Ads

Cinta Syurga Jadi Trending, Datuk Seri Siti Nurhaliza Dedah 3 Sebab Pilih Khai Bahar!

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui kagum dengan pencapaian diraih rakan duetnya menerusi single remake Comel Pipi Merah, Cinta Syurga iaitu Khai Bahar.

Baru saja melancarkan lagu tersebut bersempena dengan kemuliaan Ramadan, penyanyi Segala Perasaan itu mendedahkan dia mempunyai sebab tersendiri memilih penyanyi angkatan baru itu sebagai rakan duetnya.

Katanya, pemilihan penyanyi yang sinonim menerusi Luluh itu adalah kerana sisi dan kualiti vokal yang dimiliki, selain popularitinya yang dikecapinya kini.

Ads

“Saya pilih Khai kerana jenis dan kualiti vokalnya. Pada masa sama, kita turut mengambil kira faktor populariti dimiliki Khai selain kemampuannya yang mampu mengalun zikir dengan baik,” jelas Siti.

Terdahulu, Cinta Syurga merupakan gubahan daripada single terdahulu, Comel Pipi Merah yang diubah suai dalam bentuk zikir dan sepanjang proses rakaman, mereka turut dibantu anggota kumpulan nasyid Unic, Bazli.

Ads

“Bazli bertindak menjaga vokal dan turut terlibat sebagai penyanyi latar juga. Kita ubah liriknya untuk disesuaikan dengan konsep zikir,” akui Siti.

Terdahulu, selain melancarkan single berkenan, bintang yang diberi jolokan sebagai penyanyi nombor satu negara ini turut mengisi masa dengan kelab peminatnya, Siti Zoners menerusi majlis berbuka puasa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Foto: Rozi Razak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Mila Jirin Dilabel Sebagai Penyanyi Yang Gagal, Sedia Kembali Buktikan Kemampuan...

Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin tampil memberikan reaksinya susulan kenyataan seorang individu yang melabelkan dirinya sebagai penyanyi yang gagal bertahan dalam industri muzik tanah air.
error: Hello. Cannot.