Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengakui dia dan suami yang juga penyanyi, Raja Syahiran harus berdepan dengan pelbagai cabaran beberapa hari menjelang hari bahagia mereka.
Menurut Uyaina, segala persiapan harus dirancangkan semula kurang daripada 24 jam memandangkan pihak yang sepatutnya menyiapkan pelamin terpaksa membatalkan kerja-kerja mereka kerana segala peralatan dikatakan telah tenggelam akibat banjir.
Katanya lagi, dia dan Syahiran tetap reda dengan segala ujian yang menimpa mereka ketika ini.
“Sebenarnya malam berinai yang sepatutnya berlangsung pada Isnin, kami terpaksa batalkan. Inai yang saya pakai sekarang ini pun hanya dibuat di bilik sahaja.
“Kami buat pyjamas party sahaja. Hanya saudara mara sahaja yang datang dan pakai baju tidur je. Saya berinai sorang-sorang dan kami ‘have fun’ sesama sendiri sahaja.
“Sepatutnya tema arabian night tapi terpaksa postponed. Pelamin yang asal juga sebenarnya telah tenggelam dalam banjir. Pihak pelamin memang tak boleh nak teruskan.
“Kami tetap berlapang dada dan reda. Terima kasih juga kepada pihak perancang perkahwinan yang sunggup jadi bidan terjun. Persiapan majlis ini hanya satu malam sahaja,” katanya kepada MH.
Ads
Jelas Syahiran pula, meskipun harus berdepan dengan pelbagai dugaan namun, dia tetap reda kerana perkara wajid iaitu majlis ijab kabul telah pun berjalan dengan lancar.
“Yang penting hubungan kami halal. Perkara yang lain kami letak sebagai nombor dua. Yang penting majlis ijab kabul dapat berjalan dan dihadiri para keluarga.
“Saya tahu ramai ketika ini ditimpa musibah. Saya juga terkesan kerana rumah saya di Subang Jaya turut terputus bekalan elektrik. Tapi saya tidak mahu jadikan ini sebagai isu kerana ada orang yang ditimpa musibah lagi besar.
“Kami hanya mahu kekal positif. Majlis pernikahan harus tetap berjalan. Sejujurnya kami tidak sedih. Pada 19 hari bulan haritu, kami berjumpa dan hanya tergelak memikirkan ujian yang kami hadapi,” jelasnya lagi.
Pasangan tersebut berkata sedemikian ketika ditemui media selepas majlis pernikahan mereka yang berlangsung di Colony By KLCC, Kuala Lumpur pada Selasa.
Ads
Bagaimanapun, Syahiran enggan mengulas lanjut mengenai jumlah kerugian yang terpaksa mereka hadapi kerana menyifatkan ada lebih ramai individu di luar sana yang berhadapan dengan dugaan yang lebih teruk.
Katanya lagi, dia dan Uyaina akan merancang semula soal aktiviti berbulan madu mereka di Eropah sebaik sahaja keadaan kembali normal.
“Rugi itu memang ada tapi rasanya tak manis untuk saya kongsikan jumlahnya sebab ada ramai lagi yang lebih terkesan. Kalau saya kongsikan pun ada lagi yang lebih teruk.
“Bulan madu di Eropah juga terpaksa dibatalkan memandangkan varian Omnicron kini sedang mengganas. Bila semua reda nanti kami akan rancang yang lain.
Ads
“Famili saya yang ada di UK pun sekarang ini ada yang terkena Covid-19. Patutnya 23 Disember ini kami bertolak. Apapun kami tetap reda dan yang penting kami sekeluarga ada untuk sesama sendiri,” akhirinya.
Dalam majlis yang berlangsung pada Selasa, Syahiran telah selamat bergelar suami kepada Uyaina dengan hanya sekali lafaz.
Majlis akad nikah yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja seramai 100 orang dan mereka masih belum merancang untuk melangsungkan majlis resepsi.
Sekadar informasi, pasangan selebriti ini mula berkenalan pada awal 2019 di sebuah program terbitan Astro dan Uyaina menerima rombangan merisik keluarga Syahiran pada Julai tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foro: Cstproduction
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Adik kepada pelakon dan hos, Afdlin Shauki, iaitu Jefri Adzman Aksan meninggal dunia sebentar tadi kira-kira jam 5.14 petang tadi di Hospital Thomson, Kota Damansara.
Berita sedih berkenaan disampaikan Afdlin sendiri menerusi Instagram miliknya, sejam lalu.
Sambil meminta agar salah dan silap Allahyarham dimaafkan, bintang itu turut berdoa agar Allah SWT menjaga dan menjauhkan siksa kubur adik serta ibunya yang turut sama meninggal dunia Oktober tahun lalu.
“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua. Adik lelaki saya, Jefri Adzman Bin Aksan telah pulang ke rahmatullah pada hari ini, pukul 5:14pm di Hospital Thomson Kota Damansara.
“Moga rohnya ditempatkan di kalangan roh-roh orang yang beriman.
“Pada yang mengenali adik saya, saya memohon maaf segala kesilapan beliau. Dan halalkan makan dan minum beliau. Jika adik saya ada berhutang dgn sesiapa, boleh lah sekiranya menghubungi saya.
“Sekarang adik dah boleh jaga mak In Shaa Allah di jannah. Tak aci korang dah bersama. Ya Allah jagalah mereka, hindarkanlah siksa kubur, elakkan dari azab api neraka, elakkan dari fitnah sewaktu hidup dan selepas mati. Elakkan dari fitnah dajjal. Kejap sangat Allah pinjamkan kau dekat kami jep… Yeop sayang kau jep. Afdlin Shauki,” tulisnya.
A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on
Beberapa jam sebelum itu, bintang senior berkenaan turut meminta bantuan orang ramai yang mengetahui kejadian kemalangan secara terperinci agar menghubunginya bagi membantu siasatan.
Anak pasangan selebriti popular, Neelofa dan PU Riz iaitu Muhammad Bilal berjaya mengumpul duit raya sehingga mencecah RM14,020 pada sambutan Syawal tahun ini.
Perkara itu dikongsikan Neelofa menerusi video yang dimuat naik menerusi saluran TikToknya sendiri yang mana memperlihatkan dia dan suami sedang mengira duit raya yang diberikan sanak-saudara serta rakan taulan mereka kepada Bilal.
“Jazakallahukhair kepada semua yang memberi duit raya kepada Muhammad Bilal.
“RM14 ribu ini semua duit-duit yang diberi sampai ada duit 1 ribu dirham. Jadi Bilal punya duit raya tahun ini hasil kutipan, RM14,020. Masyallah hebat daripada kita lagi,” kata PU Riz.
Sejak dimuat naik beberapa jam lalu, video tersebut pantas meraih lebih 1.5 juta tontonan daripada netizen.
Rata-rata netizen turut melahirkan keterujaan dengan jumlah duit raya yang berjaya diperolehi Bilal.
Wakil Filipina, Alexie Brooks, berjaya mengharumkan nama negaranya apabila dinobatkan sebagai Miss Eco International 2025 dalam acara gilang-gemilang yang berlangsung di AlZahraa Ballroom, Hilton...