Selepas memutuskan untuk berehat seketika daripada menggunakan platform media sosial, rapper, Bunga Isme yang diwakili oleh pembantu peribadinya, Sophia ada menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang mengirimkan doa bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-21.

Menerusi perkongsian di Instagram, Sophia mendedahkan Bunga sememangnya berasa sangat gembira terutamanya selepas melihat usaha kreatif para peminat dalam menitipkan ucapan hari lahir buatnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noor Ayu Fatini @ Bunga (@bungaisme)

 “Hi semua Sophia sini! I’m Bunga’s personal assistant and currently Bunga is still not available to be on her social media for some reasons.

“She’s taking a break. On her 21st birthday today ramai sangat-sangat yang wish birthday Bunga, Sophia tak cukup jari nak reply kan semua ni haaa.

IKLAN

“Bunga cakap thanks untuk semua yang wish! Baik family, friends and beloved fans! Bunga happy sangat and hargai setiap wish wish korang tu sebab ada yang wish panjang-panjang, buat video editing and so on! (rajin bethol ko nyah),” tulisnya.

Dalam pada itu, Sophia turut berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan Bunya yang ketika ini sedang mempersiapkan diri bagi menduduki peperiksaan akhir universiti tidak lama lagi.

IKLAN

“Doakan Bunga cepat sihat, feel motivated selalu and do her best on her final exam ya. Nanti dm korang boleh lah dia reply kan kan! Okay tu jee!!! Goodnight semua!!! Stay safe,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa rindu selain turut berharap agar Bunga dapat kembali aktif di media sosial tidak lama lagi.

IKLAN

“Tak Cukup Jari Nak Reply Semua,” – Peminat Titip Doa Sempena Birthday Ke-21, Pembantu Peribadi Bunga Isme Sampaikan Ucapan Terima Kasih “Tak Cukup Jari Nak Reply Semua,” – Peminat Titip Doa Sempena Birthday Ke-21, Pembantu Peribadi Bunga Isme Sampaikan Ucapan Terima Kasih

Baru-baru ini, Bunga ada memaklumkan dia mahu berehat daripada menggunakan media sosial untuk memberi fokus terhadap diri dan juga pelajaran.

Sumber: Instagram BungaIsme

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI