Diyla yang sebelum ini merangkap tugas sebagai pembantu peribadi (PA) usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) akhirnya mengumumkan yang dia kini sudah berhenti bekerja.
Diyla mengucapkan selamat tinggal kepada majikannya itu selepas 12 tahun berkhidmat.
@_diylajazz Berakhirlah Perjalanan saya bersama Dsv,Saya mengundurkan diri dengan hati yang ikhlas,Terima kasih untuk segala Jasa,atas segala untuk ajar,Tamat sudah perjuangan saya untuk Bisness Dsv,Saya doakan Dsv terus kuat untuk kedepan hari,this okey,hilang saya sorang Ramai lagi di belakang Dsv yang Baik Baik,akhir kata Terima kasih Dato Seri vida Sang pari pari saya#diylajazz#khilafdiylajazz#esekeli#tiktok#fypage#fyp#viral#xyzbca♬ Khilaf – Faiz Aizif & Diyla Jazz
“12 tahun kita bersama, jatuh bangun, suka duka…struggle untuk perniagaan. Terima kasih DSV,” tulisnya di TikTok bersama lampiran bergambar.
Berakhirlah perjalanan saya bersama DSV. Saya mengundurkan diri dengan hati yang ikhlas. Terima kasih untuk segala jasa, atas segala untuk ajar.
Ads
“Tamat sudah perjuangan saya untuk bisnes DSV. Saya doakan DSV terus kuat untuk ke depan hari, this okey, hilang saya sorang ramai lagi di belakang DSV yang baik baik.
“Akhir kata terima kasih Dato Seri Vida Sang pari pari saya,” tulisnya pada ruangan kapsyen sambil disusuli beberapa hashtag.
Minggu lalu, Diyla menerima perhatian netizen apabila dilihat tidak lagi bertudung selepas melancarkan single duet bersama influencer, Faiz Aizif berjudul Khilaf.
Pelakon dan usahawan, Putra Amaris tidak menafikan dia senang untuk tidak lokek berkongsi rezeki dengan anak-anak yatim, tahfiz dan asnaf sebagai antara rutin wajib yang dilakukannya.
Putra Amaris, 37, atau nama sebenarnya Amran Ismail juga percaya, ia menjadi antara sebab dia dimurahkan rezeki oleh Allah SWT sama ada dalam kerjaya dan bisnes yang dijalankan.
“Rahsia saya adalah bersyukur dengan apa yang berikan dan itulah apa yang saya beritahu pada diri sendiri. Bersyukur kalau Allah beri banyak dan bersyukur juga kalau dapat sikit sebab itu semua ujian. Dalam masa sama saya bantu orang lain juga dengan berkongsi rezeki.
“Alhamdulillah, mungkin disebabkan saya selalu berkongsi rezeki menjadi punca rezeki saya dimurahkan. Walaupun saya tidaklah kaya tapi saya yakin apa yang Allah beri sekarang ini, saya nak berkongsi dengan orang lain juga.
“Bila saya buat apa pun saya akan teringatmereka. Bukan saya saja tapi semua pasukan saya bergerak membantu ramai orang khususnya untuk berkongsi rezeki. Walaupun bukan dalam bentuk duit tapi kita tetap berkongsi makanan.
“Kalau saya ada masa bersama ‘team’, kami akan sama-sama menyantuni rumah anak-anak yatim dan saya suapkan mereka. Saya cubalah buat begitu… Bukan sebab nak rezeki masuk atau nak duit masuk banyak, tapi saya dapat rasakan ketenangan itu yang luar biasa,” katanya kepada MH.
Terdahulu Amaris ditemui pada sesi Meet & Greet Bersama Putra Amaris sempena pelancaran Amaris Diamond Tea, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), baru-baru ini.
Turut sama melancarkan produk berkenaan ialah Puan Norhaslina Mohd Pisol, Pengasasas Diamond Tea & Diamond Cosmetics di samping Muhamad Solihein Shahidan selaku CEO Diamond Cosmetics.
Amaris pada masa sama menambah, dia mengikut jejak langkah arwah bapa yang gemar berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan.
“Itu adalah tips daripada ahli keluarga saya juga. Carilah masa untuk jenguk mereka. Kalau ada kesempatan bagi minum, suapkan mereka. Itu yang saya lihat juga dalam kalangan ahli karporat yang menjadi inspirasi saya yang yang mana mereka istiqamah, berterusan buat benda itu. MasyaAllah.
“Arwah ayah saya selalu buat perkara itu dan saya cuba nak teruskan bersama pasukan Dapur Pasak. Persekitaran saya juga Allah hadirkan orang-orang hebat. Semua pasukan saya ini bukan dari Kuala Lumpur tapi dari utara, selatan, timur dan berkampung seminggu bukan hanya untuk berbisnes semata, tapi untuk komited buat program infak,” katanya lagi.
Dalam masa sama, Amaris turut terbabit dengan Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Dapur Pasak bagi menjayakan projek Peti Sejuk bagi memenuhkan keperluan harian golongan kurang berkemampuan di sekitar Lembah Klang.
Mengenai Amaris Diamond Tea, kerjasama itu dibuat bersama pihak Diamond Cosmetics yang menghasilkan minuman kesihatan selain hasil jualan bagi membantu mereka yang memerlukan.
“Alhamdulillah bila Alla beri rezeki bersama jenama yang saya wakili, pasti ada manfaatnya. Misalnya bersama Diamond Tea ini, saya makan secara tak teratur tambahan lagi kita pada itu melalui fasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Sehingga pada satu tahap, berat badan bertambah sekitar 10 kilogram begitu.
“Kemudian saya cubalah untuk bersenam, diet dan sebagainya sehinggalah saya dipelawa untuk mencuba produk ini. Saya cuba terlebih dulu dan alhamdulillah kini saya rasa badan lebih ringan, rasa selesa dan kalau rasa nak demam boleh juga cuba untuk minum, dengan izinNya.
“Saya cuba tiga bulan dan sekarang saya yakin untuk kongsikan mengenai kebaikannya kepada semua. Saya cuba kongsi benda yang baik. Saya bukanlah duta, cuma buat masa sekarang kami kerjasama di bawah payung Diamond Cosmetics HQ,” katanya lagi.
Penyanyi Tom mendedahkan dia kini memilih untuk tidak menjalinkan hubungan serius dengan mana-mana lelaki demi memberi fokus dan komitmen terhadap dua anak lelaki yang dijaganya, Putera Edler dan Putera Evans.
Tom, 36, atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram berkata, anak-anak menjadi kurniaan paling bermakna selain mahu melihat anak membesar di depan mata dengan baik.
“Saya belum terbuka hati, saya sudah banyak lalui pelbagai perkara yang buat saya kecewa. Meski saya sayangkan bekas suami, tapi saya akui jodoh itu tak ada.
“Namun saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya dikurniakan cahaya mata yang jadi pelengkap hidup. Itulah hadiah paling bermakna. Saya akan sayangi mereka sampai bila-bila.
“Tapi untuk buka hati pada lelaki, saya tak boleh nak cakap lebih-lebih, cuma bukan sekarang. Setakat ini, saya anak beranak tak perlukan siapa-siapa, tak perlu orang ketiga. Saya nak fokus terhadap anak-anak dulu,” katanya kepada MH.
Tom yang kini sedang bersaing di dalam program realiti, Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) bagaimanapun mengakui dia sebelum ini jarang menjalani kehidupan solo kerana sering mempunyai komitmen dalam perhubungan.
“Saya nak ada masa dengan cukup berikan perhatian kepada anak-anak dulu. Saya sebelum ini jarang ‘single’ (tidak berpasangan). Bila solo, saya rasa seronok. Akan tetapi saya akui pengalaman lalu banyak mengajar. Saya kini lebih berhati-hati dalam berkawan.
“Saya bertunang dan berkahwin pun pada usia muda. Sebelum ini, single paling lama pun dalam sebulan. Malah ada juga yang cuma mendekati, tapi saya tak boleh. Takut sekiranya saya ada pasangan, saya akan sayang dia lebih berbanding diri sendiri.
“Akhirnya kalau kecewa akhirnya makan diri. Anak-anak pun dalam proses membesar. Mereka memerlukan saya. Jadi tak perlu nak ada teman lelaki dulu. Risau nanti saya abaikan anak-anak.
“Apa yang saya boleh buat sekarang, cuba untuk menjarakkan hubungan itu. Selebihnya saya berdoa yang baik-baik sahaja,” katanya lagi.
Sekadar informasi, Tom mengakui dia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali dalam tempoh lapan tahun selain pernah bertunang dua kali.
Tom turut memiliki tiga cahaya mata, namun anak pertama, Megat Airel tidak dibesarkannya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pendakwah selebriti, PU Azman atau nama sebenarnya,Azman Syah Alias dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban, pada Rabu atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai 2022.
Memetik Sinar Harian, tertuduh yang berusia 41 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa.
Mengikut tiga pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal dengan melakukan perbuatan kelucahan melampau termasuk merangsang mangsa berusia 17 tahun.
Perbuatan itu dilakukan di ruang tamu dan tandas di sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai pada 6 Julai 2022 antara jam 3 pagi hingga 5 pagi.
Selain itu, tertuduh turut melakukan perbuatan sama terhadap mangsa berusia 16 tahun 10 bulan yang dilakukan pada 6 Julai 2022, antara jam 3 pagi hingga 5 pagi di ruang tamu rumah sama dan pada 5 Februari 2022, antara jam lebih kurang 8.30 malam hingga 12 tengah malam di dalam sebuah bilik di rumah sama.
Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga disebat.
Timbalan Pendakwa Raya, Husni Fairos Ramly meminta mahkamah mengenakan jaminan tinggi terhadap tertuduh iaitu RM15,000 bagi setiap pertuduhan kerana kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Peguam, Mohamad Zahid Ahmad memohon jaminan rendah atas alasan pendapatan anak guamnya terjejas sejak direman bulan lalu dan memerlukan bantuan keluarga untuk menjaminnya.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM40,000 bagi kesemua pertuduhan dan dilarang menghampiri mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Selain itu, tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen pada 8 Disember ini.
Sementara itu, PU Azman yang ditemui di mahkamah mengucapkan terima kasih dan menghargai doa semua pihak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber, Foto: Sinar Harian, Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.