Penyanyi Syafeek Ikhwan, 37, yang kini turut bersaing dalam Big Stage Alpha, meluahkan keterbukaannya untuk bertanding bersama 17 peserta lain yang rata-rata lebih muda.
Bagi Syafeek, usia bukan penghalang utama kerana setiap penyanyi memiliki perjalanan karier yang berbeza.
“Nak diikutkan memang rasa agak lewat kalau difikirkan dari segi usia. Tetapi saya pun memulakan kerjaya dalam nyanyian hanya selepas saya pulang ke Malaysia sejurus menamatkan pengajian.
“Kemudian saya mula bekerja dan barulah saya fokus pada menyanyi pula.
“Fasa dan tempoh masa setiap penyanyi itu berbeza-beza. Mungkin sudah tertulis takdir saya (menyanyi) lambat sikit berbanding orang lain,” katanya.
Tambah Syafeek, walaupun perbezaan umur itu wujud, dia bagaimanapun turut selesa bergaul dengan rakan-rakan yang lebih muda berbanding usianya.
Ads
“Saya pun ada ramai kawan yang lebih muda (Gen-Z) dan kerap bergaul dengan mereka. Insya-Allah okay dan dalam Big Stage Alpha ini, saya mahu bawa diri sebagai seorang yang lebih fleksibel.
“Jadi saya terbuka untuk berkawan dengan mereka yang matang atau masih muda. Tapi setakat ini, mereka okay saja. Malah bila pertama kali berjumpa peserta lain pun, ada yang tak percaya bila tahu usia sebenar saya,” ujarnya lagi.
Ads
Cabaran & Peluang Baharu
Syafeek yang pernah mengharumkan nama negara dengan menerusi i-Sing World di Paris, Perancis pada 2018, mengakui tidak segan bersaing dengan peserta yang masih ‘hijau’ dalam nyanyian kerana melihatnya sebagai pengalaman yang tersendiri.
“Bagi saya tiada apa yang perlu dimalukan sebab ia adalah proses perjalanan bagi seseorang penyanyi itu. Lagi satu, saya juga sedar diri sebab kalau saya tidak sertai pertandingan yang besar seperti ini, siapa lagi yang akan mengenali saya?
“Mana tahu, di sini menjadi platform untuk saya lebih dikenali, lebih-lebih lagi bila terpilih sebagai antara 18 peserta bagi musim ini, ia satu peluang yang besar dan membanggakan,” katanya.
Penyanyi yang pernah muncul dengan single berjudul Penunggu tahun lalu itu berkata demikian ketika di temui pada Sidang Media Big Stage Alpha di Kota Damansara, pada Khamis.
Ads
Impian Mara ke Final
Optimis untuk memberikan yang terbaik, Syafeek turut berharap penyertaannya dalam Big Stage Alpha membuka pintu rezeki lebih besar dalam kerjayanya selepas ini.
“Saya memang berharap mampu mara ke final dan kemudian nak jadi juara. Saya rasa peserta lain pun sama juga harapannya.
“Cuma, apa yang membezakan di antara satu sama lain ialah kesungguhan dan apa yang kita boleh persembahkan atas pentas nanti.
“Kepada peminat yang mengharapkan saya untuk kembali sertai pertandingan nyanyian, kini sudah tiba masanya dan saya berharap agar kalian dapat memberikan sokongan,” katanya lagi.
Big Stage Alpha akan mula bersiaran bermula 27 April 2025, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104)serta boleh distrim menerusi Astro GO dan sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Punca kematian gadis Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang 4 Ogos lalu akhirnya terjawab apabila pihak polis mendedahkan, punca kematian mendiang adalah disebabkan oleh kebocoran pada usus akibat kebuluran dan tekanan berpanjangan.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, pakar patologi juga telah mengesahkan remaja terbabit telah meninggal antara dua hingga tiga hari sebelum mayatnya ditemui pada hari ke 10 di 2.5 Kilometer dari resort penginapannya di The Dusun Pantai Hill di sini.
“Tidak ada kesan atau tanda dirogol hanya calar-calar kecil dan luka pada kaki tetapi tidak menjurus menyebabkan kematian.
“Punca kematian sebenar adalah disebabkan kebocoran usus mungkin disebabkan tidak ada makanan dalam tempoh yang panjang,” katanya seperti yang dipetik pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Negeri Sembilan hari ini.
Mohamad turut mengesahkan tidak ada elemen mangsa dilarikan atau diculik.
Menurutnya lagi, beberapa sampel pada tubuh Nora Anne telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa bagi mengetahui lebih lanjut autopsi tersebut.
Sementara itu, ditanya sama ada gadis itu dirogol, Mohamad menafikan perkara berkenaan, sebagai mana yang diandaikan sesetengah pihak.
Manakala mengenai laporan media Perancis, Pejabat Pendakwa Raya Perancis yang membuka siasatan jenayah terhadap kematian Nora Anne, Mohamad berkata, itu siasatan yang dilakukan oleh pihak mereka.
“Itu kita tidak tahu, itu pihak dia tapi memang pihak polis dari Perancis dan Ireland ada bersama kita menjalankan siasatan,” katanya.
Ditanya mengenai dakwaan pengguna bernama Zikri Armstrong dengan membuat naik ciapan mendakwa Nora Anne dirogol orang asli, Mohamad berkata, perkara itu adalah tidak benar. “Laporan polis telah dibuat dan kita akan menyiasat pemilik akaun itu,” katanya.
Dalam pada itu, menjawab sama ada keluarga Nora Anne boleh membawa pulang mayat gadis itu dalam masa terdekat ini, beliau berkata, keluarga mendiang boleh membawa mayat gadis itu pada bila-bila masa untuk dibawa pulang ke negaranya.
Sidang media oleh PDRM berkaitan kes remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15.
Baru-baru ini, penyanyi, Nabila Razali telah melancarkan single terbarunya bertajuk Vroom Vroom.
Seperti dijangka, lagu Nabila itu sekali mendapat sambutan hangat daripada pendengar apabila muzik video lagu berkenaan telah mendapat lebih 1.3 juta tontonan selepas hanya seminggu ia ditayangkan.
Malah, lagu tersebut turut tersenarai sebagai antara tiga lagu paling trending ketika ini.
Bagaimanapun, seorang individu di Twitter secara terbuka telah mengkritik nyanyian Nabila dan turut melabelkan suaranya seperti ‘orang bodoh’.
“Suara Nabila Razali ni kenapa macam bodoh sangat? Macam karok pun ada jugak. Gila dah kot boleh jadi artis,” tulis individu berkenaan.
Tidak melatah, ini respon yang diberikan Nabila sejurus menerima tweet tersebut;
“Maaf la suara saya macam bodoh. Ampun ya sis,” balas Nabila.
Melihat diruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat dan meminta Nabila untuk tidak mempedulikan komen negatif tersebut.
Paada pendapat MH, tidak salah untuk kita menegur tetapi biarlah teguran itu bertujuan untuk membina dan bukanlah bersifat untuk menjatuhkan seseorang.
Sumber: Instagram Nabila Razali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan dan penyanyi, Datuk Seri Vida meluahkan rasa hati dengan perkongsian video sedutan daripada program Meletop yang menyaksikan Micheal Ang sebagai tetamu jemputan.
Seloroh Micheal dalam sesi temubual, dia mengimpikan seorang wanita yang kaya sebagai isteri agar isteri dapat menanggung perbelanjaannya.
Malah jelasnya juga, Datuk Seri Vida sering terjerat dengan lelaki sebegitu.
“ADOIIII MIKE.@michaelang38 .LAWAK KASAR NAMPAK..
Mmg saya selalu terkena dgn lelaki macam SETAN… HANJ,” tulisnya ringkas.
Nama Vitalia Sesha suatu ketika dahulu cukup sinonim dengan penampilan berani di samping terkait dengan pelbagai skandal. Namun siapa sangka, selebriti berusia 39 tahun...