Baru sahaja berita mengenai perceraiannya tersebar luas, Britney Spears seolah-olah tidak terkesan dek berita tersebut dan menikmati kehidupannya dengan penuh riang.

Terbaharu selepas suaminya Sam Asghari memfailkan perceraian, Britney dalam hantaran terkini di Instagram menyatakan keinginannya untuk membeli kuda.

“Saya akan membeli kuda tidak lama lagi! Terlalu banyak, agak sukar membuat pilihan! Seekor kuda bernama Sophie dan seekor lagi bernama Roar? Saya tidak boleh membuat keputusan,” kongsinya dalam hantaran.

“Tak Boleh Buat Pilihan,” – Britney Spears Teruja Beli Kuda Selepas Bercerai Dengan Suami

Menjelaskan lagi mengenai keputusannya untuk membeli seekor kuda, ibu kepada dua cahaya mata ini menyatakan pilihannya, “Patutkah saya menyertai kemesraan dan memakai topi koboi merah jambu? Walau apa pun, saya rasa saya telah menemui titik manis saya dengan Roar!”

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maria River Red (@britneyspears)

Dalam hantaran tersebut, bintang pop terkenal itu dilihat cukup ceria menunggang seekor kuda berwarna coklat sambil tersenyum manis.

Dia menggayakan celana pendek rona hitam berserta bikini top rona kuning bercorak genggang. Melengkapkan lagi penampilannya ‘ala cowboy’ dia mengenakan topi besar dan kaca mata hitam.

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 14 Bulan Berkahwin, Britney Spears Akhirnya Berpisah Dengan Suami

“Tak Boleh Buat Pilihan,” – Britney Spears Teruja Beli Kuda Selepas Bercerai Dengan Suami
Britney bersama Sam pada bulan June yang lalu.

Hantaran tersebut sehingga kini menerima lebih 240 ribu tanda suka. Walau bagaimanapun, ruangan komen telah ditutup oleh pelantun lagu Baby One More Time itu.

IKLAN

Kelmarin heboh berita mengenai hubungannya dengan suami, Sam Asghari yang hanya bertahan  selama 14 bulan. Sam yang berusia 29 tahun merupakan seorang jurulatih kecergasan, model dan juga pelakon.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI