“Apa Dosa Budak Tu Dengan Korang?,” – Ude Wahid Selar Yang Ganggu Izreen Azminda Saat Pantang, Anak Turut Jadi Mangsa!

Pemuzik, Ude Wahid tampil menyelar sikap segelintir pihak yang berterusan menganggu isterinya yang juga merupakan pelakon, Izreen Azminda dengan kata-kata cacian dan makian berhubung kisah lamanya.

Jelas Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid, dia sememangnya berasa agak kecewa kerana isterinya itu dikatakan masih lagi diganggu meskipun ketika sedang berpantang.

Malah, Uda turut mempersoal sikap segelintir pihak yang disifatkan seperti tidak senang melihat mereka menjalani kehidupan bahagia.

“Sudah-sudah la korang ni nak ganggu rumah tangga aku. Apa la yang korang semua tak puas hati sangat? Tak boleh ka tengok aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang.

IKLAN

“Aku tak kacau korang pun kan. Tak ganggu hidup korang pun kan. Tak habis-habis nak ganggu isteri aku yang dalam pantang,” tulisnya.

Rasa geram tersebut dikongsikan sendiri oleh Ude menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram stories.

Dalam pada itu, Ude turut menzahirkan rasa terkilan apabila anak-anaknya yang tidak berdosa turut menjadi mangsa kebencian orang ramai dikebanyakkan platform media sosial.

Lantas, Ude berharap agar sikap tersebut dapat dihentikan agar tidak menjadi ikutan kepada orang lain.

“Aku tak faham betul la manusia macam ni. Tak boleh ‘brain’. Stoplah benda-benda tak berfaedah ni.

“Nak DM (mesej langsung) sampai hina anak kami yang tak bersalah ini. Apa dosa budak tu dengan korang semua? Bertaubatlah. Semoga Allah ampunkan dosa kita semua,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Uda dan Izreen baru sahaja menyambut kedatangan cahaya mata kedua mereka yang lahir pada 21 September lalu.

IKLAN

Sekadar informasi, sebelum mendirikan rumah tangga bersama Izreen, Ude pernah berkahwin bersama Intan Saleh dan telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata.

Bagaimanapun pasangan ini memutuskan untuk bercerai selepas Ude mengahwini Izreen pada 8 Ogos 2017 di sebuah majlis yang diadakan secara tertutup.

Lafaz cerai dibuat pada 22 Mac 2018 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, selepas lima bulan tidak tinggal sebumbung.

Sumber: Instagram Uda Wahid