama sejurus persembahan.
Ads
“Selesai tugasan menjayakan persembahan AIM23 bersama rakan seperjuangan saya (pernah sebumbung di SRC) @lizahanim79.
“Persembahan kami sempena penghargaan buat Mr Tan Su Loke atau Papa Tan yang menerima anugerah Sri Wirama kerana jasa dan pencapaian beliau sebagai pemilik syarikat rakaman dan melahirkan ramai penyanyi tanahair.
Ads
“Ini merupakan gandingan duet yang pertama buat kami berdua, syukur alhamdulillah, segalanya lancar,” tulisnya.
Pelakon Ashraf Muslim yang kini genap 41 tahun memuat naik foto indah sekitar kejutan sambutan hari jadi yang dibuat dua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi berkata.
Perkara tersebut dikongsikan Ashraf di dalam sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram yang dikemas kini.
“Happy birthday to me! Cerita semalam plan pergi berkelah jer. Gigihlah pagi-pagi semua orang bangun nak pergi berkelah.
“Ingatkan sebab nak bawak anak-anak pergi mandi manda yer lah kan cuti sekolah. Angkatlah barang-barang semua gigih naik tangga. Duk cakap dalam hati apa yang beriya sangat sampai macam-macam barang dibawanya,” tulis Ashraf.
Bintang drama 3 Nota Cinta ini bagaimanapun terkejut apabila perkelahan tersebut sebenarnya adalah kejutan bersempena ulang tahun kelahiran.
“Haa.. sampai je kat atas ‘setup’ tempat makan dan terkejut AM (Ashraf) bila mama ibu ‘setupkan’ semua ni untuk AM. Terima kasih mama ibu kerana meraikan birthday AM ke 41 ni. Dah tua dah.
“AM doakan semoga mama ibu sentiasa dimurahkan rezeki, diberkati dunia dan akhirat. Maafkan ayah salah silap selama ini. Jika ayah pergi dulu jagalah anak-anak dengan baik. I love you all,” tulisnya.
Ruangan komen pada hantaran tersebut juga sarat dengan dedikasi ucapan selamat hari jadi dan rata-ratanya mendoakan yang baik-baik buat Ashraf Muslim seisi keluarga.
Pernah menutup salun miliknya, pendandan rambut selebriti, Chez Hamdan tidak menyangka pertemuan usahawan dan bekas penyanyi, Erna Elliyana Rosli kembali membakar semangat untuknya bagi meneruskan kecintaannya yang terbantut susulan pandemik COVID-19.
Lalu, wujudlah perkongsian pintar atau ‘smart partnership’ di antara dua usahawan bumiputera berkenaan menerusi kehadiran salun pelbagai tarikan yang dikenali sebagai ChezKamya Professional berlokasi di Sentul Point, Jalan Sentul Pasar, Kuala Lumpur.
Salun berkenaan mula beroperasi secara rasmi pada 20 Ogos lalu.
Chez, 36, atau nama penuhnya, Halimi Hamdan mempunyai pengalamannya lebih 10 tahun di dalam industri kecantikan rambut.
Manakala Erna, 34, pula pernah menceburkan diri dalam dunia seni era 1990-an yang semakin dikenali dengan kepelbagaian produk makanan tambahan untuk kecantikan, Kamya Glow.
“Saya bersyukur pertemuan dengan Erna membuahkan semangat baharu untuk saya kembali membuka salun kecantikan. Ini bukan projek jangka pendek, tapi kerjasama selama-lamanya. Insya-Allah.
“Baik saya dan Erna juga akan menjual produk kami masing-masing. Bahkan disediakan pusat pembelajaran kepada yang berminat untuk belajar membuat rawatan kecantikan rambut.
“Di salun ini, kami menawarkan perkhidmatan yang profesional dengan hasil yang cantik dan kacak. Kami juga menawarkan tempat yang eksklusif supaya pelanggan akan berasa gembira apabila berkunjung ke salun kami,” kata Chez.
Salun ini menyediakan ruang pelanggan yang dilengkapi 15 tempat duduk.
“11 di tempat awam atau terbuka. Selain dua di bahagian VIP. Manakala baki dua lagi di ruangan muslimah untuk wanita bertudung.
“Ruang VIP dikhususkan kepada pelanggan yang mahukan privasi, keselesaan dan juga layanan eksklusif kerana pelanggan turut dihidangkan secangkir kopi serta makanan ringan.
“Turut disediakan ialah ruang menunggu yang selesa dan bilik solat,” katanya lagi.
Bercerita berkenaan kolaborasi terjalin, Chez berkata ia merupakan kerjasama yang bijak terutama dalam meningkatkan ekonomi kedua-dua belah pihak.
“Gandingan antara Kamya dan Chez Professional ini mula terjalin apabila saya mula berkenalan dengan pengasas Kamya Glow iaitu Erna sendiri.
“Dari situlah timbulnya idea untuk bekerjasama, memandangkan kecantikan dan kesihatan rambut sebenarnya saling berkait rapat.
“ChezKamya Professional adalah satu jenama salun rambut yang melengkapi iaitu kecantikan dan rambut adalah dari Chez Professional, manakala kesihatan dan kecantikan adalah falsafah milik Kamya ,” kata Chez.
Antara selebriti yang sering mendapatkan khidmat dandanan rambut daripada Chez seperti Nad Zainal, Norman Hakim, Hairul Azreen, Shiha Zikir dan ramai lagi.
Bukan sekadar sebuah salun rambut biasa, salun ini merupakan sebuah pusat sehenti yang turut menitikberatkan kecantikan dan kesihatan rambut baik dari segi produk mahupun perkhidmatan yang disediakan.
Menurut Erna, salun ini turut memperkenalkan 15 rangkaian produk penjagaan rambut.
“Sesuai dengan pembukaan salun ini, kami di Kamya turut memperkenalkan produk terbaharu iaitu Sugeheir yang merupakan vitamin dalam bentuk kunyah. Produk ini dilengkapi dengan nutrisi untuk pertumbuhan rambut yang sihat dan lebat.
“Ia sekali gus selari dengan cogan kata jenama produk saya iaitu #’Cantik itu siapa? Cantik itu kamu,” kata Erna.
Dia sebelum ini pernah menyertai pertandingan nyanyian seperti Sinaran Pasport Kegemilangan 2000, Malaysian Idol 2004, One In A Million 2006 dan berlakon dalam beberapa drama serta filem tempatan.
Tambah Erna lagi, di salun itu ditawarkan pelbagai perkhidmatan yang pastinya memberi pelbagai kemudahan kepada para pelanggan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bersempena program Jelajah Bola Sinar di Kelantan hujung minggu lalu, pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu bersyukur kerana sempat menziarahi pusara agamawan dan tokoh politik, Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Tanah Perkhuburan Islam Pulau Melaka, Kota Bharu.
Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama lengkap Muhd Nadzri Zainal Abidin, 37 ini memaklumkan dia sebenar sudah lama berhajat untuk menjejakkan kaki di tempat bersejarah tersebut.
“Alhamdulillah hajat tercapai. Al-fatihah buat yang disayangi ramai Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Al-fatihah,” tulisnya.
Ketika di pusara, Jep yang turut ditemani rakan pelawak, Rahim dan Ilya turut dilihat meluangkan masa untuk bertafakur dan manjatkan doa buat Almarhum Tok Guru Nik Aziz.
Pada masa sama, suami kepada pelakon, Sari Yanti ini juga sempat melawat masjid yang dibangunkan oleh arwah Tok Guru sambil disertai oleh anaknya yang juga merupakan Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Aziz.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menzahirkan menzahirkan rasa sayu dan meluahkan rasa rindu terhadap almarhum Tok Guru Nik Aziz.
“MasyaAllah, hayat dan kematiannya. Kesederhanaan yang terpapar. Insafnya rasa.
“Alhamdulilah, masih ada artis yang cintakan ulamak. Semoga hidup kita menjadi satu keberkatan di dunia dan akhirat.
Pelakon Sweet Qismina mendedahkan dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 7 kilogram (Kg) dalam tempoh hanya sebulan demi memenuhi tuntutan watak dalam sebuah filem baharu.