Select Page
[VIDEO] “Ni Cara Saya BERBOLA, Lagu LAVIDA BOLA,” – DSV Lancar Lagu Sempena World Pula Dah!

[VIDEO] “Ni Cara Saya BERBOLA, Lagu LAVIDA BOLA,” – DSV Lancar Lagu Sempena World Pula Dah!

Selepas sukses dengan single I Am Me dan Lavida Raya, kini pengasas kosmetik yang kini bergelar penyanyi, Datuk Seri Vida (DSV) kembali dengan buah tangan terbaru, khusus sempena Piala Dunia 2018.

Menariknya, lagu terbaruny berjudul Lavida Go Bola ini mengetengahkan konsep reggae.

Turut tampil menyumbangkan suara menerusi single berkenaan ialah anaknya, Cik B dan penyanyi Mimi Fly.

Difahamkan, lagu tersebut juga siap sepenuhnya seminggu sebelum sambutan Aidilfitri lalu.

Menerusi Instagram, DSV ada memuat naik beberapa teaser lagu tersebut dan rata-ratanya mendapat reaksi positif peminat.

“Tahun ni..Raya Bola.. Sebab tu lagu LaVida Raya.. Bunyi ala ala Mood BOLA.. Sayang perasan tak? TU BARU WARMING UP BOLA

 

“Saya suka BOLA..Ni cara saya BERBOLA..Lagu LAVIDA BOLA…,” tulis DSV yang turut memberitahu, muzik video lagu terbarunya itu turut boleh ditonton menerusi YouTube.

Terdahulu, usahawan ini juga telah pun melancarkan Lavida Go Bola menerusi sebuah majlis di Ipoh, perak.

Selepas sehari ia dimuat naik menerusi YouTube, Lavida Go Bola sudah pun ditonton lebih 70,000 kali. Well done DSV!

Foto/Video : Instagram DSV

Datuk Seri Vida Terkejut Dikatakan Sudah Berkahwin Senyap-senyap!

Datuk Seri Vida Terkejut Dikatakan Sudah Berkahwin Senyap-senyap!

Siapa yang tidak kenal dengan pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida yang merupakan seorang ahli usahawan wanita berjaya.

Baru-baru ini terdapat desas-desus mengatakan Vida sudah berkahwin secara senyap-senyap namun perkara itu dinafikan olehnya dan tidak benar sama sekali.

Vida mengakui terkejut dengan berita itu dan tidak tahu bagaimana cerita yang tidak benar itu boleh timbul sehingga menjadi tanda-tanya kepada semua.

“Tak ada lah mana ada kahwin, nak kahwin dengan siapa?

 

“Saya tak tahu macam mana orang boleh cakap saya dah kahwin sedangkan saya yang jiwa kacau ni pun tak ada siapa yang nak memujuk,” katanya kepada MH ketika ditemui malam semalam di majlis pertunjukan fesyen Primavalet.

Dalam pada itu, Vida berkata dia belum bersedia untuk memikirkan soal mencari teman hidup lagi buat masa ini kerana risau ada segelintir pihak yang berkata dia terhegeh-hegeh.

Walau bagaimanapun, Vida tidak menafikan ada yang cuba mendekati cuma sejauh mana niat mereka itu tidak dapat dipastikan olehnya.

“Walaupun umur saya macam ni tapi masih laku lagi cuma bila orang nak dekat dengan saya tu saya rasa takut sebab tak tahu dia dekat untuk duit atau populariti,” katanya lagi.

Sementara itu, Vida juga berkata anak perempuannya yang dikenali dengan nama Cik B buat masa ini tidak mahu melihat ibunya bersama mana-mana lelaki.

“Buat masa ni Cik B tak bagi mana-mana lelaki dekat dengan saya dan dia kata dengan saya, don’t you dare.

 

“Tapi kalau Cik B luluskan baru saya boleh terima,” katanya lagi.

Bercerita tentang perkembangannya pula, Vida memberitahu dia bakal mengeluarkan single keduanya menjelang Aidilfitri nanti.

“Kita Tengok Ramai Sangat Yang Nak Jadi Penyanyi Sekarang. Jadi Saya Kena Cari Kelainan…” – DSV

“Kita Tengok Ramai Sangat Yang Nak Jadi Penyanyi Sekarang. Jadi Saya Kena Cari Kelainan…” – DSV

Kejayaan single pertama berjudul I Am Me daripada pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) memberi semangat buat usahawan ini untuk menghasilkan single kedua yang mungkin jauh lebih baik daripada lagu sulungnya itu.

Berkata kepada MH, DSV terbuka menerima setiap pandangan yang diberikan daripada pencinta muzik di negara ini.

Malah, kejayaan I Am Me yang pernah menjadi siulan ramai tidak lama dulu membuktikan bahawa dia perlu mencari kelainan demi memastikan single seterusnya kekal menepati cita rasa ramai.

“Oh ya, lagu kedua harus ada. Cuma kita tengah pilih nak nyanyi lagu genre apa pun tak tahu lagi. Tengoklah kalau nanti kita cuba nyanyi lagu slow ke. Saya kalau boleh nak cuba pelbagai genre lagu. Sebab kalau kita tengok, ramai sangat yang nak jadi penyanyi sekarang.

 

“Jadi mahu tidak mahu, saya perlu cari kelainan untuk single kedua. Meski lagu first tak berjaya capai target 100 juta views, tapi saya gembira sebab lagu tu orang selalu nyanyi di pusat karaoke, masa bangun pagi dan di persembahan zumba,” katanya optimis kepada MH.

Terdahulu, muzik video untuk single I Am Me kini telah pun ditonton hampir 1.5 juta kali di YouTube. Tahniah DSV. Okaylah tu kan?

 

“Promote Diri Sendiri Batak” – Cik B Tulis Komen Pedas Pada Pesanan ‘Caring’ P.A Buat Mamanya, DSV!

“Promote Diri Sendiri Batak” – Cik B Tulis Komen Pedas Pada Pesanan ‘Caring’ P.A Buat Mamanya, DSV!

Sebelum ini, usahawan yang kini sudah bergelar penyanyi, Datuk Seri Vida (DSV) pernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli. Bagaimanapun, apa yang pasti hubungan mereka berdua tidak lebih daripada seorang majikan dan pekerja sahaja.

Malah, anak kepada usahawan berkenaan yang lebih sinonim dengan panggilan Cik B juga pernah menulis di laman Instagram (IG) miliknya dengan menyifatkan pembantu peribadi kepada ibunya itu hanya mahukan perhatian dan terbaru, anak gadis kepada DSV itu turut menulis komen yang agak pedas di ruangan komen IG ibunya beberapa hari lalu.

“Promote diri sendiri batak”, tulis Cik B. Komen tersebut setakat ini turut menerima lebih 10 likes di kalangan para pengikut DSV.  Alamak… mengapa tu Cik B?

Terdahulu, menerusi video yang dimuat naik DSV sebelum berangkat ke Mekah bagi menunaikan umrah itu, pembantu kepada penyanyi I Am Me itu memberikan pelbagai nasihat buat majikannya sebelum berangkat ke tanah suci.

Antaranya ialah elakkan daripada membeli-belah barangan yang tidak perlu dan berikan sepenuh perhatian kepada umrah yang dikerjakan.

Foto: Instagram DSV

 

 

‘Kau Tua Tak Sedar Diri Tak Ingat Nak Mati’, Anak DSV Bersedih Setiap Kali Ibunya Dikecam

‘Kau Tua Tak Sedar Diri Tak Ingat Nak Mati’, Anak DSV Bersedih Setiap Kali Ibunya Dikecam

Anak mana yang sanggup melihat ibunya terpaksa berhadapan dengan lemparan kecaman dan hinaan daripada orang lain.

Menurut Sinar Harian, pengasas kosmetik yang terkenal dengan lagu berjudul I Am Me, Datuk Sri Vida atau lebih dikenali dengan panggilan DSV berkata, setiap kali dia dikecam dan dihina maka perasaan anaknya juga akan turut terguris.

“Perasaan anak saya akan berkocak dan terasa tatkala saya dikecam dan dihina,” kata DSV.

Malah lebih memilukan lagi apabila, anak lelakinya juga pernah meluahkan rasa sedih kepada DSV setiap kali melihat ibunya dikecam teruk di media sosial oleh netizen.

“Macam Kacak (gelaran anak lelakinya) sebenarnya tak sanggup tengok mama dikecam.

 

“Kacak selalu nak cuba faham mama… nak tolong tapi tak reti nak tolong,” katanya kepada Sinar Harian.

Aduh tersentuh betul hati MH bila anak kecil seperti Kacak turut bersedih dengan kecaman yang dilemparkan kepada ibunya sehinggakan dia mahu menolong ibunya tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk membantu.

Sebagai seorang ibu pastinya DSV turut tersentuh hati apabila anaknya berkata sebegitu dan disebabkan itu DSV berkata kepada anaknya supaya melihat setiap penat lelah ibunya bekerja untuk mencari rezeki buat keluarga.

“Saya beritahu Kacak agar tengok sahaja mama dia bekerja. Ingat bukan saja-saja mama buat, kena kerja macam ini, inilah mama,” katanya.

Dalam pada itu, DSV juga turut berkongsi tentang satu komen netizen yang sehingga kini sangat meninggalkan kesan terhadap dirinya serta menggores hatinya.

“Rasa ayat ini…Kau tua tak sedar diri tak ingat nak mati,” kongsinya.

Walaupun pelbagai kecaman yang dilemparkan kepada DSV namun dia tidak cepat melatah dan tetap kuat untuk terus berusaha memajukan perniagaannya.

Sumber: Sinar Harian

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: