
Nampaknya, bapa kepada pelakon Zahirah MacWilson iaitu Zainol MacWilson mempunyai pandangan yang tersendiri bila berkaitan dengan pertandingan ratu cantik.
Kisahnya, Zahirah muat naik foto terbarunya di laman Instagramnya, hari ini.
View this post on InstagramAlways glowing with @meeracle_my #zahirahformeeracle
A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on
Susulan itu, ada yang memuji kecantikan Zahirah itu dan mengatakan bahawa tidak mustahil pelakon drama Jangan Benci Cintaku itu akan mendapat kedudukan tinggi jika menyertai pertandingan Miss Universe.
“Kalau masuk Miss Universe hari tu confirm top 3,” tulisnya.
Bagaimanapun, Zainol segera membalas komen tersebut.
“Ye ke? Tapi tak lih la dik! Kita kan muslim! Miss Universe kan kene pakai pakaian renang, mana boleh.
“Thank for the compliment anyway. Awak lah masuk Miss Universe,” tulisnya.
Alamak, nampaknya Zahirah tak dapat ‘green light’ kalau ingin menyertai pertandingan seperti itu!
Pada MH, sebagai seorang bapa mungkin dia ingin melindungi anak perempuannya kan? Lagi pun sebab yang dikemukakan Zainol itu ada benarnya juga.
Sebelum ini, Zainol juga pernah melahirkan rasa bangga saat melihat muka anaknya itu menghiasi ‘billboard’ di tepi lebuh raya, malah dia juga sempat memberhentikan kereta untuk bergambar dengan ‘billboard’ tersebut.
Foto/Instagram: Zahirah Macwilson
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Selalu Ingat Kembali Kepada Ibu…”- Sempena Hari Wanita Sedunia, Hans Isaac Luah Rasa Rindu

Memandangkan hari ini adalah Hari Wanita Sedunia, MH telah sempat menemubual pelakon Datuk Hans Isaac ketika berada di Gala Night Miss Universe Malaysia 2019 yang berlangsung di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur malam semalam.
Menariknya, Hans telah berkongsi pendapat dan pandangan mengenai wanita sempena Hari Wanita Sedunia.
“Saya rasa saya tak nak dalam dunia ni kalau tak ada wanita sebab kalau tak ada wanita dalam hidup dunia ini, saya tidak ada…saya tiada dalam dunia ni..”
“Hidup saya selalu dikelilingi oleh wanita seperti mak saya, adik saya atau teman hidup saya dan juga perkerja-perkerja saya dalam industri pun kebanyakan wanita..” katanya.
Tambahan lagi, bila bercakap soal wanita Hans selalu mengingat kembali kata-kata ibunya yang sentiasa memberi nasihat kepada pelakon yang berusia 47 tahun itu.
“Saya selalu ingat kembali kepada ibu saya dimana selalu kata-katanya adalah always respect your eldest atau mak, atau parents..” luah rindu Hans.
Disamping itu, Hans atau nama sebenar Gerald Hans Isaac juga telah memberi nasihat yang bermanfaat kepada semua kaum lelaki diluar sana.
“Bagi saya wanita ini is the most important thing around is, saya hormati mereka sebaik yang saya boleh..sebab kadang-kadang kita lupa, sebagai lelaki kita lupa recognize apa kebaikan mereka dan kebolehan mereka..”
“Sebab bagi saya, kepada lelaki jangan lupa appreciate mereka 100%..and thank them all time..”katanya.
Lalu, Hans mengharapkan semua kaum lelaki diluar sana untuk lebih menghargai dan menyayangi kaum wanita sempena Hari Wanita Sedunia ini.
Terdahulu, ibunya Carmina Anciano Isaac meninggal dunia pada 2012 lalu akibat barah.
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2019/03/WhatsApp-Video-2019-03-08-at-4.07.04-PM.mp4?_=1
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Senyuman Dia Buatkan Hatiku Cair, Suara Sedap,” – Sesi Akhir Uji Bakat Ada ‘Bos Besar’, Imran Aqil Tak Sangka Kini Jadi Penyampai Hot FM

Seperti yang diketahui, bintang remaja Imran Aqil kini menjadi salah seorang penyampai radio Hot FM menerusi segmen kendaliannya, HotFlix.
Menurut pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi Hero Remaja 2020 ini, dia akui terkejut dan tidak pernah menyangka akan diberikan peluang berada di konti radio.
“Alhamdulillah, saya sebenarnya terkejut dan tidak sangka diberi peluang menjadi penyampai radio. Memang tidak pernah terbayang pun hendak bekerja di konti radio.
“Tapi mungkin sudah namanya rezeki, saya ambil peluang ini sebagai cabaran untuk meluaskan lagi kerjaya dalam industri hiburan tanah air,” katanya, menerusi Remaja.
Jelasnya lagi, tawaran yang hadir terjadi dalam masa pantas dan dia dipanggil untuk menjalani uji bakat kira-kira seminggu selepas pelawaan.
“Semuanya berlaku ibarat sekelip mata. Waktu itu saya ditegur oleh salah seorang petugas di Media Prima. Katanya, berminat hendak jadi penyampai radio?
“Saya pun cakaplah saya tidak pernah terfikir untuk jadi penyampai radio; tetapi jika ada peluang boleh saja kerana saya seorang yang suka belajar dan mencuba perkara-perkara baru.
“Seminggu kemudian, saya dihubungi salah seorang pengurus Hot FM yang meminta saya hadir ke sesi uji bakat. Untuk sesi pertama, saya ditugaskan bersama abang AG.
“Komen yang saya terima pada waktu itu adalah saya dianggap terlalu formal. Sedangkan Hot FM merupakan stesen radio yang menarik orang-orang muda dan selalu kasual menggunakan bahasa percakapan harian,” katanya.
Imran yang pernah muncul menerusi drama Anak Tebing 2 menambah, proses tersebut kemudiannya diteruskan untuk beberapa sesi dan akhirnya dia berjaya mengisi senarai penyampai stesen radio berkenaan.
“Beberapa hari selepas itu, saya menerima panggilan susulan untuk menyertai sesi kedua uji bakat. Untuk peringkat ini, saya ditugaskan seorang diri dan ia lebih sukar daripada yang kita sangka. Saya diberikan tiga tugasan dan pada hari itu juga, saya disuruh hadir ke sesi uji bakat ketiga.
“Dalam peringkat akhir ini, ada ‘bos besar’. Bila sedang sibuk sembang-sembang, tiba-tiba mereka katakan, “We want you”. Memang saya tidak sangka dan saya sangat bersyukur kerana telah diberikan kepercayaan dan peluang sebegini,” katanya.
Dia pada masa sama bertuah kerana keluara turut memberikan sokongan selain masih mahu memberi fokus terhadap dunia lakonan selepas ini.
Sementara itu menerusi satu rakaman kandid yang dimuat naik di Instagram Hot FM, penampilan Imran mendapat reaksi baik peminat, apatah lagi melihatkan dirinya yang tak pernah lekang dengan senyuman.
“Senyuman dia membuatkan hatiku cair. Anyway single lagi ke?,” tanya seorang peminat.
“Okay suara baru, nafas baru, semoga terus maju jaya. Gaya pengacara pun ada ni,” puji seorang peminat lain.
“Cair tengok senyuman Imran,” reaksi peminat.
“Okaylah not bad, suara sedap untuk jadi DJ radio,” respon peminat lain pula.
“Manis eh dia senyum, tu je nak cakap,” tulis ringkas seorang peminat.
“Serius best dengar dia ni jadi DJ, good luck and good job,” puji seorang lagi peminat.
Sekadar info, segmen Hot Flix ke udara setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 8 malam hingga 12 tengah malam.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sumbang Zakat RM80,000 Kepada 8 Badan Kebajikan, Stesen TV Ganding Bahu Santuni Golongan Kurang Bernasib Baik

Bagi mengimarahkan bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini, pihak Awesome TV sekali lagi menjalinkan kerjasama strategik dengan pihak Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB) dalam memperluaskan usaha menyantuni komuniti yang kurang bernasib.
Golongan sasaran itu termasuklah golongan anak yatim, asnaf, ibu tunggal, OKU, warga emas, orang buta serta pesakit dialisis menerusi perlaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ‘Ihsan Kita’.
Liputan aktiviti kemasyarakatan itu turut menyaksikan penglibatan selebriti popular seperti Izzue Islam, Fimie Don, Mamak Puteh, Nizam Jentik-Jentik, Harris Alif, Danny Soda, Justin Ang dan Kamalia Jamaludin.
Ia boleh disaksikan menerusi lapan buah episod khas yang bakal ditayangkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 6.00 petang secara eksklusif di platform Astro (Saluran 123) dan MyTV (Saluran 112) bermula 1 April lalu.
Bagi menjayakan inisiatif amal tersebut, pihak KAPB dengan berbesar hati memperuntukkan sumbangan zakat berjumlah RM80,000 untuk diagihkan kepada lapan buah badan kebajikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terpilih.
Lapan badan kebajikan itu adalah Yayasan Orang Buta Malaysia (Brickfields), Rumah Perlindungan Al-Nasuha (Gombak), Rumah Titian Kaseh (Titiwangsa), Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al Barakh Malaysia (Keramat), Pertubuhan Kebajikan Darul Jariyah (Rawang), Yayasan Chow Kit (Kuala Lumpur), Yayasan Islam Darul Ehsan @ Pusat Dialisis MAIS (Kuala Selangor) dan Yayasan Budi Ihsan Malaysia (Putrajaya).
Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zali menyifatkan Ramadan paling dinantikan pihaknya kerana berpeluang meningkatkan lagi amalan menerusi pelbagai bentuk pengisian bermakna dan memperkukuhkan ukhuwah.
“Selaku stesen televisyen yang prihatin, pihak Awesome TV memainkan peranan besar dalam mengambil langkah proaktif untuk menyokong sebarang usaha murni yang memberi manfaat besar kepada komuniti setempat di luar sana.
“Inisiatif penerbitan program seperti ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kami untuk mendekati dan berbakti kepada masyarakat yang dilihat menepati simbolik tema kempen Ramadan kami tahun ini iaitu ‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya.’
“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak terlibat di atas kepercayaan yang diberikan dalam menjayakan program amal ini. Kami menghargai kesungguhan dan komitmen syarikat korporat seperti KAPB yang wajar dicontohi oleh semua.
“Besar harapan kami agar kerjasama murni ini dapat dipanjangkan lagi untuk tahun-tahun yang seterusnya,” katanya.
KAPB adalah sebuah syarikat koperasi pelaburan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Setiap pelaburan yang dibuat oleh KAPB juga patuh Syariah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI