Pelakon Syed Ali berkongsi pengalaman suatu ketika dahulu, iaitu ketika dia mencari rezeki di sebuah restoran.
Jelasnya pada pagi raya, dia tidak punya wang walaupun satu ringgit.
Malah lebih menyedihkan, telefon bimbit yang dipakai juga tidak punya kredit untuk menghubungi kedua ibu bapanya.
“Pernah dulu sekali, pagi raya langsung tak ada duit, walaupun seringgit. Masa tu keje restoran.
“Menangis sensorang aku kat KL ni. Pengalaman yang hebat. Nak call abah, mak tapi takut. Nak call macam mana? Kredit pun tak ada. Hehe,” ceritanya.
Malah ulasnya juga, ketika itu dia hanya menggunakan model telefon bimbit regular.
“Semua orang ada citer best kan dalam hidup.
“Masa tu aku pakai HP nokia 3310. tapi tk de kredit, kamprit betul,” kongsinya.
Di ruangan komen, peminat memberi pandangan dan ada yang menyatakan, setiap orang pernah mengalami detik paling sukar dalam hidup.
Foto : Instagram Syed Ali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Azlee Senario Kongsi Hal Bahagia Harmoni Rumah Tangga – “Selalu Kena Berbincang Bila Ada Salah Faham.”
Menerusi program bual bicara Wanita Hari Ini, pelakon dan pelawak Azlee Senario telah diundang sebagai tetamu bagi membincangkan topik ‘Pujian, Penting Atau Tidak’, pada Isnin.
Menerusi sesi yang dilangsungkan secara virtual itu, Azlee atau nama sebenarnya Mohd Azlee Jaafar antara lain ada menitipkan nasihat buat pasangan suami isteri mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.
“Pertama sekali bagi saya kita kena tahu perkahwinan itu bukan satu permainan dalam hidup. Bila kita sedar benda itu, barulah kita boleh mendapat apa yang kita nak.
“Oleh itu, kita kena selalu berbincang bila ada salah faham dan sebagainya. Jadi dengan adanya perbincangan itu kita dapat menyelesaikan masalah rumah tangga dengan baik dan kita elakkan perkara yang buruk berlaku.
“Kita harus tahu tugas seorang wanita bukan satu perkara yang amat mudah, katanya.
Azlee pada masa sama turut berkongsi mengenai cara memuji si isteri agar kehidupan senantiasa harmoni.
“Kita dekat luar bila berkerja kita dapat jumpa dengan kawan-kawan, tapi macam mana penatnya dia di rumah ini dengan memasak, membasuh, mengemas?
“Jadi pada saya, apabila kita balik kita kena memberi pujian kepadanya sebab dengan adanya pujian itu dapat hilangkan kepenatan apa yang dia buat selama ini,
“Kita kena selalu ingat untuk menjaga tingkah laku kita dengan baik dan selalu kena jujur,” katanya lagi.
Azlee telah mendirikan rumah tangga bersama Aslinda Ayob dan dikurniakan dua orang anak perempuan.
Foto: Instagram Azlee Senario
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[VIDEO] “Dia Berangan…,” – Gelagat Anak Che Ta, Aaisyah Bila Bersolek, Bikin Netizen Geram!
Gelagat kanak-kanak cilik berusia lima tahun, Aaisyah Dhiya Rana sering mendapat perhatian ramai.
Baru-baru ini, pelakon Rozita Che Wan ada memuat naik sepotong video yang memaparkan gelagat anaknya itu yang sedang mengenakan solekan.
“Kita dok tinggal dia dgn uncle @anaszahrin, dia p berangan sorang2! Geram je!!
“Tonyoh laaa Aaisyahhhhh! Tonyoh apam gebu @anasism kami!! Tonyoh!! Bukan temoih ciqqq oiii!!,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Lalu,netizen memuji gelagat comel Aaisyah itu.
Lihat sahaja penampilan Che Ta yang sentiasa tampil anggun dan vogue, jadi tidak hairanlah Aaisyah pun berkelakuan sedemikian.
Benarlah kata orang, kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi,kan?
Video : Instagram Rozita Che Wan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tidak Mahu Tular Sekejap, Tapi Tak Boleh Nyanyi Dan Terus Hilang,” – 36 Tahun Dalam Seni, Ini Ulas Ramlah Ram Soal Bintang Pelapis
Penyanyi Ramlah Ram berharap pelapis industri muzik dalam kalangan penyanyi baru biarlah terdiri daripada mereka yang berkualiti dan betul-betul boleh menyanyi, meski citarasa peminat berbeza.
Menurut Ramlah, 56, penyanyi yang bagus mempunyai peluang lebih besar untuk kekal bertahan dan bukan hanya bermusim.
Bintang yang sudah 36 tahun terlibat dalam seni itu menjawab persoalan mengenai kebanjiran penyanyi baharu yang kini memeriahkan dunia seni lokal, tapi didakwa tidak berbakat dari segi nyanyian.
“Kita tak boleh sekat pilihan peminat. Ini pilihan masing-masing. Nak suka sebab bakat atau apa terpulang. Sebab sekarang masing-masing boleh promosi diri sendiri.
“Kalau tanya saya, nak mencari pelapis sudah tentu nak yang berbakat. Menjadi penyanyi kena nyanyi dengan bagus. Penyanyi kalau tak boleh nyanyi, ia tidak digelar penyanyi. Jadi, kena ada pelapis berbakat.
“Macam sekarang, ada penyanyi baru yang berbakat dan memang bagus. Kalau boleh nak macam itu semuanya. Tidak mahu tular sekejap, tapi tidak boleh nyanyi dan terus hilang,” katanya.
Ramlah berkata demikian pada majlis pelancaran lagu terbaharunya, Aku Ubatinya Lagi bersama media yang dilangsungkan secara virtual, akhir Jun lalu.
Sekadar menyebut beberapa nama, dia turut kagum dengan bakat dan kualiti dimiliki penyanyi seperti Ernie Zakri, Aina Abdul, Hazama, Syamel dan beberapa lagi.
“Penyanyi yang bagus dan dengan kualiti vokal seperti Ernie Zakri, Aina Abdul, Hazama, Syamel dan beberapa lagi. Ini yang saya kagum. Kalau dapat semua macam ini sudah cukup baik.
“Kalau yang lain baru nak muncul tu biarlah yang berbakat. Insya-Allah, kalau hadir dengan bakat boleh bertahan lama,” katanya.
Dalam perkembangan lain, single Aku Ubatinya lagi yang bergenre balada itu pertama kali menyaksikan kerjasamanya dengan komposer terkenal, Ajai sementara gubahan muzik pula dari sentuhan komposer, Sharon Paul.
Kali terakhir Ramlah muncul dengan single ialah pada tahun 2019 menerusi lagu Masar Cinta dan kemudian disusuli lagu raya, Kemenangan pada April lalu.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI