Pemenang Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2), Fitri Haris mengakui bahawa dia tidak menjangkakan kemenangannya ini.

‘Tak Jangka Menang,Beri Penghormatan Pada ‘Guru’…’- Fitri Haris

Menurutnya, insan yang wajar diberikan kredit di atas kemenangannya ini adalah ‘guru’nya di dalam GGV 2 iaitu Adeep Nahar.

IKLAN

“Perasaan saya sebenarnya masih blur, macam tak sangka GGV dah habis. Saya dok fikir mengenai tugas untuk minggu seterusnya lagi.

“Tapi apa-apapun kemenangan ini memang tidak dijangka dan penghormatan yang sepatutnya diberi adalah kepada guru saya.

“Saya ni dah biasa berkumpulan dan bila kena menyanyi solo ini agak sukar untuk saya sesuaikan diri.

“Tapi dengan bantuan Adeep, dia banyak beri teknik untuk masukkan feel dalam lagu,”katanya ketika sidang media GGV2 semalam.

Dalam pada itu, Fitri menambah bahawa dia berasa lebih yakin apabila mempraktikkan ajaran Adeep dalam persembahannya.

IKLAN

‘Tak Jangka Menang,Beri Penghormatan Pada ‘Guru’…’- Fitri Haris

IKLAN

“Teknik yang Adeep ajar ini saya guna sejak minggu kedua dan Alhamdulillah ia berjaya. Jadi saya sangat berterima kasih kepadanya,”katanya lagi

Semalam, GGV 2 menyaksikan kemenangan Fitri Haris disusuli oleh Adeep Nahar di tempat kedua dan tempat ketiga oleh Awi Rafael.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI