Selepas menjadi viral dan muncul menerusi single sulung berjudul Sayang Maafkan Aku sehingga mengumpul lebih 8 juta tontonan di YoTube, Syafiq Farhain kini muncul dengan sebuah lagu baru, Kamar Hati.

Meski kurang sebulan ia dimuat naik menerusi platform YouTube, namun lagi hasilan Harry Khalifah dan lirik oleh Room None namun muzik video lagu berkenaan sudah pun ditonton hampir 700,000 kali.

Mengulas mengenai reaksi positif yang diterima, bintang ini memanjatkan rasa syukur dan gembira kerana sekurang-kurangnya, kehadirannya di dalam industri seni diterima baik, bukan hanya bersandarkan kepada cerita viral semata-mata.

IKLAN

Syafiq Farhain Akui Lega Tak Ada Lagi Fans Yang DM Pelik-Pelik, Cuma Kawan Lost Contact Yang Tiba-Tiba Muncul…

“Alhamdulillah dengan sambutan positif yang diberikan. Saya akui meski konsepnya masih sama dengan single pertama, namun Kamar Hati lebih mencabar terutamanya dari segi vokal dan penghayatan.

 

Harapnya ia dapat saingi kejayaan lagu pertama,insyaAllah,” katanya ketika ditemui MH di sidang media kedua Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018)  di Timbre, Kuala Lumpur.

Ditanya mengenai apakah momen tersendiri yang boleh dikongsi sepanjang setahun bergelar selebriti, ahli bomba in memberitahu sejak menjadi public figure, tiada banyak beza, cumanya privasi sedikit terjejas kerana sudah ada yang kenal.

IKLAN

Syafiq Farhain Akui Lega Tak Ada Lagi Fans Yang DM Pelik-Pelik, Cuma Kawan Lost Contact Yang Tiba-Tiba Muncul…

“Kadang-kadang privasi itu sedikit terjejas. Tapi setakat ini saya okay saja. Tak menyesal pun sebab inilah jalan yang saya pilih. Soal peminat mesej yang pelik-pelik tu, setakat ini belum ada lagi. Kalau yang mahu kenal tu, normal.

 

Rasanya situasi itu bukan saja berlaku pada saya, tapi orang lain juga,” jelas Syafiq yang turut mengakui ada beberapa kenalan lamanya yang tiba-tiba muncul setelah sekian lama.

 

“Ada juga yang sudah lama tak hubungi tiba-tiba cari balik. Biasalah… Pasa saya, kalau jumpa siapa-siapa pun kita senyum sajalah,” luahnya jujur. 

Meski tidak tercalon di AME tahun ini, penyanyi tersebut turut menyokong anugerah hiburan tahunan itu dan dia bersama barisan artis lain akan menjayakan persembahan showcase khas bersempena AME2018.

IKLAN

Foto: Instagram Syafiq Farhain

https://www.youtube.com/watch?v=m3AYZqCQV3A

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI