Tahniah MH ucapkan bulan pelakon, Ruzana Ibrahim yang telah pun selamat bergelar isteri kepada pasangannya, M.Fadhil Zakaria dengan sekali lafaz.

Pasangan sama cantik sama padan ini disatukan di dalam sebuah majlis sederhana tetapi meriah di Garden Rooftop, Sunway Nexis, Kota Damansara Sabtu lalu kira-kira jam 10.45 pagi.

Disaksikan keluarga dan rakan terdekat kedua-dua pihak, Ruzana yang tampil anggun dalam persalinan serba putih  menerima mas kahwin berjumlah RM300 beserta sebentuk cincin daripada pengantin lelaki. Sementara jumlah wang hantaran pula dirahsiakan pasangan mempelai.

Difahamkan, resepsi pasangan yang bertemakan perkahwinan dalam taman ini turut dilangsungkan sejurus selepas selesai majlis ijab kabul di lokasi yang sama.

IKLAN

Ruzana,34, dan Fadhil,36, yang bekerja dalam bidang minyak dan gas ini telah saling mengenali selama lebih setahun sebelum sepakat untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Tahniah! Pelakon Filem Kanang Anak Langkau, Ruzana Ibrahim Selamat Bergelar Isteri Sabtu Lalu

IKLAN

Menerusi Instagram, pelakon drama Tuan Anas Mikail ini turut memuat naik sekeping gambar di majlis pernikahannya baru-baru ini.

IKLAN

“Signed. Sealed. Delivered. I’m yours. Alhamdulillah all praises to the Almighty. Found me a life partner,” tulisnya ringkas.

Terdahulu, bakat lakonannya diasah ketika menghadiri ujibakat untuk pementasan teater Puteri Gunung Ledang sekitar 2006 lalu.

Sejak itulah, perjalanannya dalam dunia lakonan kian rancak dan berpeluang untuk berlakon di dalam beberapa buah drama rantaian termasuk filem seperti Kanang Anak Langkau.

Foto: Instagram Ruzana Ibrahim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI