Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad akui tidak terkesan dengan kecaman yang dilemparkan oleh segelintir pihak gara-gara lantang bersuara mengenai isu ganguan seksual terutamanya melibatkan kanak-kanak sejak akhir-akhir ini.
Menurut Uyaina, kecaman tersebut tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat.
“Saya berada di dalam industri ini bukannya baru semalam. Orang boleh berkata apa sahaja, saya sudah lali. Kadang kala, bila kita tak ambil tahu, ada juga baiknya.
“Setiap kecaman, makian, kritikan dan kutukan, saya terima. Saya tak serik untuk bersuara lagi,” katanya kepada MH.
Pengacara program Wanita Hari Ini itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pengumuman malam kemuncak Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-36 di Courtyard By Marriot, Kuala Lumpur pada Rabu.
Pada masa sama, Uyaina turut mengulas mengenai sikap segelintir pihak yang masih mempertahankan tindakan ‘Abang Bas’ yang sebelum ini ditahan atas pertuduhan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak terhadap kanak-kanak perempuan.
Ads
“Pada saya, ini adalah cabaran untuk mendidik masyarakat. Saya bukan nak suruh orang dengar cakap saya sebab saya ada latar belakang dalam bidang perundangan.
“Tak perlu jadi peguam pun untuk bercakap tentang perkara ini. Kita kena ada otak sahaja. Perkara ini sudah ada di dalam akta dan bukan saya yang gubal akta tersebut.
“Apa yang individu itu lakukan adalah salah di sisi undang-undang. Siapa saya untuk bercakap sesuka hati? Saya cakap berdasarkan fakta.
Ditanya mengenai reaksinya bila ada pihak yang memberikan sumbangan untuk mengumpul wang ikat jamin ‘Abang Bas’, Uyaina berpandangan setiap orang berhak mendapatkan pembelaan.
“Itu duit mereka. Saya selalu percaya, seseorang itu tidak bersalah selagi belum dijatuhkan hukuman. Ini adalah undang-undang yang terpakai untuk semua orang.
“Alhamdulillah, ada peguam yang mahu mengambil kes dan membela ‘Abang Bas’ secara probono. Itu adalah hak asasi yang perlu diberikan kepada semua orang.
Ads
“Kita berhak mendapatkan peluang untuk mempertahan diri sendiri. Saya tidak menjatuhkan hukuman kepada ‘Abang Bas’. Itu adalah tugas mahkamah. Saya di sini hanyalah untuk memberi kesedaran,” akhirinya.
Sebelum ini, Uyaina meluahkan rasa kecewa dengan tindakan seorang pemandu bas yang merakam video pelajar sekolah.
Menurutnya, perbuatan tersebut dilihat boleh menyumbang kepada jenayah melibatkan kanak-kanak.
Pemandu bas lebih dikenali sebagai ‘abang bas’ itu didakwa di Mahkamah Muar, Johor atas pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan namun dibebaskan semalam dengan bayaran jaminan sebanyak RM40,000.
Rentetan itu, keluarga ‘Abang Bas’ melahirkan hasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan selebriti yang didakwa mengundang syak wasangka serta kecaman terhadap mereka sebelum ini.
Antara nama ‘dipetik’ netizen ialah Uyaina dan Diana Danielle kerana dilihat lantang bersuara mengenai isu berkaitan Abang Bas dalam media sosial.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hasrat Marygrace untuk membanggakan ibunya bakal direalisasikan apabila namanya diumumkan sebagai juara program realiti One In A Million musim terbaharu.
Menurut Marygrace, dia juga tak pernah menyangka mampu mencapai kejayaan tersendiri, apatah lagi menewaskan para finalis lainnya.
“Saya bersyukur kerana Allah mendengar doa-doa saya. Sebenarnya, sasaran saya di sini hanyalah untuk menimba pengalaman dan perbaiki apa yang kurang.
“Saya tak pernah terfikir untuk memenangi pertandingan ini. Pada saya, ia sesuatu yang mustahil untuk menewaskan para peserta lain seluruh Malaysia.
“Bila bergelar juara, ia seperti tiket untuk ‘happy ending’ saya. Ibu saya kini semakin tua, jadi ia menjadi tanggungjawab saya untuk menunai segala impiannya dan keluarga,” katanya kepada MH.
Penyanyi kelahiran Keningau, Sabah itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media pentas akhir OIAM di Studio NTV7 pada Ahad.
Bina Rumah Selesa Buat Keluarga
Membawa pulang hadiah utama bernilai RM1 juta termasuk wang tunai RM500,000, Marygrace mahu memanfaatkan rezeki tersebut ke jalan yang baik.
“Ya, ia jumlah yang sangat besar. Saya jadi teringat dengan impian untuk bawa ibu pergi umrah dan melancong. Saya juga mahu tubuhkan persatuan kebajikan saya sendiri.
“Saya suka kanak-kanak dan kucing. Jadi, saya nak bantu mereka yang memerlukan. Saya mahu gunakan wang ini sebaik mungkin.
“Saya juga mahu bina rumah yang lebih selesa buat keluarga,” ujarnya lagi.
Dia pada masa sama memilih untuk tidak ambil serius mengenai tanggapan segelintir pihak yang merasakan dirinya tidak layak bergelar juara program realiti berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Salam takziah diucapkan buat Datuk Ziela Jalil sekeluarga apabila ibunya, Fatimah Othman, telah pergi mengadap Illahi pada Jumaat.
Allahyarhamah Fatimah, 70, meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit di kediaman pelakon dan penerbit terkenal itu kira-kira jam 1.15 petang.
Terdahulu, Ziela ada berkongsi khabar duka pemergian ibu selain memanjatkan doa semoga arwah diampuni dan dirahmati menerusi InstaStories.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, pada jam 5.30 petang.
Sementara itu, Anak sulung Ziela, Dr Puteri Julia Nabilah Megat Junid seperti yang dilaporkan Berita Harian memberitahu, arwah nenek pergi akibat komplikasi pelbagai penyakit.
“Arwah menghidap kencing manis, angin ahmar dan darah tinggi yang menyebabkan ginjal gagal berfungsi.
“Kira-kira sebulan lalu, arwah pernah diserang angin ahmar,” katanya seperti yang dipetik.
Julia turut menambah, ibunya cukup rapat dengan arwah nenek.
“Sejak saya lahir, Mama menjaga nenek dengan baik. Arwah tinggal bersama kami.
“Mama dan arwah memang tidak dapat dipisahkan. Mama berbakti kepada arwah nenek yang persis Mama sifatnya,” katanya lagi.
Foto: Instagram Datuk Ziela Jalil
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!