Tahniah diucapkan kepada pempengaruh, Kim Raymond yang kembali bergelar isteri selepas selamat melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya, Zahir Omar pada Khamis.
Tampak berseri, bekas isteri kepada pelakon Keith Foo itu cantik ditatarias jurusolek terkenal, Tiar Zainal yang turut berkongsi momen indah itu menerusi Instagram.
Sama cantik sama padan, Kim juga anggun mengenakan persalinan pengantin rekaan Adila Long.
View this post on Instagram
Sementara menerusi Insta Stories, Kim turut berkongsikan kembali (repost) detik-detik indahnya bergelar raja sehari.
“Syukur alhamdulillah dengan sekali lafaz, Zahir Omar dan Kim Raymond are now legally married!,” tulis seorang kenalan mereka.
Sebelum ini, media melaporkan Kim Raymond sudah memeluk Islam pada 24 Oktober lalu di Markas Al Khaadem, Kampung Sungai Kayu, Petaling Jaya dan ia turut menjadi sorotan di media sosial.
Ramai tumpang syukur dan mendoakan yang baik-baik, berita itu turut dikongsikan di Instagram Newmuslimcommunity, memuat naik beberapa foto Kim atau Kim Amal Raymond yang memakai jubah dan tudung hitam.
Imbas kembali, Kim dan Keith pernah mendirikan rumah tangga pada November 2015 dan mereka dikurniakan anak perempuan bernama Skylar Raymond pada 30 Mei 2017.
Bagaimanapun, mereka akhirnya memilih untuk membawa haluan masing-masing pada Disember 2019.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI