Usahawan viral yang kini bersaing di Big Stage 2022, Ahmad Iqbal Zulkefli menyatakan mahu berbincang dengan pihak produksi sekaligus berhasrat untuk menarik diri dari terus bertanding.

Menurut Iqbal, dia merasakan tidak layak untuk terus berada di pentas besar berkenaan dan perkara tersebut diluahkan penyanyi lagu Hujan ini ketika ditemu bual di Big Stage Live Plus, malam tadi.

Muncul mengejut pada konsert pengenalan, Iqbal turut mempersoalkan kewajaran markah 5 peratus yang diberikan juri tetap, Ajai sejurus dia selesai membuat persembahan.

“Tak Mahu Merosakkan Industri Sebenarnya, Saya Sedar…,” – Iqbal Zulkefli Nak Tarik Diri Big Stage 2022? “Tak Mahu Merosakkan Industri Sebenarnya, Saya Sedar…,” – Iqbal Zulkefli Nak Tarik Diri Big Stage 2022? “Tak Mahu Merosakkan Industri Sebenarnya, Saya Sedar…,” – Iqbal Zulkefli Nak Tarik Diri Big Stage 2022?

“Kalau dapat dua markah pun saya bersyukur. Saya boleh terima. Tentang pemarkahan itu saya sepenuhnya berserah pada juri profesional. Cuma bila  lima markah tu, jadi tertanya… apa yang buruk sangat ke sampai lima? Saya jadi macam… apa yang masalahnya, apa yang sampai begitu?

“Tapi bukan bermaksud saya tak boleh terima, saya okay je. Cuma sampai sekarang saya rasa macam tak layak untuk saya berada di sini.

“Untuk minggu hadapan saya rasa kena bincang dengan Astro untuk saya rasa saya kena tarik diri. Saya rasa untuk tarik diri, untuk tidak menyertai lagi.

“Saya memang serius kalau buat lagu semua… tapi untuk pentas ini saya bukan tak serius cuma sedar kemampuan itu setahap mana. Saya tak mahu merosakkan industri sebenarnya. Saya sedar diri sayalah.

IKLAN

“Tapi andai kata ada peluang, jangan memandang rendah pada saya juga. Kita tidak tahu mungkin saya akan belajar banyak perkara lagi kan?,” katanya.

Terdahulu, Iqbal memaklumkan dia pada awalnya menolak pelawaan untuk menyertai Big Stage.

“Tak Mahu Merosakkan Industri Sebenarnya, Saya Sedar…,” – Iqbal Zulkefli Nak Tarik Diri Big Stage 2022?“Tak Mahu Merosakkan Industri Sebenarnya, Saya Sedar…,” – Iqbal Zulkefli Nak Tarik Diri Big Stage 2022?“Tak Mahu Merosakkan Industri Sebenarnya, Saya Sedar…,” – Iqbal Zulkefli Nak Tarik Diri Big Stage 2022?
“Saya sebenarnya dijemput oleh Astro saya kira dalam dua bulan yang lepas. Saya tolak berulang kali hingga sampai satu masa saya rasa tak boleh sombong sedangkan media sudah panggil banyak kali.

“Tapi pada masa sama sebenarnya saya sedar, saya bukan layak untuk menyanyi di sini. Tapi saya cuba yang terbaiklah,” katanya.

IKLAN

Ditanya mengenai reaksi selepas mengetahui bekas majikannya, Datuj Seri Vida sebagai Presiden Netizen, Iqbal tidak menafikan ia sedikit sebanyak mengganggu konsentrasinya ketika membuat persembahan.

“Sedikit sebanyak tu ada juga mengganggu kerana saya tidak tahu yang beliau ada di sini, Astro tidak beritahu. Jadi banyak kejutan. Saya balik (ke Malaysia) pun terus tak ada latihan sangat… satu kali pilihan pilih lagu terus menyanyi dengan baju semua…

“Semua orang surprised, macam tu. Apa lagi saya yang ‘bermain’ atas pentas ni. Saya berharap kepada semua tidak judge saya sebab ini bukan saya sangat nak beriya-iya nak join semua. Saya cuma lakukan yang terbaik,” katanya lagi.

Sejurus saingan minggu pertama yang tiada penyingkiran dilakukan, usahawan asal Kelantan itu berada di kedudukan tercorot dengan markah keseluruhan 18.8 peratus.

IKLAN

Manakala dua peserta lain di kedudukan paling bawah ialah Syafiq Abdullah dan Megat Rahim, namun Megat tidak membuat persembahan berikutan masalah kesihatan.

Minggu pertama Big Stage 2022 menyaksikan Aishah Retno meraih markah tertinggi, manakala tempat kedua Daniel Chuer dan Yasmin Aziz di tangga ketiga.

Big Stage 2022 menyaksikan Ajai bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza berada di posisi juri tetap dan Juri Juara merupakan juri jemputan dan mereka terdiri daripada selebriti yang pernah bergelar juara untuk semua program di saluran Astro.

Mas Idayu diperkenalkan sebagai Juri Pedas yang akan memberi kritikan panas kepada semua peserta di samping Vida, Presiden Netizen yang akan membaca komen-komen media sosial sepanjang program berlangsung.

Big Stage bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Alif Satar.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI