Bekas personaliti televisyen terkenal, Datuk Ras Adiba Radzi menzahirkan rasa syukur selepas selamat menjalani pembedahan di bahagian bahunya, Sabtu lalu berjalan lancar.
Menurutnya, prosedur tersebut adalah pembedahan kedua selepas mengalami kecederaan lama ketika menolak kerusi roda jarak jauh dari Johor Bahru ke Putrajaya pada tahun 2003.
Pembedahan pertama telah dilakukan di bahu kanannya kira-kira dua tahun lalu.
“Syukur pembedahan menjahit semula ligamen dan otot bahu serta lengan kiri saya, Sabtu lalu, lancar. Ianya adalah pembedahan kedua selepas yang pertama dua tahun lalu di bahu kanan.
“Ini merupakan kecederaan lama, pabila saya menolak kerusi roda jarak jauh, dari Johor Baru ke Putrajaya, 490km pada 2003.
“Rehat sebentar dari sukan menembak. In Shaa Allah pulih nanti, akan saya kembali berlatih untuk mewakili negara,” tulis Ras Adiba pada ruangan kapsyen di Instagram.
Turut dikongsikan ialah foto hasil pembedahan yang dilakukan.
Entri berkenaan juga mendapat perhatian daripada para pengikut yang mendoakan kesembuhannya.
Foto: Instagram Datuk Ras Adiba
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nak Makan Nasi Kandar,” – Farah Nabilah & Suami Pilih Pulau Pinang, Percutian Singkat Untuk Honeymoon!
Selamat bernikah dan mengadakan beberapa buah majlis resepsi, pelakon Farah Nabilah mendedahkan akan berkunjung ke Pulau Pinang terlebih dahulu bersama suaminya, Mohammed Amirul Yunus untuk berbulan madu.
Kata bintang Cik Reen Encik Ngok Ngek itu, dia dan Amirul masih mempunyai tuntutan kerja yang harus diselesaikan.
“Perancangan bulan madu belum ada apa-apa lagi. Saya bakal memulakan penggambaran beberapa buah drama begitu juga dengan Amirul yang bekerja sebagai seorang juru terbang.
“Apa yang pasti, kami akan ke Pulau Pinang terlebih dahulu untuk mencari makanan yang menarik di sana kerana saya teringin nak makan nasi kandar.
“Boleh dikatakan Pulau Pinang sebagai short honeymoon kami, ” katanya kepada MH.
View this post on InstagramA post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on
Dalam pada itu, Farah,28, dan Amirul membuat keputusan memilih rumah yang bakal didiami lokasinya berdekatan dengan keluarga.
“Sebenarnya rumah kami dalam pengubahsuaian dan bakal berpindah lagi beberapa bulan.
“Saya seorang anak mak yang tidak pernah tinggal berjauhan dengan keluarga. Begitu juga dengan Amirul yang rapat dengan mak dan keluarga.
“Jadi saya mencari rumah yang berdekatan dengan keluarga supaya senang untuk melawat dan meluangkan waktu bersama,” kongsinya.
View this post on InstagramA post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on
View this post on InstagramA post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on
View this post on InstagramA post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on
Terdahulu, pasangan sama cantik, sama padan ini juga telah mengadakan empat majlis yang berlangsung meriah dengan tema tersendiri.
Farah dan Amirul diijabkabulkan pada 20 Disember lalu dan menerima mas kahwin sebanyak RM1000, manakala wanga hantaran sebanyak RM77,777.77.
Foto : Instagram Farah Nabilah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dituduh Acah Baik, Elly Mazlein Balas; “Lantaklah Apa Orang Nak Cakap, Walau Tak Seberapa Kak Lina Rasa Bahagia.”
Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein tidak mahu ambil pusing mengenai cakap-cakap atau pandangan pesimis yang mempersoalkan mengenai usaha bantuan yang dihulurkan.
Menerusi Insta Story, Elly yang selesa disapa Kak Lina ini juga senang dengan apa yang dilakukan, meski ia tidaklah seberapa.
“Walaupun ada yang kata Kak Lina acah-acah nak tunjuk baik. Tak apa, itu dugaan buat Kak Lina. Lantaklah apa orang nak cakap apa pun pada Kak Lina ni.
“Kak Lina tetap usaha bantu cara Kak Lina. Walaupun tak seberapa pertolongan Kak Lina ni, tapi Kak Lina rasa luas, rasa bahagia,” tulisnya sambil disusuli dengan hashtag, #teamkaklinapompomambilberat.
Beberapa hari lalu, Elly yang kini sedang sarat hamil anak kedua, ada memuat naik sepotong video dengan niat mahu membantu insan yang memerlukan.
Menerusi video tersebut, Elly antara lain turut meminta mereka yang berkenaan agar bersikap jujur agar bantuan yang diberikan mengenai golongan sasaran.
“Alhamdulillah rezki kita share bersama. InsyaAllah ada rezki lebih nnti, lpas lock down dan da bole merentas negeri Kak lina usaha pulak utk pegi luar dari KL pulak.
“Cuma 1 yg ku pinta, kejujuran. Siapa yg memerlukan bole DM kak lina ya. nsyaAllah kak lina cuba bantu apa yg mampu, kak lina bantu sikit² ya supaya rmi bole merasa,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Foto: Instagram Elly Mazlein
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aeril Zafrel Komen Isu Baju Melayu Terlalu Moden Rekaannya; “Ada Peminat Tersendiri, Cuma…”
Pelakon dan usahawan Aeril Zafrel berpendapat, dia kurang bersetuju sekiranya gaya baju Melayu yang terlalu dimodenkan sehingga ‘mengikis’ keaslian persalinan tersebut.
Aeril berkata, rekaan baju Melayu yang sedemikian bukan menjadi faktor terbesar untuk menarik minat pembeli’ berbanding kualiti.
“Setiap tahun kita melihat pelbagai rekaan baju Melayu ada di pasaran. Kalau nak beri pendapat mengenai rekaan yang terlalu moden sehingga menghilangkan keaslian baju Melayu, saya kurang setuju.
“Mungkin yang rekaan tersebut ada peminat yang tersendiri, cuma mungkin juga tak ramai berbanding peminat Baju Melayu sedia ada tetapi yang diterapkan kualiti dengan harga mampu milik.
“Malah pada sayalah, mesti ramai yang suka dengan Baju Melayu tradisional yang diselitkan dengan sentuhan moden yang tidak berlebihan. Ia digemari peminat busana tersebut yang mahu tampak lebih maskulin dan praktikal,” katanya.
Suami kepada Wawa Zainal itu berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Baju Melayu Soultan x Hijabistahub, di JW Marriot, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
“Pada masa sama, saya seorang cerewet dan untuk kerjasama ini, kami ambil masa dua tahun sebelum bersetuju dengan meneruskan projek Soultan. Fikir dahulu masak-masak sebab saya juga pernah terlibat dengan jualan baju Melayu sendiri sebelum ini.
“Saya sendiri melihat pelbagai aspek iaitu jualan, kredibiliti dan produk itu sendiri yang dihidupkan oleh pengasasnya, Ahmad Syafiq Hilmi dan Wanie Elena.
“Kerjasama ini melibatkan nama saya, jadi saya tak boleh terus setuju kerana jika ada apa-apa terjadi, nama saya terpalit. Bagaimanapun, saya melihat mereka berdua sebagai antara usahawan Melayu berjaya dan dipercayai,” katanya lagi.
Terdahulu pada majlis sama, kira-kira 300 selebriti terkemuka dan pempengaruh media sosial hadir memberi sokongan bersempena dengan pelancaran jenama Soultan.
Ia membariskan pertunjukkan fesyen daripada pasangan selebriti seperti Alif Aziz dan Bella Astillah, Mawar Rashid dan Raf Yaakob, Amyra Rosli dan Amar Baharin, Nisdawati dan Fauzi Nawawi, termasuk Aeril dan Wawa sendiri.
Penyanyi Iman Troye, Ryan Bakery dan Boss James turut memperaga persalinan istimewa sempena musim perayaan yang bakal tiba.
@mediahiburanofficial Sketsa di Majlis Pelancaran Soultan Royale Raya 2023. Aeril kata hujung-hujung semua ‘kelaut’ tak ikut skrip! 😂 Apa pun majlis sukses! 🫰🏼♥️ #MHnews #MediaHiburan #fyp ♬ Royalty – Egzod & Maestro Chives
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI