Select Page
Adik Neelofa Tanya ‘Nok Gocoh?’, Tapi Dapat Komen Nakal Netizen Lelaki!

Adik Neelofa Tanya ‘Nok Gocoh?’, Tapi Dapat Komen Nakal Netizen Lelaki!

Beberapa jam lalu, adik kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Ameera Khan ada memuat naik sekeping foto dirinya sedang berada di gim dengan kapsyen menggunakan dialek Kelantan iaitu ‘nok gocoh? (nak bertumbuk?) menerusi Instagram.

Lalu, rata-rata netizen yang kebanyakannya terdiri daripada lelaki memberikan reaksi nakal terhadap kapsyen yang ditulis bintang Insta yang sinonim dengan gelaran Little Miss Khan ini.

Ada yang tidak akan menolak ‘permintaan’ Ameera dan tidak kurang yang mengakui tidak sanggup untuk bertumbuk dengan bintang cantik itu. Malah, ada juga netizen yang bertanya apakah yang dimaksudkan dengan perkataan yang ditulisnya.

 

Memang lucu dan terhibur pun ada kalau baca komen-komen yang diberikan netizen ni. Aduhai…

 

Peminat Terkejut Neelofa ‘Pakai’ Baju Fazura Suka? Peminat Speku Macam-Macam

Peminat Terkejut Neelofa ‘Pakai’ Baju Fazura Suka? Peminat Speku Macam-Macam

Kecoh sejak semalam apabila Neelofa dikatakan ada mengenakan persalinan seakan sama dengan baju yang disukai Fazura yang diperagakan model di KL Fashion Week baru-baru ini.

Fazura ada menulis Mine Please menerusi Insta Stories terhadap foto baju tersebut dan kemudiannnya, dia seperti dipakai Neelofa.

Malah, bintang cantik itu ada memuat naik gambar tersebut di akaun Instagramnya ketika mengacarakan program MeleTOP semalam.

Terdahulu, Fazura sebelum ini difahamkan ada mengenakan pakaian tersebut pada hari terkahir di KLFW 2018 Ahad lepas.

Secara tidak langsung, perkara tersebut mula menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen yang telah meninggalkan komen dalam ruangan gambar tersebut.

Apa-apa pun, penampilan kedua-dua diva ini sangat meletop dan cantik.

Foto : Instagram Fazura, Instagram MeleTOP, Instagram Neelofa

[VIDEO] Penampilan Neelofa Yang Menerima Reaksi Pelbagai di KLFW 2018, What Say You?

[VIDEO] Penampilan Neelofa Yang Menerima Reaksi Pelbagai di KLFW 2018, What Say You?

Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) merupakan acara pertunjukan fesyen tahunan yang turut diraikan selebriti dan penggiat seni di negara ini. Kata orang, fesyen dan hiburan memang tidak boleh dipisahkan.

Hari kedua pertunjukan, antara penampilan figura yang mencuri tumpuan ialah artis dan usahawan, Neelofa.

Stunning as always, Neelofa! ♥️ . Via @intrendmalaysia

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

Pemenang Dewi Remaja itu diberi penghormatan sebagai wajah wakilan jenama terkenal yang turut disertai beberapa artis lain, berjalan di atas pentas ‘runaway’.

Bagaimanapun, persalinan yang dikenakan Lofa dilihat menerima reaksi pelbagai.

Ada yang suka dan tidak kurang yang beranggapan ia terlalu ketat sehingga menampakkan susuk tubuh, khasnya di bahagian dadanya itu.

Malah, video yang dimuat naik juga turut menjadi viral menerusi media sosial. Pelbagai komen yang diberikan, termasuk yang dilihat agak ekstrem dan melampau.

Setakat ini, figura popular itu masih tidak memberikan apa-apa respon terhadap perkara berkenaan.

Foto: Instagram/Twitter

“Kalau Dah Pakai Hijab Tak Payah Pergi Zouk,”- Kritikan Sinis Zarina Anjoulie Buat Neelofa

“Kalau Dah Pakai Hijab Tak Payah Pergi Zouk,”- Kritikan Sinis Zarina Anjoulie Buat Neelofa

Sejak kebelakangan ini, pelakon serta usahawan kosmetik, Zarina Anjoulie dilihat lantang menyuarakan pendapatnya perihal isu-isu semasa meski jarang muncul di kata televisyen.

Terbaru, Zarina dilihat secara terbuka menyindir Neelofa ekoran kenyataan yang diberikan olehnya mengenai penggunaan produk tiruan di akhbar Mstar, semalam.

Kalau berhijab, tak payah pergi Zouk. Jelasnya

Ternyata sindiran pedas tersebut nyata tidak disenangi segelintir peminat Neelofa, namun, perkara tersebut tidak diendahkan Zarina.

Nampak gaya nya macai2 neelofa akan buat aku famous malam ni… k selamat menjalankan tugas tak berbayar aku untuk post dengan bag fakeuntuk review pon berbayar, katanya.

Seperti diketahui umum, satu ketika dahulu, Neelofa pernah mencetuskan kontoversi apabila melancarkan tudung terbarunya Neelofar Hijab di Zouk Club, Kuala Lumpur.

Bagi MH, perkara sedemikian tidak perlu diungkit kembali kerana Neelofa serta syarikat hijabnya pun sudah membuat permohonan maaf secara terbuka. Dah boleh move on kot rasanya.

Foto: Instagram Zarina Anjoulie & Carian Google

Isu Pendedahan Artis Pakai Barang Tiruan, Neelofa Tak Setuju Cara Pemilik Instagram

Isu Pendedahan Artis Pakai Barang Tiruan, Neelofa Tak Setuju Cara Pemilik Instagram

Pelakon dan pengacara, Neelofa memberikan pandangannya mengenai isu penggunaan barangan tiruan yang semakin diperkatakan kini.

Katanya, dia agak tidak bersetuju dengan cara pemilik akaun di Instagram yang membongkar individu yang menggunakan barangan tiruan khususnya para selebriti.

“Saya tidak menyokong penggunaan barangan tiruan tetapi saya juga tak menyokong cara pemilik akaun tersebut membongkarkan mereka yang menggunakan barangan tiruan dengan cara yang tidak sepatutnya, ia agak memalukan.

 

“Bagi saya, sudah tiba masanya untuk semua pihak membuka mata dan memberi perhatian terhadap isu ini. Perkara yang melibatkan hak cipta merupakan satu isu yang sangat serius.

 

“Saya juga mempunyai bisnes hijab dan sering berdepan dengan isu sebegini. Jadi, kita kena mendidik pengguna agar membuka mata dan tidak memandang isu ini sebagai sesuatu yang remeh,” katanya kepada Gempak.

Tambahnya lagi, dia juga mempunyai prinsip tersendiri sekiranya ingin memakai barangan berjenama.

“Saya sentiasa terapkan dalam diri, jika teringin untuk memiliki sesuatu barang berjenama itu, motivasikan diri untuk bekerja keras dan mengumpul duit agar dapat memilikinya.

 

“Dahulu, kalau saya tak mampu, saya tak akan membelinya. Jika saya benar-benar teringin, saya kumpul duit dan meletakkan sasaran. Saya kena bekerja kuat dan jadikan barangan itu sebagai inspirasi.

 

“Tiada istilah kena beli barangan Gred A atau Gred B kerana ia tetap tiruan. Saya tak mahu gunakan alasan tak mampu untuk membeli barangan yang tidak sepatutnya,” katanya lagi.

Sebelum ini, terdapat pemilik akaun Instagram yang mendedahkan para selebriti yang memakai barangan tiruan. Antara artis yang menjadi mangsa adalah Haqiem Rusli, Aiman Tino, Emma Maembong dan lain-lain.

Foto: Ig Story: Neelofa

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: