Dalam perkahwinan kena lah selalu bergurau, sakat menyakat di antara suami dan isteri supaya masjid yang dibina akan lebih meriah dan semakin hari semakin sayang antara satu sama lain.

Baru-baru ini MH ada terlihat satu video yang dikongsikan oleh pelakon tampan, Zamarul Hisham yang sedang menyakat isterinya yang juga seorang pelakon, Diana Rafar sehingga terbatal wuduknya.

Ok jom MH belanja sikit video Zamarul menyakat isteri tercintanya.

IKLAN

“Selalu dia kacau… sekarang dia pulak kena… apasalah nya ambik wuduk banyak kali?… bagus biar diri kita sentiasa dgn air wuduk…. nak gurau ngan siapa lagi.ini je la intan payung yg ada..lain la kalau dia izinkan satu lagi…..ooppppsss ?‍♂?????? #gurauananje #luvumama,” tulis Zamarul di ruangan kapsyen.

Alahai bersemut betul lah MH tengok pasangan suami isteri ini bergurau. Nampak mesra sangat malah bukan MH sahaja yang seronok melihat mereka, rata-rata pengikut dan peminat Zamarul juga turut terhibur melihat kemesraan artis pujaan mereka ini.

shirukayatie: Sweet Nya…byk Kali saya ulang tgk video ni… tahniah abg zamarul n Diana…smoga bahagia kekal hinga ke jannah

IKLAN

cik_ila_que: Ni baru la sweet.. Btul2 dh halal.. Tenang sikit mata memandang.. Drpd tut… Video2 sweet budak2 skg… ?

biha88: Sweetnya suka tgok pasangan ni..semoga kekal hingga ke jannah..Aminn

IKLAN

lidyia_kiut: Berkali2 tgk…..hihi…..seronoknya tgk org lain happy mcm ni…

MH doakan rumah tangga Zamarul dan Diana berkekalan hingga ke syurga dan terus kekal bahagia bersama dengan anak-anak tercinta.

Sumber: Instagram Zamarul Hisham

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI