Pengarah sensasi, Syamsul Yusof memilih untuk tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung isu tidak mahu ‘melepaskan’ isterinya, Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini.

Sejurus selepas prosiding tamat, Syamsul ketika diasak pertanyaan media yang menunggu di luar, pengarah itu tidak menjawab apa saja pertanyaan.

Sebaliknya terus meluru ke lift bersama peguamnya, Roshdan Sujak.

Syamsul bagaimanapun hanya menggelengkan kepala apabila ditanya sebab tidak menceraikan isterinya dan dakwaan memukul Puteri Sarah lebih dua tahun lalu.

IKLAN

Malah ketika beredar daripada kamar mahkamah, Syamsul hanya menunjukkan isyarat tangan tanda ‘aman’ dan ‘Allah Yang Satu’.

Sementara itu, Roshdan ketika berhujah di mahkamah berkata, setakat ini Syamsul tidak mahu menceraikan Puteri Sarah kerana menyifatkan masih ada sinar untuk memperbaiki hubungan perkahwinan mereka

“Masih ada sinar untuk pasangan ini… pihak kami tidak setuju pelantikan hakam untuk kes perceraian ini,” katanya.

IKLAN

Terdahulu Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.

IKLAN

Sebelum ini pada 16 Januari lalu Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian itu di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Terdahulu, permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Untuk info, Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI