Akui rindu untuk beraksi di gelanggang futsal, isteri kepada gitaris Kristal,Rody iaitu Niena Azman ingin ‘berehat’ seketika.
Hal ini kerana Niena kini hamil anak kedua dan mahu menjaga kandungannya itu.
“Tak lama lg break jap main futsal, new members is coming.. Mybe ramai yg tanya niena x main futsal lg ke?
“Actually still main, game2 sosial and masih lg buat coaching, but don’t wory, time Adith dlu masa bulan yg ke 8 bru Niena stop.. tu Adith kuo die pnye aktif second ni mcm ne la nti,” tulisnya.
Terdahulu, Niena yang juga penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan berkahwin dengan Rody pada 27 April 2018 dan dikurniakan anak lelaki, Adithya Jabbar yang kini berusia setahun.
Pelakon senior, Zarina Zainuddin akui dia tidak sampai hati untuk melakonkan babak memukul rakan pelakon, Mira Filzah atas beberapa sebab.
Bagaimanapun, sebagai pelakon masing-masing sudah sedia tahu mengenai watak yang dibawa perlu realistik.
Situasi tersebut diceritakan Zarina menerusi entri video di Instagram yang telah dikemas kini untuk tatapan umum.
“Tak sampai hati nak pukul @mfmirafilzah sebab wajah dia suci, watak ni kot saya lemah dan Mira ni budak baik jadi nak pukul sikit pun sayang.
“Tapi saya cakap kat dia pelakun yang baik yang boleh memberi dan menerima… dia pandang dan senyum takpe pukul laa tapi jgn kuat kuat yea,” tulisnya sambil disusuli dengan beberapa tanda pagar.
Dua bintang berkenaan kini dalam penggambaran drama terbaru arahan Rashid Sibir, Kau Bidadari untuk tayangan Ramadan nanti yang turut menampilkan Zul Ariffin sebagai bintang utamanya.
Sehingga kini, video yang dikongsikan Zarina sudah pun ditonton hampir 100,000 kali.
Di kala rakyat sedang berduka dengan penyebaran wabak COVID-19, Malaysia dikejutkan dengan pemergian penyanyi Mya Ruslee yang popular menerusi lagu Matahari.
Difahamkan Mya yang lebih dikenali sebagai Maya Matahari meninggal dunia akibat penyakit kanser dan baru sahaja pulang dari China bagi menjalani rawatan di sana.
Berita tersebut telah disahkan teman baiknya, Haiza dan Ieda Moin.
Malah penyanyi Azharina turut menyatakan berita sama.
Maya atau nama sebenarnya Myanaliza binti Ruslee meninggal dunia pada usia 44 tahun dan pernah menyertai program Gegar Vaganza musim kelima.
Terdahulu arwah pernah menyatakan hasrat untuk menamatkan zaman solo pada penghujung tahun 2020.
Mya sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada 2009 namun berpisah pada Ogos 2015.
Rakan artis turut memberi penghormatan terakhir bersama bacaan Al-Fatihah.
Pelawak Harith Iskander bermurah hati menghulurkan sumbangan topeng muka (mask) dan bekalan makanan kepada petugas di Ibu Pejabat Polis Negeri (IPK) Shah Alam.
Menurut bapa kepada tiga orang anak itu, dia berbuat demikian kerana pihak polis merupakan pejuang barisan hadapan (frontlines) yang telah membuat rondaan siang dan malam bagi memantau rakyat Malaysia.
Malah, ia bagi menghargai jasadan sumbangan para wira negara bersempena Hari Polis Ke-213.
“Saya telah menyumbangkan topeng muka (mask) dan bekalan makanan kepada YDP DCP Dato Arjunaidi, TKP Selangor dan anggota yang lain.
“Mereka merupakan frontlines yang bertungkus-lumus dalam melindungi penularan wabak Covid-19
“Sumbangan ini tidaklah banyak mana, tetapiia menjadi istimewa kerana hari ini merupakan Hari Polis Ke-213.
“Also present were YDH SAC Datuk Hj Sulaiman (Ketua Jabatan Pengurusan) and YDH Supt Abdul Ghafor (Pegawai Turus Pentadbiran) Thank YOU to those who have contributed to the @thehopebranch.my Covid19 Fund Raising effort – your donations are making an immediate difference.
“Kepada mereka yang mahu menyalurkan sumbangan, boleh bank in ke: MAYBANK 514235670912 or click the link in my bio. Every single donation helps and we will do our best to translate that into real results,” tulisnya panjang lebar.
Meski hari ini merupakan sambutan Hari Polis ke-213, namun ia tidak dapat diraikan seperti tahun-tahun sebelumnya berikutan negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bagaimanapun, demi menjaga keamanan dan keselamatan negara, wira negara ini sentiasa disanjung tinggi.
Selamat Hari Polis Ke-213!
Foto: Instagram Harith Iskander
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!