Selebriti dan usahawan popular, Noor Neelodfa berkongsi rasa gembira apabila anak keduanya, Abdullah Abbas kini sudah genap enam bulan usianya.
Perkongsian tersebut dibuat hos Next To Neelofa itu menerusi Insta Stories, pada semalam.
“Hari ni anak ummi sayang, Abbas, dah 6 bulan, masya-Allah. Alhamdulillah ya rabb,” tulisnya pada foto anak kedua yang wajahnya ditutupi dengan emoji bunga.
Ads
Ads
Imbas kembali, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris Ismail atau PU Riz pada 27 Mac 2021.
Mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022 dan anak kedua, Abdullah Abbas dilahirkan pada 11 Julai 2023.
“Naskhah ini pun sebenarnya adalah dedikasi untuk arwah Abam, kepada yang merindui lakonannya.”
Demikian kata penerbit filem seram komedi, Datuk M Razlan Ismail yang menjelaskan karya berkenaan bakal menampilkan lakonan terakhir pelawak popular itu yang meninggal dunia pada 10 Februari 2020 di samping barisan pelakon yang lain.
Tan-Ti-Ana yang bakal menemui penonton di pawagam pada 29 Februari depan dan mengisahkan mengenai perjalanan karyawan yang bikin filem.
Razlan Ismail berkata, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan teruja untuk menantikan peluang membintangi filem tersebut meski tidak menggalas peranan sebagai pelakon utama.
“Naskhah ini pun sebenarnya adalah dedikasi untuk arwah Abam, kepada yang merindui lakonannya. Walau pun babak arwah tidaklah banyak, tapi momen itu yang akan kita ingati.
“Menariknya ketika awal-awal saya bercadang untuk terbitkan filem ini, kata Allahyarham dia tahu tak kan jadi pelakon utama, tapi dia tetap nak terlibat sama. Saya kata okay dan mahu dia jadi diri sendiri.
“Dalam filem ini dia memegang peranan sebagai Belon. Sebak kalau nak bercerita sebab hubungan kami agak rapat. Malah dia juga pernah suarakan hasrat untuk buat rancangan berkaitan dengan hobi memancing” katanya.
Razlan menambah, Tan-Ti-Ana sebenarnya sudah menjalani penggambaran pada 2018, namun baru berpeluang untuk ditayangkan di pawagam tahun ini.
“Pandemik Covid-19 adalah satu tamparan hebat buat industri perfileman tanah air. Selepas membuat sedikit penyelidikan mengenai pasaran dan potensi untuk filem tempatan ditayangkan di pawagam, saya yakin tahun ini adalah waktu yang tepat.
“Lagipun saya mengambil kira juga nasihat dan pandangan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang meminta filem ini ditayangkan pada tahun ini melalui skim wajib tayang.
“Walaupun filem ini sudah hampir lima tahun menjalani penggambaran, tapi kami mempunyai masa lama untuk menambah baik jalan ceritanya bagi menarik penonton ke pawagam,” katanya.
Razlan pada masa sama percaya filem seram komedi mempunyai kelompok pengikut yang tersendiri.
Selain Abam, filem terbitan Dream At Work Sdn Bhd itu juga menampilkan pelakon popular lain seperti Joey Daud, Datuk Rahim Razali, Tauke Jambu, Atikah Suhaime, Jay Iswazir, Zalif Sidek, Kazar dan ramai lagi.
Dream At Work Sdn Bhd juga turut menerbitkan sebuah filem lain berjudul Lantara Dosa selain sebuah telemovie untuk tayangan Astro berjudul 5 Hari lakonan Wan Maimunah dan Bell Ngasri yang bakal memulakan penggambaran hujung bulan ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) menyambut kedatangan tahun baru 2024 dengan menunaikan umrah di Tanah Suci.
Turut berada di sisinya di dalam rombongan berkenaan termasuk ahli keluarga bersama anak lelakinya,Noah Aidan Sinclair dan suami tercinta, Tiko Aryawardhana.
Malah momen indah mereka turut dikongsikan BCL buat tatapan umum di platform Instagram.
“Alhamdulillah… umrah di malam terakhir di tahun 2023. Thank you 2023, its been amazing. Happy new year,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Perkongsian berkenaan pantas menjadi sorotan warganet dan ada di antaranya yang mendoakan semoga mereka meraih umrah mabrur dan dipermudahkan urusan.
Foto berkenaan sehingga kini menerima lebih 500,000 tanda suka.
Terdahulu, BCL dan Tiko selamat diijab kabulkan di Resort Amankila, Bali, Indonesia pada 2 Disember lalu.
Menerusi majlis akad nikah berkenaan, BCL menerima mas kahwin bernilai sekitar 212 juta rupiah (RM63,000).
BCL sebelum ini bernikah dengan pengacara dan aktor dari Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair pada 2008 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair, 12.
Jodoh tidak panjang, Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 ketika tidur akibat serangan jantung.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kesemua 12 peserta program, Akademi Qurra’ 2024 bakal meneruskan saingan pada minggu hadapan selepas pihak produksi memutuskan untuk tidak mengadakan penyingkiran pada episod ke-2.
Menurut Pemangku Pengurus Kanan Jabatan Pengurusan Kandungan TV AlHijrah, Zulkarnaen Mokhtar pihak produksi amat berpuas hati dengan peningkatkan prestasi yang ditunjukkan para tilmiz dan tilmizah pada episod minggu ini.
“Untuk program seperti ini, kami turut mengambil maklum balas daripada penonton. Progam ini lebih kepada mengajar mengenai ilmu Al-Quran.
“Jadi, kami memutuskan untuk tangguhkan dahulu penyingkiran ke minggu-minggu berikutnya. Biarlah para peserta ini ‘panas badan’ dahulu.
“Kita nampak peningkatan mereka dari minggu pertama dan kedua. Jadi, kita harapkan pada minggu berikutnya, mereka sudah bersedia untuk bertanding,” katanya kepada MH.
Ditanya sama ada pihak produksi bakal melakukan lebih daripada satu penyingkiran pada minggu hadapan, Zulkarnaen memaklumkan segalanya bergantung kepada persembahan para peserta disetiap episod.
“Kita tak boleh nak jangka juga situasi itu. Kami hanya akan memutuskan tentang menyingkiran selepas melihat markah di akhir rancangan. Kita mengikut keadaan.
“Sama ada penyingkiran seorang atau beramai-ramai, kita akan lihat pada prestasi episod tersebut,” ulasnya ketika ditemui selepas tamat program pada Sabtu.
Mengulas mengenai pemilihan, Tilmizah Busyra sebagai pemenang ketegori mingguan, Alunan Terindah, ini reaksi yang diberikan juri tetap Muhammad Qayyim Nizar Sarimi;
“Saya memilih Tilmizah Busyra kerana kualiti suara yang cukup walaupun lagunya ada sedikit sumbang tapi tidak terlalu ketara.
“Tilmiz Nabil pun bagus tapi pada lagu kedua ada sedikit sesat. Tiada banyak yang ketara berbanding peserta lain.
“Semua peserta berpeluang memenangi kategori alunan terindah,” katanya.
Sementara itu, Qayyim juga berharap agar para tenaga pengajar dapat memberikan penekanan terhadap alunan tarannum lain yang kurang dikuasi para peserta.
“Pada minggu akan datang, saya minta mudarris dan mudarrisah untuk mengajar mengenai kawalan suara dan tekankan juga lagu-lagu yang mereka tak kuasai lagi setakat ini.
“Kita nak elakkan supaya peserta ini tidak tersesat lagi selepas ini,” akhirinya.
Terdahulu, Akademi Qurra’ 2024 disiarkan secara langsung di saluran TV AlHijrah pada setiap Sabtu jam 9 malam.
Program ini dihoskan oleh Raqib Majid manakala Ustazah Sharifah Khasif dan Qayyim pula bertindak selaku juri tetap.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.