Susulan kemelut rumah tangga di antara suami dan isteri pertama, nama pelakon, Miera Liyana menjadi perhatian netizen.

Ramai yang membuat spekulasi mendakwa Miera menjadi punca suaminya, Rosland Othman membuat permohonan cerai terhadap isteri pertama, Adibah Abdul Mutalib.

“Tak Pelik Kenapa Rosland Pilih Awak, Hati Ikhlas…,” – Ada Netizen ‘Back Up’ Miera Liyana “Tak Pelik Kenapa Rosland Pilih Awak, Hati Ikhlas…,” – Ada Netizen ‘Back Up’ Miera Liyana

Lantaran itu, Miera atau nama sebenarnya Miera Leyana Kasmi telah pun memuat naik hantaran di Instagram story seakan-akan memberi respons dan mempertahankan dirinya.

Malah, pelakon asal Johor Bahru ini juga berharap agar semua pihak berhati-hati dengan fitnah akhir zaman selain perlu mendengar penjelasan daripada kedua-dua belah pihak.

“Akan sentiasa ada dua sisi dalam sebuah cerita. Jangan nak gila glamor. Suatu hari nanti, kalian akan mengetahui kebenarannya. Hati-hati dengan fitnah akhir zaman.

IKLAN

“Sekian dari Miera Liyana, nak masak kejap untuk suami dan anak-anak. Selamat tinggal,” tulisnya.

“Tak Pelik Kenapa Rosland Pilih Awak, Hati Ikhlas…,” – Ada Netizen ‘Back Up’ Miera Liyana

Dalam pada itu, Miera turut berkongsi respon dan kata-kata semangat daripada netizen buat dirinya di Instagram stories.

IKLAN

“Tak Pelik Kenapa Rosland Pilih Awak, Hati Ikhlas…,” – Ada Netizen ‘Back Up’ Miera Liyana “Tak Pelik Kenapa Rosland Pilih Awak, Hati Ikhlas…,” – Ada Netizen ‘Back Up’ Miera Liyana “Tak Pelik Kenapa Rosland Pilih Awak, Hati Ikhlas…,” – Ada Netizen ‘Back Up’ Miera LiyanaTerdahulu, madu kepada Miera Liyana, Adibah Abdul Mutalib tampil mahu mempertahankan rumah tangganya bersama Rosland meskipun perkahwinan mereka didakwa diduga sejak dua tahun lalu apabila suaminya berkahwin dengan Miera pada tahun 2020.

Rentetan itu, permohonan cerai difailkan Rosland pada 7 April lalu mengikut Seksyen 47, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Pada 31 Januari lalu, Rosland juga gagal menghadiri prosiding kes nusyuz yang difailkan sendiri di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

IKLAN

Rosland berkahwin dengan isteri pertamanya pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima orang cahaya mata.

“Tak Pelik Kenapa Rosland Pilih Awak, Hati Ikhlas…,” – Ada Netizen ‘Back Up’ Miera Liyana

Dia kemudian berkahwin dengan Miera Liyana pada 25 Julai 2020 dan hasil daripada pernikahan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia 3 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Miera Liyana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI