Sudah semestinya sambutan hari raya aidilfitri akan bertambah ceria dan gembira apabila di sambut bersama dengan orang yang tersayang.
Pasangan sejoli, Fasha Sandha dan Aidil Aziz ada memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
Kongsi Fasha, sambutan hari raya aidilfitri tahun ini sangat istimewa kerana dia dan suami menyambut syawal sebagai pasangan suami isteri.
“Our first raya together.Syukur Alhamdulillah Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin Buat Semua Tahun ni @itsaidilaziz pilih untuk beraya di Perlis dulu, Alhamdulillah”tulisnya.
Pelakon versatil, Nabila Huda ada berkongsi foto yang merakamkan aksi kandid suami yang sedang melakukan kerja memasak di dapur.
Menerusi perkongsian berkenaan, pelakon yang juga anak kepada bintang rock legenda, Amy Search itu turut memuat naik kapsyen yang lucu, sementelah melihat gelagat si suami.
“Cari lelaki Yang pandai masak! Kalau tak pandai, suruh Dia belajar. Belajar semua recipes favourite korang!
“Jadi senang, bila lapar, kite order je tak Kira waktu..Terus atas meja , makan dan tidur! Ini antara student Saya Yang baru 3 tahun pandai masak..Alhamdulillah! Hidup bertambah senang adanya kamu..Mintak, Dapat!,” kongsi Nabila.
Lalu, rata-rata peminat turut memberikan reaksi tersendiri terhadap posting berkenaan.
Untuk rekod, Nabila yang mesra disapa Abil ini mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izwan Johar di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 25 Disember 2015.
Foto: Instagram Nabila Huda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Episod akhir drama rantaian, Curi-Curi Cinta yang bakal siaran jam 10.00 malam ini menerusi slot MegaDrama di Astro Ria nyata bakal memberi kerinduan terhadap jalan cerita serta para pelakonnya di kalangan pencinta drama tempatan.
Rata-rata menerusi media sosial berkongsi rasa terhadap drama arahan YM Raja Ahmad Alauddin itu kerana bagi mereka, barisan pelakon memberikan kualiti lakonan terbaik hingga menusuk ke hati.
Selain Aiman Hakim dan Zahirah yang menjadi perhatian dek keberkesanan watak dibawa mereka, peranan yang dimainkan si ibu kepada Intan Raihana, Fauziah Nawi juga tidak boleh dipandang sepi.
Seperti biasa, kredibilitinya dalam lakonan sedia terbukti dan ternyata watak sebagai Mak Su, seorang ibu cekal yang cacat penglihatan dibawa cukup baik di tangan pelakon senior ini.
Menerusi Instagram miliknya, bintang yang sinonim disapa Ibu Fauziah ini ada berkongsi sedutan promo drama yang mencetuskan fenomena itu.
Lalu menjengah ke ruangan komen menerusi entri terkininya pula, rata-rata memberikan reaksi positif terhadap kualiti lakonan yang dibawa Ibu Fauziah.
Selain tiga bintang utama yang tersebut, barisan pelakon lain yang turut membantu menghidupkan jalan cerita drama ini ialah Talha Harith, Uyaina Arshad, Adam Lee dan ramai lagi. Tahniah buat semua team Curi-Curi Cinta!
Foto: Instagram Fauziah Nawi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru sahaja kehilangan adik bongsu 12 Jun laku akibat kemalangan, hari ini, tanggal 23 Jun, arwahJefri Adzman Akhsan genap 35 tahun.
Titipan Datuk Afdlin Shauki sempena ulangtahun kelahiran arwah adiknya cukup meruntun perasaan. Tidak pernah disangka bahawa dia bakal memandikan jenazah adiknya terlebih dahulu.
Tulis pengarah Papadom ini, difikirkan dengan kehadiran adik bongsu, pada lelaki inilah bakal diserahkan segala urusan menjelang kematiannya nanti, namun sebaliknya yang berlaku.
“Jefri…23 jun, hari ni… harijadi adik. Yeop abg sulong. Kau adik bongsu. Yeop dulunya berfikir “syukur aku ada adik lelaki yang jika yeop pergi dulu ada seorang yg boleh uruskan jenazah yeop, mandikan jenazah yeop dan bantu keluarga yeop di saat pemergian yeop”.
“Tapi ternyata apa yg kita rancang dan fikirkan, bukanlah perancangan YG Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui…Bila yeop memandikan adik, pilu rasa di hati kerana pada yeop ini tak sepatutnya berlaku.”
Tambahnya lagi, kehilangan arwah yang cukup menghargai kehidupan dan keluarga ini menyedarkannya bahawa masa cukup mencemburui kita. Tersentak seketika kerana selama ini kerjaya diberi keutamaan penting.
“Jef kau punya harapan dan perancangan yg sangat hebat utk masa depan mu. Kita pun merancang pelbagai projek utk memperbaiki kedudukan keluarga kita. Tapi sekarang perjuangan mu sudah berakhir. Tiada lagi perlu kau fikirkan dan risaukan. Yeop rasa lost kejap kerana kehilangan orang kanan yeop yg yeop sentiasa boleh harapkan.
“Kau sentiasa penuh keceriaan dan positivity yg kita akan berjaya bersama dan sebenarnya kau banyak mengajar yeop macam mana sebenarnya utk ‘live my life’.
“Semenjak pemergianmu barulah aku banyak mengenali kebaikan kamu sehingga aku kagum, bangga dan sedikit jealous. Walau bagaimana busy kau dik, you always have time for your family and people in general.
“Aku tabik kau dik, pasal pada abg itulah kelemahan abg. Balance tu… Berat kepada kerja sehingga kurang bersama family… Kau ajar abg, benda yg paling penting adalah mengekalkan silaturrahim dan ukhwah dalam hidup kita ni.
“Kita semua nak berjaya untuk family tapi selalunya meninggalkan family yg nak kita bahagiakan tu sehinggalah satu hari kita sedar yg kita sudah tidak ada masa. Kita tangguh-tangguh masa bersama keluarga dan satu hari Allah ambil masa tu dari kita. In Shaa Allah abg akan ingat pengajaran ni sampai bila bila dik.
“I love you so much and happy birthday. Semoga Allah menjaga roh mu dan roh mummy dan menempatkan kamu berdua bersama roh-roh orang yg beriman. Jaga mak dik. Nanti kita jumpa balik. Terimakasih adik ku yg sangat ku sayangi semoga kau tenang di sana, Terimakasih Allah SWT kerana meminjamkan jefri kepada kami utk 35 tahun. Sesungguhnya dia menjadi cikgu kepada kami abg dan kakak-kakaknya… Al-fatihah. Happy Birthday dik. 🎂🎂🎂❤❤❤😭😭😭#happybirthdayjefriadzman,” luahnya.
All Star Championship (ASC) 2026 bukan sekadar menghimpunkan influencer untuk beradu kekuatan di gelanggang, sebaliknya menjadi platform yang menggabungkan sukan, kandungan digital, hiburan dan...