Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah meluahkan rasa syukur apabila ibu mentuanya, pelakon veteran Datin Maria Arshad kini telah sembuh dan bebas daripada jangkitan wabak Covid-19.

Shahirah yang kini terpaksa menjalankan tugas sebagai penyampai radio Suria FM dari rumah untuk menjalani tempoh kuarantin telah memaklumkan perkara tersebut ketika berkeuadara di segment Suria Petang, pada Isnin.

Syukur Datin Maria Arshad Sembuh, Sharifah Shahirah Dedah Kos Rawatan Mencecah RM30,000 – “Mahal Bukan Sebab Rawatan Covid-19 Tu,Tapi…”

Syukur Datin Maria Arshad Sembuh, Sharifah Shahirah Dedah Kos Rawatan Mencecah RM30,000 – “Mahal Bukan Sebab Rawatan Covid-19 Tu,Tapi…”

“Syukur Alhamdulillah, ibu mentua saya kini dah sembuh daripada jangkitan Covid-19 dan dia sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah hari ini. Jadi saya bersyukur sangat, dan saya pun dah berjumpa dengan dia, sebab sekarang ni saya di kediamannya,” katanya.

IKLAN

Syukur Datin Maria Arshad Sembuh, Sharifah Shahirah Dedah Kos Rawatan Mencecah RM30,000 – “Mahal Bukan Sebab Rawatan Covid-19 Tu,Tapi…” Syukur Datin Maria Arshad Sembuh, Sharifah Shahirah Dedah Kos Rawatan Mencecah RM30,000 – “Mahal Bukan Sebab Rawatan Covid-19 Tu,Tapi…”

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Ijoy Azhari ini turut memaklumkan ibu mentuanya telah mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di ibu kota.

Shahirah mendedahkan kos rawatan ibu mentuanya di hospital berkenaan mencecah nilai RM30,000.

IKLAN

“Saya cuma nak kongsi, ibu mentua saya dapatkan rawatan di hospital swasta dan kos rawatannya mencecah RM30,000, memang mahal dan sebenarnya kalau nak tahu ada juga yang sampai mencecah RM70,000,

“Mahal sebab bukan rawatan Covid-19 tu tapi sebab kos ubat-ubatan tu yang mahal. Macam kes ibu mentua saya, Covid ni dah kacau dia punya sistem darah, dan bila kacau sistem darah dia boleh beri kesan rosak pada organ dalaman. Jadi ubat-ubatan untuk betulkan sistem darah tu yang mahal sebenarnya,” katanya lagi.

Selain itu, penyampai radio berusia 45 tahun ini bersyukur kerana sehingga kini pihak kerajaan masih menyediakan hospital kerajaan kepada orang ramai yang tidak perlu membelanjakan ribuan ringgit untuk mendapatkan rawatan.

IKLAN

Syukur Datin Maria Arshad Sembuh, Sharifah Shahirah Dedah Kos Rawatan Mencecah RM30,000 – “Mahal Bukan Sebab Rawatan Covid-19 Tu,Tapi…”

Syukur Datin Maria Arshad Sembuh, Sharifah Shahirah Dedah Kos Rawatan Mencecah RM30,000 – “Mahal Bukan Sebab Rawatan Covid-19 Tu,Tapi…”

Terdahulu, selepas mengalami demam berpanjangan selama hampir dua minggu, Maria Arshad, 63, disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan pada 25 September yang lalu.

Foto: Instagram Sharifah Shahirah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI