Pelakon dan usahawan Datin Rebecca Nur Al Islam amat menitikberatkan perihal makanan terhadap anak-anaknya.
Katanya, dia tidak menggalakan anak-anaknya mengambil makanan segera (fast food).
“Anak anak mummy Becca Hanya boleh makan MD Donald 2 bulan Sekali Sahaja.
“Bukan apa sebab mummy TerLalu sayang kan Anak anak Dan utamakan kesihatan Keluarga ok.
Ads
“Nanti kecik2 lagi dah gemok2 And byk Penyakit Susah plak, lagi2 Takut sgt2 Kalau kecik2 dah ada Diabetes “kencing manis”, So dari anak anak kecil la Kita Sebagai Ibu bapa Harus Menjaga Apa Yg Mereka makan,” tulisnya.
Tambahnya lagi, air tangan seorang ibu merupakan makanan terbaik buat ahli keluarga.
“Bilik Di pikir kan Masakan Ibu lagi Baik k,Jadi Ibu2 Dah nama Pun Ibu Harus Rajin Masak k,” akhirinya.
Sering berkongsi foto mesra seisi keluarga, Nora Danish baru-baru ini ada berkongsi gambar terkininya bersama dengan anak kedua, Ney Ney atau nama sebenarnya Mohamed Neqayl Nedim.
“Mommy is back bambammm mommy… #mohamedNeqaylnedim™️#cintahatineno #10thSept2019,” tulis juri tetap Muzikal Lawak Superstar ini.
Menjengah ke ruangan komen foto tersebut, rata-rata peminat memuji kecomelan Ney Ney yang kian membesar.
Bahkan, ada juga peminat yang membayangkan wajah Ney Ney saling tak tumpah seperti wajah ibunya ketika ini.
Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga bersama Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai pada 20 Jun 2006 dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.
Bagaimanapun Nora telah berpisah dengan Jejai pada Julai 2008.
Selepas itu, Nora mendirikan rumah tangga bersama Bossned atau nama sebenarnya Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl Nedim pada 21 Februari 2018.
Foto : Instagram Nora Danish
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selain itu, peminat turut berasa teruja apabila menonton rakaman video yang dikongsi oleh Mia.
Di samping itu, peminat turut memuji wajah Issa yang kelihatan semakin comel dan membesar dengan sihat.
Terdahulu, Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi telah mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan bola sepak JDT, iaitu Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sayf Issa.
Video : Instagram Mia Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Diam tak diam, pelakon Saharul Ridzwan dan isterinya, Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir yang sudah pun sambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga.
Dalam pada itu, pelakon 30 Pesanan Suara ini turut bersyukur kerana hidupnya semakin bahagia dengan kehadiran seorang cahaya mata.
“Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. [Qs. Al Furqan 25:74]
“Hari ni, genap 3 tahun saya jadi suami awak. Dari seorang, jadi dua dan sekarang dah bertiga. Semoga tahun depan pada tarikh ni kita dah BEREMPAT.
“Amin Ya Rabbal A’lamin. Semoga Allah terus lindungi kita dari segala keburukan dunia dan akhirat,” tulisnya.
Pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2011/12 ini mahu menjadi seorang ketua keluarga yang berjaya memimpin isteri dan anaknya.
“Semoga sy terus menjadi nakhoda kapal utk kita ke syurga. Fuh. Ayat sweet semut2 yang lain sy ckp depan2 jelah.
“Doa kalian utk kesejahteraan dan kebahagiaan rumah tangga kami lebih bermakna dari semut2 tu. Semoga Allah makbulkan segala yang baik, dan jauhkan segala yang tidak baik. Amin,” akhirinya.
Penyanyi, Siti Nordiana mengakui agak berat hati untuk melepaskan anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie yang bakal menyambung pengajian di sebuah institut pengajian tinggi swasta serta menetap di asrama.