Ads

‘Suka Tengok Farid Kamil Yang kelihatan Tenang Jawab Soalan Berkaitan Dugaan’nya -Netizen

Semalam, pelakon, Datuk Farid Kamil buat pertama kalinya memunculkan diri di kaca televisyen setelah hampir sebulan ‘berdiam diri’ berikutan kontroversi hebat yang melanda dirinya awal tahun ini.

Beliau hadir bersama pelakon, Nelydia Senrose bagi mempromosikan drama mereka, Lafazkan Kalimah Cintanya yang kini sedang bersiaran di kaca TV.

Apa yang menarik perhatian MH adalah dia kelihatan begitu tenang dan ceria menjawab soalan pengacara dan sesekali bergurau mesra dengan mereka.

‘Suka Tengok Farid Kamil Yang kelihatan Tenang Jawab Soalan Berkaitan Dugaan’nya -Netizen

Ads

Namun, sempat juga dia berkongsi perkembangan terkini dirinya selepas dibebaskan.

“Alhamdulillah pengalaman dihambat kontroversi baru-baru ini, di mana enam hari saya berada dalam tahanan, menjadi satu pengalaman yang tidak boleh saya beli atau dapat secara percuma.

“Melalui dugaan itu membuatkan saya rasa kembali mengenali diri saya daripada kecil sampai besar sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon dan juga suami kepada pelakon Diana Danielle ini juga merakamkan jutaan terima kasih di atas setiap pengorbanan yang dilakukan oleh keluarganya dan juga doa yang telah diberikan kepadanya oleh orang yang berada di sekelilingnya.

“Saya berterima kasih atas pengorbanan keluarga, sokongan kawan-kawan, rakan-rakan artis dan peminat peminat.

“Mereka tidak putus-putus memberi doa, dan itulah yang memberi saya kekuatan untuk melalui semua dugaan ini,” katanya ketika program Meletop.

Nyata kehadiran Farid tersebut mendapat perhatian netizen yang turut memberikan kata-kata semangat buat pelakon tersebut.

‘Suka Tengok Farid Kamil Yang kelihatan Tenang Jawab Soalan Berkaitan Dugaan’nya -Netizen

Ads

‘Suka Tengok Farid Kamil Yang kelihatan Tenang Jawab Soalan Berkaitan Dugaan’nya -Netizen

Pada MH, selagi kita tidak tahu hujung pangkal cerita lebih baik jangan buat spekulasi apa-apa, MH juga kagum dengan netizen yang tidak putus-putus memberikan sokongan buat Farid.

Ads

Terdahulu Farid pelakon filem Tombiruo ini telah ditahan reman dan disiasat atas empat pertuduhan iaitu mendatangkan kecederaan, menampar polis, penggunaan dadah dan mengganggu tugas penjawat awam.

Beliau dibebaskan pada 16 Januari lalu dengan ikat jamin berjumlah RM12,000 atas empat pertuduhan tersebut.

sumber: Sinar Harian & Meletop

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Mereka Bentuk Kembali Sayap Kiri Yang Patah,” – Awie Umum Pae...

Kumpulan rock legenda tanah air, Wings tampil memperkenalkan dua anggota baharu iaitu Pae sebagai pemain dram dan Am sebagai pemain bes, sekali gus meneruskan perjuangan empayar muzik mereka yang kini sudah menjangkau usia 40 tahun.
error: Hello. Cannot.