Ads

(TAHNIAH) Shima Anuar Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Wah! Tahniah! Syukur semuanya berjalan dengan lancar. MH tumpang gembira atas berita yang baru sahaja didengari mengenai kelahiran puteri sulung pelakon Shima Anuar beberapa hari yang lalu.

Melalui posting di Instagram, Shima atau Noor Hashimah Anuar,26 berkongsi rasa kegembiraan dan bersyukur kerana anaknya telah dilahirkan dengan cukup sifat dan sihat.

Dilahirkan pada 12 December pada jam 8.10 pagi yang lalu, Shima tidak ketinggalan berterima kasih kepada pengikutnya yang mendoakannya sepanjang kehamilannya sehingga kelahiran anak perempuannya.

Malah, Shima juga berjanji akan berkongsi gambar si comel yang diberi nama Marian Sophia Bt Mohd Solih kepada pengikutnya nanti.

Ads

“Beautiful journey. Syukur alhamdulillah everything went well. Welcome to the world our lil princess Marian Sophia Bt Mohd Solih. She was born on 12 December 2017 at 8.10am. Terima kasih atas doa anda semua dari sy pregnant sampai la sy nak bersalin. Much love! I’ll share her picture later ok?” tulisnya di laman Instagram sejam yang lalu.

Terlihat dari pandangan tepi puteri sulungnya mempunyai kulit yang cerah. Wah mesti comel bukan!

Boleh agak pasti anak mereka berdua sungguh comel dan manis persis si ibu!

Ads

Rata-rata pengikut mereka tumpang gembira atas perkongsian Shima dan memberi ucapan tahniah buat kedua pasangan ini.

(TAHNIAH) Shima Anuar Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Shima Anuar dan suaminya, Mohd Solih Toha, 41, bernikah pada 8 April 2017.

(TAHNIAH) Shima Anuar Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Apapun MH ingin ucapkan tahniah buat Shima dan suami dan semoga selamat berpantang. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan baik. Insyaallah!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Kalau Kejar Nama, Saya Tak Kahwin…,” – Ramai Yang Baru Sedar...

Selepas berjaya mencipta fenomena menerusi drama Khianat Yang Terpilih, nama pelakon Ikmal Amry kini kian disebut antara hero berbakat besar dan seharusnya diberikan peranan yang lebih mencabar selepas ini.
error: Hello. Cannot.