Drama bersiri ‘Suara Hati’ merupakan sebuah lagi naskah adaptasi novel dengan judul yang sama nukilan novelis Anis Ayuni yang mengangkat genre kekeluargaan terbitan Astro Prima dan syarikat produksi Global Film Station Sdn. Bhd.

Drama 13 episod arahan sutradara Emy Suffian atau lebih dikenali dengan nama panggilan Pyan Screw ini turut menampilkan Zetty Alia Dato’ Ramly sebagai penerbit eksekutif, Dato’ Zaiton Muhd Jiwa selaku penerbit serta Farah Alya As’ari sebagai penulis skrip.

Suara Hati dibintangi Hanna Aqeela, Syafiq Kyle dan Aidil Aziz selaku teraju utama serta turut dijayakan oleh barisan pelakon seperti Zeera Hariz, Afzan A Rahman, Qistina Khaled, Syahir Shafein, Liza Rafar, Fazlina Ahmad Daud dan YM Dato’ Sri Rezza Shah.

Syafiq Kyle & Hanna Aqeela Jadi Hero-Heroin, Ini 9 Trivia Drama Suara Hati Sebelum Korang ‘Melekat’ Di Kaca TV! Syafiq Kyle & Hanna Aqeela Jadi Hero-Heroin, Ini 9 Trivia Drama Suara Hati Sebelum Korang ‘Melekat’ Di Kaca TV! Syafiq Kyle & Hanna Aqeela Jadi Hero-Heroin, Ini 9 Trivia Drama Suara Hati Sebelum Korang ‘Melekat’ Di Kaca TV!

Bakal bersiaran menerusi slot Tiara secara eksklusif pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 19 Julai 2021 di saluran Astro Prima (105), ia turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Menarik, ini trivia Suara Hati yang perlu anda tahu sebelum menontonnya!

Keseluruhan penggambaran mengambil masa lebih kurang sebulan di sekitar Kuala Lumpur.

IKLAN

Ini merupakan penglibatan pertama pelakon Syafiq Kyle dalam projek drama bersiri untuk slot Tiara di Astro Prima.

Hanna Aqeela kembali bekerjasama dengan Syafiq Kyle buat kali kedua. Hanna juga turut dikenali sebagai antara pelakon wanita yang aktif bermain bola sepak dan futsal. Oleh itu, kesemua babak futsal yang ditampilkan dalam drama ini dilakonkan sendiri oleh Hanna.

Buat pertama kalinya juga, Syafiq dan Hanna diketengahkan sebagai pasangan hero dan heroin menerusi drama ‘Suara Hati’. Mereka memegang watak sebagai Harris dan Hani.

Syafiq Kyle & Hanna Aqeela Jadi Hero-Heroin, Ini 9 Trivia Drama Suara Hati Sebelum Korang ‘Melekat’ Di Kaca TV! Syafiq Kyle & Hanna Aqeela Jadi Hero-Heroin, Ini 9 Trivia Drama Suara Hati Sebelum Korang ‘Melekat’ Di Kaca TV! Syafiq Kyle & Hanna Aqeela Jadi Hero-Heroin, Ini 9 Trivia Drama Suara Hati Sebelum Korang ‘Melekat’ Di Kaca TV!

IKLAN

Pengarah Emi Suffian berpendapat gandingan Syafiq dan Hanna mudah mencipta keserasian sebagai teraju utama dalam drama ini kerana kedua-dua mereka mempunyai minat yang sama iaitu aktif bersukan serta turut mempunyai jarak usia yang tidak jauh berbeza.

Mereka juga saling mengambil berat dan memahami satu sama lain sebagai pelakon sekaligus memudahkan lagi proses penggambaran di set.

Antara momen menarik yang bakal meninggalkan impak mendalam kepada penonton adalah adegan ketika pertembungan watak Harris, Hani dan Naim (lakonan Aidil Aziz) di sebuah kedai kek. Ketiga-tiga pelakon tersebut saling memberi reaksi yang berbeza perasaan sehingga membuatkan pengarah berasa terkesan dengan babak itu.

Antara babak mencabar dalam drama ini adalah sewaktu penggambaran di set lokasi gelanggang futsal. Situasi agak sukar dikawal pada ketika itu kerana ramai pengunjung yang berada di premis futsal tersebut. Namun cabaran tersebut dapat diatasi kerana Syafiq dan Hanna memang mahir bermain futsal lantas penggambaran menjadi mudah dan dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.

IKLAN

Single ‘Biar Aku Simpan’ nyanyian Bimasakti featuring Oktovia Manrose diangkat sebagai lagu tema untuk drama bersiri ini.

Syafiq Kyle & Hanna Aqeela Jadi Hero-Heroin, Ini 9 Trivia Drama Suara Hati Sebelum Korang ‘Melekat’ Di Kaca TV!

Syafiq Kyle & Hanna Aqeela Jadi Hero-Heroin, Ini 9 Trivia Drama Suara Hati Sebelum Korang ‘Melekat’ Di Kaca TV!Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Syafiq Kyle & Hanna Aqeela Jadi Hero-Heroin, Ini 9 Trivia Drama Suara Hati Sebelum Korang ‘Melekat’ Di Kaca TV!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI