Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin mendedahkan dirinya tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkongsi ilmu perniagaan dengan sesiapa pun termasuklah rakan artis.

Jelas Syatilla, dia sedia untuk menghulurkan bantuan daripada peringkat awal sehingga mereka mahir untuk menguruskannya sendiri.

“Memang ada rakan-rakan artis yang cuba datang dan saya memang akan tolong. Kalau mereka buat silap dan bertanyakan soalan, saya rela hati nak bantu sebab saya ada pengetahuan serta ilmu.

“Kenapa pula saya nak berahsia atau simpan sendiri? Jadi, saya memang akan kongsikan segalanya daripada susun strategi sehinggalah nak cari stockist dan pelanggan. Saya memang terbuka untuk berkongsi,” katanya kepada MH.

Syatilla Melvin Sedia Kongsi Ilmu Bisnes Dengan Rakan Artis, Komen Status Bergelar Jutawan – “Andai Kata Suami Lari, Kita Kena Secure Hidup Siap-Siap.” Syatilla Melvin Sedia Kongsi Ilmu Bisnes Dengan Rakan Artis, Komen Status Bergelar Jutawan – “Andai Kata Suami Lari, Kita Kena Secure Hidup Siap-Siap.”

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon, Shaheizy Sam ini turut menasihati para rakan artis untuk mula menceburi bidang perniagaan supaya mereka tidak hanya bergantung kepada satu punca pendapatan sahaja.

IKLAN

“Saya pun banyak juga bercakap dengan kawan-kawan artis, sampai bila nak berlakon? Ambil sahaja saya sebagai contoh, saya dah berlakon lama sangat tapi saya tak boleh simpan duit macam mana saya simpan selepas berniaga.

“Sebab itu saya menyeru kepada mereka yang berlakon ini tidak salah tetapi tetap kena fikir juga apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Sebagai contoh selepas kita berkahwin, kemudian ada anak pula dan kita pun tak tahu apa akan jadi dengan rumah tangga kita nanti.

“Andai kata suami kita lari tinggalkan kita, kita harus secure hidup kita siap-siap. Itu yang saya kongsikan kepada mereka. Kena ada perancangan lain dan jangan harapkan hanya satu punca pendapatan sahaja,” jelasnya lagi.

Syatilla berkata sedemikian dalam satu temu ramah bersama MH baru-baru ini.

IKLAN

Syatilla Melvin Sedia Kongsi Ilmu Bisnes Dengan Rakan Artis, Komen Status Bergelar Jutawan – “Andai Kata Suami Lari, Kita Kena Secure Hidup Siap-Siap.” Syatilla Melvin Sedia Kongsi Ilmu Bisnes Dengan Rakan Artis, Komen Status Bergelar Jutawan – “Andai Kata Suami Lari, Kita Kena Secure Hidup Siap-Siap.”Ibu kepada dua orang anak ini turut memaklumkan yang dia tidak akan mengenakan sebarang bayaran ketika memberi tunjuk ajar kerana dia mahu melihat lebih ramai lagi artis yang berjaya di dalam dunia perniagaan selepas ini.

“Saya memang tidak kenakan apa-apa bayaran. Walaupun artis tu saya kenal atau tidak, kalau mereka ajak berjumpa saya memang rela hati untuk berkongsi.

“Saya pun nak tengok mereka berjaya. Di kalangan artis di Malaysia, tak ramai yang berjaya buat produk mereka secara konsisten. Saya cuma mahu menjadi salah seorang yang terawal yang kekal di dalam dunia bisnes,” ujarnya lagi.

Ditanya mengenai statusnya sebagai jutawan, Syatilla mendedahkan dia sebolehnya mahu menggunakan kesempatan tersebut untuk memberi manfaat kepada orang lain.

IKLAN

“Saya tak tahu nak jelaskan macam mana, kalau ya sekali pun, itu rezeki Allah. Saya pun tak sangka tapi bagi saya gelaran jutawan tu tak membawa maksud apa-apa pun.

“Kalau saya jutawan sekalipun, saya akan gunakan gelaran tersebut bukan untuk membangga-bangga diri tetapi untuk beri manfaat yang lebih kepada orang ramai,” akhirinya.

Syatilla Melvin Sedia Kongsi Ilmu Bisnes Dengan Rakan Artis, Komen Status Bergelar Jutawan – “Andai Kata Suami Lari, Kita Kena Secure Hidup Siap-Siap.”

Syatilla Melvin Sedia Kongsi Ilmu Bisnes Dengan Rakan Artis, Komen Status Bergelar Jutawan – “Andai Kata Suami Lari, Kita Kena Secure Hidup Siap-Siap.”

Foto: Instagram Syatilla Melvin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI