Pelakon Uqasha ada memuat naik beberapa keping fotonya mengenakan persalinan gaun pengantin rekaan pereka terkenal, Shanell Harun bersempena dengan pemilihannya sebagai ‘muse’ koleksi perkahwinan terkini pereka itu tahun ini.

Lalu, bintang drama Perempuan Tanpa Dosa yang dilihat anggun mengenakan persalinan putih lengkap dengan aksesori barangan kemas nyata menyerlahkan aura seri.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji penampilan Uqasha yang sedia maklum sebelum ini telah dilamar secara ‘live’ di Anugerah Meletop yang lalu.

 

Turut mencuri tumpuan, ialah komen dari kekasih hatinya, Kamal Adli yang turut terpegun dengan kejelitaan kakak kepada pelakon, Nelydia Senrose itu.

Tulisnya dalam nada seloroh, dia tak menyesal melamar Uqasha tempoh hari.

“Maigad… tak menyesal atas stage hari tu. Mine,” tulis Kamal beserta emoji.

Uqasha dilihat tulis memberikan respon terhadap komen yang ditinggalkan Kamal.

Terdahulu, menerusi MH sebelum ini, koleksi kapsul pengantin Gabrielle 2021 ilham Shanell itu dilihat tepat bersama Uqasha yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

“Saya cuba mencipta kelainan menerusi koleksi ini dan bagi saya, Uqasha ialah bintang paling sempurna untuk ditampilkan sebagai wajah Gabrielle 2021.

“Koleksi ini diharap dapat memukau peminat fesyen tanah air menerusi pemilihan busana resepsi dengan gaya moden yang bakal menjadi trend perkahwinan pada tahun ini.

“Penggunaan fabrik renda Peranchis sebagai asas rekaan, berperincian minimal yang dipadankan bersama layah dan set berlian, pastinya membuat bakal pengantin tampil mempersona di hari bahagia mereka,” katanya.

Foto: Instagram Uqasha Senrose, Kamal Adli

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI