Berehat sebentar daripada aktiviti seni, pelakon Nabila Huda mengambil kesempatan itu dengan bercuti di Bandung, Indonesia bersama suami, Izwan Johar serta anak tunggalnya, Keisha Laila.
Berkongsi pelbagai aktiviti menarik mereka di sana di laman Instagram miliknya, rata-rata peminat dan rakan artis terhibur dan menyukai ‘bonding’ di antara Nabila, 38, bersama anaknya, Keisha yang kini sudah berusia 13 tahun.
Antaranya penyanyi Ernie Zakri yang tidak sabar untuk mempunyai momen manis bersama anaknya, Nur Khawla Soleha seperti mana hubungan akrab bak kawan baik seperti digambarkan menerusi Nabila dan Keisha.
“Bestnya dah jadi BFF (Bestfriend Forever). Tak sabar,” tulis Ernie di ruangan komen.
Ads
Nabila kemudiannya membalas, “Soon Ernie!! Kejap je tu dah besar nanti.”
Sekadar info, Nabila Huda berkahwin Izwan pada bulan Disember 2015.Terdahulu, Nabila pernah berkahwin dengan Zaidy Zailani pada 2008 namun bercerai tiga tahun selepas itu.
Ads
Hasil perkahwinan, aktres popular itu dikurniakan anak perempuan, Keisha Laila.
Manakala, Ernie pula mempunyai seorang anak perempuan, Nur Khawla Soleha yang kini berusia lapan bulan, hasil perkongsian hidup bersama penyanyi Syamel.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Nabila Huda, Ernie Zakri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak, Amir dan Mamat membuktikan komedi mereka masih lagi belum berkarat selas muncul sebagai juara pusingan khas Gelanggang Awesome Raja Lawak #Alumni yang dianjurkan pihak stesen televisyen, Awesome TV seterusnya membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.
Menurut Amir, pada awalnya dia merancang untuk membuat persembahan secara solo memandangkan tiada alumni lain yang ingin berpasangan dengannya.
“Terima kasih Awesome TV, Homegrown dan yang mana terlibat menjemput kami alumni Raja Lawak
“Awalnya saya patut buat stand up comedy sebab tak ada partner, tak ada yang nak pair dengan saya sebab kemungkinan mindset orang ‘takut kena makan’ dengan kumpulan lain,” tulisnya.
Bagaimanapun, Amir akui gembira kerana Mamat bersetuju untuk bergandingan bersamanya pada saat-saat akhir meskipun pada awalnya dia menolak kerana masalah kesihatan.
“Mamat pun awal-awal memang tak nak masuk, dia sibuk tambah lagi dia pun baru baik dari demam. Isnin saya dah ready untuk standup. Dah siap dan saya dh hafal pun cerita. Saya excited sebab dah lama orang tak tengok saya buat stand up comedy.
“Rezeki Allah bagi. Syukur, bila mana Allah jentik hati Mamat untuk sudi buat pair dengan saya pada petang Isnin. Sedangkan Isnin tu la hari last kena bagitahu nk mintak pakaian dan juga props yang macam mana untuk sketch
“Selasa baru jumpa, masa tu saya dalam proses lapangkan fikiran dari sketch standup yang saya dah hafal. Fikiran saya cuma nk topup punch sketch dari Mamat je,” kongsinya lagi.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelawak asal Kelantan itu menerusi entri terkini di Instagram.
Tambah Amir lagi, dia bersyukur kerana persembahannya bersama Mamat berjaya menarik hati para juri dan penonton.
“Saya dan Mamat cuma nak enjoy kami punya sketch je, asalkan semua orang faham cerita kami sampaikan, itu dah cukup
“Yang belakang tabir terutama Kak Fasham banyak bagi semangat kat Mamat dengan saya dan bagi keyakinan juga buat Mamat dengan dan cakap Amir dah Matang Mat, korang boleh main pairing.
“Alhamdulillah, terima kasih Mamat bagi aku ‘rasa’ bersama sang juara ‘Sepah’ yang mana kita pun jadi juara juga.
“Ini semua pun dengan izin Allah Maha Kuasa. Yang mana Amir yang ‘boleh kena makan’ ni dapat man of the match (guest bersama kumpulan pelan ARL). Lepastu dapat jadi juara bersama sahabat saya Mamat. Syukur Alhamdulillah,” akhirinya.
Sekadar informasi, Amir pernah meyertai program Raja Lawak Musim ke-3 pada 2009 sezaman dengan kumpulan Sepah dan Jihan Muse.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Amir Raja Lawak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tindakan pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey yang berkongsi video memaparkan isterinya, Syaheera Rahman sedang ditolak di atas kerusi roda nyata menimbulkan kerisauan di hati para peminat.
Malah, Fad juga turut memohon kepada semua pihak untuk mendoakan agar isterinya itu sentiasa dilindungi dan diberikan kesembuhan.
Menerusi perkongsian di Instagram stories, Syaheera memaklumkan dia sebenarnya sudah kerap kali keluar masuk hospital disebabkan keadaan kesihatannya yang tidak menentu.
Menurut ibu kepada empat orang cahaya mata ini lagi, dia sebenarnya mengalami rasa sakit yang agak teruk di bahagian perut dan selepas membuat pemeriksaan, doktor mendapati terdapat ketulan di bahagian tersebut.
“Banyak yang dm sakit apa pula kali ini. Mesti pelik kan Sya dan penyakit berpisah tiada. Haritu baru warded. Ni warded lagi. Ceritanya adalah yang haritu warded tu sebab memang attack dalam perut.
“Sakit yang saya cuba untuk hadam dan tahan. Lagi power dari sakit nak bersalin tu. Any painkiller pun tak jalan. Maknanya serah diri juga dan saya buat ct scan. Jadi doktor sahkan ada jangkitan dan cyst saiz 2cm,” tulisnya.
Jelasnya lagi, dia menjadi bertambah risau apabila saiz ketulan tersebut telah membesar sehingga 4cm.
“Dimana saya tak perlu risau pun tapi bila dah discharge sakit tu datang kembali tanpa dijemput. Tetap sakit yang kuat sangat.
“Bila check lagi dengan Dr. Norleen, cyst tu jadi 4cm. Eh dia makan apa ya membesar bagai juara,” ujarnya lagi.
Lantaran itu, Syaheera mendedahkan dia terpaksa menjalani pembedahan kerana bimbang sekiranya keadaan ketulan tersebut semakin melarat sehingga boleh menyebab kanser.
“Jadi, bila kita putuskan untuk last check up, tahu tak jadi apa? Cyst tu dah bersaiz 6cm. Takkan nak tunggu besar baru nak remove dan tanpa cakap banyak, saya bersedia untuk serah diri.
“Cyst ni paling risau kalau dia pecah dan rupanya cyst tu kanser memang sangat bahaya sebab boleh merebak. Saya selalu berdoa yang ia bukan kanser. Inilah sebab saya di sini. Sesiapa yang ada cyst, tolong jangan ambil mudah. Check betul-betul,” akhirinya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Fad itu, rata-rata netizen dan rakan selebriti mendoakan agar pembedahan tersebut berjalan lancar.
Sekadar informasi, Fad dan Syaheera telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015 dan sudah dikurniakan empat cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Syaheera Rahman & Fad Bocey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah Absolut Event & Management Sdn Bhd, Ben Ali bersama isterinya yang juga pelakon, Nadiyah Shahab mengakui tiap kali menganjurkan festival atau program, perasan risau tidak dapat dielakkan demi memastikan ia berjalan dengan baik seperti yang diharap-harapkan.
Nadiyah bagaimanapun bertuah kerana mempunyai sokongan moral daripada ahli keluarganya di Singapura.
“Bila program sudah nak dekat, seluruh keluarga akan sama-sama ikhtiar lakukan solat, panjatkan doa dan sebagainya. Malah keluarga saya di Singapura pun akan anjurkan doa selamat untuk kami. Sebab bagi kami, ia sesuatu yang besar dan penting. Setiap program mereka akan buat begitu.
“Sudah tentu kalau kita bercakap mengenai sambutan pengunjung atau penonton kita akan rasa risau. Sehingga hari kejadian pun kita masih berdoa, lakukan solat hajat apa semua agar segalanya dipermudahkanNya.
“Bagaimanapun saya percaya selain usaha, ia juga bergantung kepada keberkesanan pemasaran, memang kita akan buat all out. Kami lancarkan kempen menerusi video selain promosikan di media sosial juga. Tinggal lagi kurang 10 hari, jadi kita akan buat secara besar-besaranlah,” katanya kepada MH.
Pasangan selebriti itu berkata demikian ketika ditemui Sidang Media Pelancaran Absolut Music Festival 2022, di The Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), pada Khamis.
Bertempat di Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur, acara muzik terbuka dan masuk percuma yang turut dimeriahkan dengan Absolut Food Festival itu bakal diadakan selama 3 hari bermula 4 sehingga 6 Nobember 2022.
Sementara itu bagi Ben, mereka lebih gemar untuk memberikan yang terbaik setiap kali menganjurkan sesebuah acara demi kepuasan demi mencapai objektif.
“Kami lebih suka berikan lebih. Jadi lebih baik untuk kita rasa risau daripada timbul perasaan sudah selesa. Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan dengan baik. Malah kalaulah tak mendapat sambutan seperti yang diharapkan, sekurang-kurangnya kami lega kerana sudah lakukan pelbagai usaha untuk mempromosikannya.
“Kali ini juga selain promosi di radio dan papan tanda, kita fokuskan juga kepada saluran digital. Ia akses yang paling mudah untuk capai audiens sekarang. Saya berbesar hati kerana rakan penaja pun sangat menyokong terhadap inisiatif yang kami lakukan,” kata Ben.
Dalam pada itu, konsert berkenaan bakal membawa seramai 18 penyanyi terkenal selain beberapa artis baharu tempatan digandingkan di atas satu pentas yang sama.
Barisan penyanyi utama yang bakal membuat persembahan adalah kumpulan SEARCH, Alleycats, Joe Flizzow, Andi Bernadee, Akim & The Majistret, Aman Ra, Floor 88, Faizal Tahir, Bunkface, Elizabeth Tan dan DOLLA.
Janna Nick, Ayda Jebat, Kugiran Masdo, Kidd Santhe, Projector Band, ForceParkBois dan Insomniacks turut sama beraksi, selain dua kumpulan wanita terbaharu iaitu The Gadys dan The Sara Sisters.
Bertemakan festival terbuka ataupun ‘outdoor concept’, festival ini tidak hanya menumpukan pada konsert sahaja, tetapi juga bakal membawakan sebanyak lebih 110 peniaga kecil dan sederhana yang terdiri daripada para peniaga makanan, minuman, pakaian, kosmetik dan sebagainya.
Tidak lupa juga dengan kehadiran lebih 50 penggiat media sosial dan 50 para penggiat dari industri lakonan seperti Aedy Ashraf, Meerqeen, Anna Jobling, Uqasha Senrose, Emma Maembong, Hannah Delisha dan ramai lagi yang bakal memeriahkan suasana acara ini kelak.
ELFBAR selaku penaja rasmi Absolut Music Festival 2022, festival berkenaan turut mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia dan Cuti-Cuti Malaysia.
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.