Pelakon dan usahawan, Datin Fouziah Gous mengakui dirinya berasa amat sedih selepas hampir tujuh ekor ikan koi peliharaannya telah mati dan tidak dapat diselamatkan.

Menurut Fouziah atau nama sebenarnya, Nor Fouziah Mohd Gous, kejadian tersebut berlaku disebabkan oleh kesilapan kecil tukang penyelenggara yang terlupa untuk menutup semula injap kolam tersebut.

“Ramai Yang Tak Habis-Habis Tanya Kenapa,”- 7 Ekor Ikan Koi Mati, Datin Fouziah Gous SedihKesilapan tersebut telah menyebabkan air yang telah dirawat berkurangan disebabkan telah bercampur dengan ‘chlorine’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fouziah Gous (@fouziahgous)

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Ramai yang tak habis-habis DM tanya kenapa.

“Small careless mistake did by our regular maintenance guy sebab terlupa tutup balik backwash Valve. #koi #koifish

“So, treated water draining out dan chlorine water keep coming in sehingga 7 nyawa melayang,” tulisnya.

IKLAN

Bagaimanapun, ibu kepada dua orang cahaya mata ini tetap reda dan percaya kesilapan dan kecuaian tukang penyelenggara itu sememangnya tidak di sengajakan.

“Ramai Yang Tak Habis-Habis Tanya Kenapa,”- 7 Ekor Ikan Koi Mati, Datin Fouziah Gous Sedih

Tambahnya lagi, dia juga berasa sedikit ralat kerana kebanyakkan ikan-ikan tersebut adalah hadiah pemberian untuk anak-anaknya.

“Im very sure dia pun tak sengaja. Antara yang pergi adalah hadiah birthday anak-anak. Semoga tabah anak anak ku.

IKLAN

“Thank You ‘cow fish’ semoga kita jumpa di akhirat nanti,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa simpati selain turut memberikan kata-kata semangat buat Fouziah dan anak-anaknya.

“Ya Allah. I thought it was the old video. Sedihnya. Sabar okay.

“Ikan guppy saya mati pun saya sedih. Inikan pula ikan koi. Asal melibatkan nyawa boleh patah hati.

IKLAN

“Sedihnya. Saya yang kematian ikan laga je pun dah sakit rasa jiwa ni. Lagikan la ikan koi.

“Allahu. Dunia hanya pinjaman. In sha Allah, ada sesuatu yang lebih baik menanti,” antara komen-komen netizen.

“Ramai Yang Tak Habis-Habis Tanya Kenapa,”- 7 Ekor Ikan Koi Mati, Datin Fouziah Gous Sedih “Ramai Yang Tak Habis-Habis Tanya Kenapa,”- 7 Ekor Ikan Koi Mati, Datin Fouziah Gous Sedih

Terdahulu, sehingga kini, video yang turut dikongsikan di aplikasi Tik Tok itu kini telah pun meraih hampir 200,000 jumlah tontonan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Datin Fouziah Gous

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI