Penyanyi, Siti Sarah mendedahkan pembantu rumahnya telah disahkan positif Covid-19, pada Isnin.

Sarah yang kini sedang hamil anak keempat meluahkan rasa risau dan bimbang sekiranya ada di antara ahli keluarganya turut dijangkiti wabak berkenaan.

‘Maid’ Positif Covid-19, Siti Sarah Yang Sarat Hamil Bimbang Andai Anak Terjangkiti – “Mereka Sekarang Ni Tengah Demam.” ‘Maid’ Positif Covid-19, Siti Sarah Yang Sarat Hamil Bimbang Andai Anak Terjangkiti – “Mereka Sekarang Ni Tengah Demam.”

Menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik, Sarah dan ahli keluarganya turut menjalani ujian saringan Covid-19 dari rumah.

“Jantung ni macam nk jatuh bila maid Sarah positif Covid. Sarah tak fikir apa-apa dah, yg sarah risau anak-anak n baby dlm perut ni.

“Anak2 sarah sekrng ni tengah demam. Ya Allah berderau darah ni….macam-macam benda sarah fikir kalaulah sarah n suami positif, mcm mana anak-anak.

IKLAN

“Kalau anak2 pulak positif siapa nak jaga diaorng kt pusat kurantin. Minta jauh ya Allah. Kami satu keluarga baru je buat swab test harap2 semua xde apalah.

“Sarah kena kuat, baby dh masuk tujuh bulan. Mohon doakan Sarah dan keluarga ye,” tulisnya.

IKLAN

Sekadar informasi, Sarah mendirikan rumah tangga bersama pelawak dan juga usahawan, Shuib, 37, pada 26 Februari 2011.

Pasangan popular ini mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

‘Maid’ Positif Covid-19, Siti Sarah Yang Sarat Hamil Bimbang Andai Anak Terjangkiti – “Mereka Sekarang Ni Tengah Demam.” ‘Maid’ Positif Covid-19, Siti Sarah Yang Sarat Hamil Bimbang Andai Anak Terjangkiti – “Mereka Sekarang Ni Tengah Demam.”

IKLAN

Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

‘Maid’ Positif Covid-19, Siti Sarah Yang Sarat Hamil Bimbang Andai Anak Terjangkiti – “Mereka Sekarang Ni Tengah Demam.”

Foto: Instagram Siti Sarah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI