Selepas mencipta fenomena di seluruh platform media sosial menerusi lagu Hal Hebat, band Indonesia, Govinda akui teruja apabila berkesempatan berkolaborasi bersama penyanyi popular, Ernie Zakrie untuk menerbitkan lagu Hal Hebat versi Malaysia.
Menurut vokalisnya, Irfan, Govinda sememangnya mengagumi bakat nyanyian Ernie yang disifatkan memiliki suara emas.
“Sejujurnya kami amat senang apabila lagu Hal Hebat ini turut mendapat sambuat luar biasa di Malaysia. Kemudian, kami pula mendapat tawaran yang sangat menarik untuk menerbitkan lagu ini dalam versi duet edisi Malaysia hasil kolaborasi dengan Ernie Zakri
“Rasanya tidak keterlaluan untuk kami menyifatkan Ernie sebagai salah seorang penyanyi wanita terbaik di Malaysia. Sebelum ini, kami cari tahu juga latar belakang Ernie, ternyata dia merupakan salah seorang diva dan penyanyi kesukaan ramai di Malaysia.
“Bila kami mendengar suara Ernie, ternyata nyanyian dan penghayatannya sangat bagus. Ketika sesi rakaman, kami dan syarikat rakaman juga rasa sangat puas. Jadi, kami tak sabar untuk lancarkan lagu ini hari ini,” katanya kepada MH.
Ernie dan Govinda ditemui ketika sesi sidang media pelancaran lagu Hal Hebat versi Malaysia yang diadakan pada Jumaat.
Meskipun mempunyai waktu yang singkat, Ernie menyifatkan kerjasama bersama Govinda sememangnya satu pengalaman yang tidak akan dilupakannya.
Ads
“Bila mendapat tawaran untuk menyanyikan lagu Hal Hebat, saya teruja kerana saya tahu lagu ini sangat popular. Ketika itu, saya berbincang dengan pihak Rocketfuel untuk perancangan lagu ini kerana saya sebolehnya mahu kerjasama ini berjalan dengan baik.
“Masa yang ada di Jakarta sangat terhad. Saya perlu membuat rakaman dan jalani penggambaran pada minggu yang sama. Kerjasama dengan Govinda dan vokal produser di sana merupakan pengalaman yang sangat menakjubkan,” katanya.
Ketika ditanya, adakah dia bimbang dengan penerimaan peminat terhadap kolaborasi ini, isteri kepada penyanyi, Syamel ini memberitahu, meskipun terdapat sedikit kelainan, dia tetap tidak akan mengubah keseluruhan lagu tersebut
Ads
“Saya juga sebenarnya agak risau kerana vibes suara vokalis Govinda ini sudah sangat kuat dan serasi dengan lagu ini. Jadi, bila saya nak menyanyikan lagu ini, sudah tentu saya kena beri kelainan dan menjadi diri sendiri. Team Govinda juga sangat membantu.
“Walaupun saya nak buat kelainan, tapi saya tidak mahu mengubah konteks, vibes dan energi yang dah diberikan Govinda. Seperti kita tahu, bila sesuatu lagu itu sudah diterima jutaan telinga, bila buat perubahan, kita kena pastikan ia memberi impak pada pendengar.
“Vocal Acrobatic pun kita ada letakkan sedikit sebab peminat di Malaysia sukakan begitu. Vocal producer pun mungkin ada buat reseach dengan teknik nyanyian saya,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Ernie turut mendedahkan dia mengabadikan kisah cintanya bersama suami bagi mendapatkan sepenuh penghayatan ketika menyanyikan lagu ini
Ads
“Maksud lagu Hal Hebat ini sangat indah bagi saya. Kadang-kadang bila dalam perhubungan ini, kita tak sangka yang pergaduhan itu membuatkan nafsu amarah membuak-buak sampai kita terlupa untuk menghargai orang yang kita sayang.
“Bila saya rakam lagu ini, memang ada sedikit kesayuan di dalam hati sebab bila kita berbicara mengenai penghargaan pada orang yang kita sayang, memang amat besar maknanya.
“Liriknya juga sangat puitis. Lagu ini mengingatkan saya kepada suami. Bila menyanyi pun saya membayangkan dia. Sangat besar makanya lagu ini buat diri saya secara peribadi,” akhirinya.
Hal Hebat edisi Malaysia kini boleh mula didengari diseluruh platform penstriman manakala muzik videonya pula boleh ditonton disaluran Youtube My Music Record bermula 23 Julai ini jam 5 petang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Ernie Zakri & Govinda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebagai pendatang baru dalam karier seni nyanyian industri hiburan tanah air, Syazwan Shuhaimi tidak menjadikan situasi pandemik Covid-19 sebagai satu penghalang untuk dirinya bergelar seorang penyanyi.
Dengan usaha serta minat yang mendalam, adik kepada pelakon Eira Syazira ini percaya bahawa dia bakal meraih kejayaan dalam bidang nyanyian meski terpaksa berdepan pelbagai cabaran.
“Saya akui situasi pandemik Covid-19 ini telah memberikan kesan kepada orang ramai namun saya percaya dengan minat dan semangat yang saya ada pasti membuahkan hasil meski negara sedang berhadapan situasi pandemik ini.
“Oleh itu, saya tidak mahu situasi pandemik ini menjadi satu penghalang untuk diri saya mencapai impian yang saya inginkan.
“Pada mulanya, saya tidak menyangka akan mengeluarkan single ketika PKP ini, namun saya percaya rezeki tidak pernah salah alamat.
“Lagipun, zaman sekarang semuanya dilakukan dengan kaedah digital, jadi ia bukanlah satu alasan atau halangan pada saya,” katanya.
Dalam pada itu, Syazwan berkata dia juga tidak mahu menggunakan jalan pintas untuk menjadi seorang penyanyi atau menumpang populariti meski kakaknya.
Syazwan menambah, dia mahu belajar dan menimba pengalaman yang lebih dalam bidang nyanyian.
“Mengenai hal itu, saya percaya dengan kebolehan saya sendiri dan memang dari dulu pun saya lebih selesa untuk bergerak sendiri. Macam kakak dan abang ipar saya sebenarnya mereka lebih dikenali sebagai pelakon di Malaysia.
“Tapi saya betul-betul ingin fokus dalam bidang nyanyian sebab itu saya tidak mahu untuk mengunakan jalan pintas kerana saya mahu timba pengalaman dan belajar.
“Saya percaya dengan kesusahan itu akan membawa saya pergi lebih jauh, InsyaAllah,” katanya lagi.
Syazwan sudah mula menceburi karier seni nyanyian sejak beberapa tahun yang lalu setelah tamat pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) namun kurang mendapat perhatian daripada peminat industri muzik tanah air.
Kini, Syazwan kembali bangkit untuk menempa nama dan populariti sebagai penyanyi dengan mempertaruhkan lagu single terbarunya yang berjudul ‘Sang Purnama’.
Lagu yang telah diterbitkan oleh syarikat rakaman RocketFuel Entertainment ini merupakan hasil ciptaan komposer Shazee Ishak dan Audi Mok.
Foto: Instagram Syazwan Shuhaimi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan penyampai radio, Ajak mengakui berasa sangat bersyukur kerana sehingga kini kerjayanya sebagai seorang penyampai masih lagi mendapat tempat di hati para pendengar.
Pada masa sama, Ajak turut menyangkal dakwaan segelinitir pihak yang merasakan kehadiran pelawak-pelawak sebagai penyampai radio hanya akan menutup pintu rezeki orang lain.
Jelas Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak, tidak kiralah apa pekerjaan anda sebelum ini, sekiranya anda berbakat dan memiliki kritiria-kritiria yang telah ditetapkan, anda sebenarnya layak untuk menjadi seorang penyampai radio.
“Sebenarnya saya sendiri pun tak tahu bagaimana penerimaan orang terhadap lawak-lawak saya. Buat masa sekarang Alhamdulillah saya bersyukur kerana saya belum lagi terima komen-komen negatif.
“Cuma kalau nak katakan pelawak-pelawak yang jadi penyampai radio ni sebagai menutup rezeki orang lain, saya rasa tak mungkin.
“Sekali lagi saya ingatkan di sini, tak kisahlah apapun profession anda, kalau dia seorang postman pun dan dia berbakat, saya rasa dia layak untuk jadi penyampai radio,” katanya kepada MH.
Ajak yang juga merupakan penyampai segmen Team Pagi Suria itu berkata sedemikian dalam satu temu ramah bersama MH baru-baru ini.
Dalam pada itu, bapa kepada tiga orang anak ini turut mendedahkan sesiapa sahaja yang ingin menjadi penyampai radio harus menjalani sesi ujibakat terlebih dahulu dan prosesnya tidaklah semudah seperti yang disangka.
“Kita tak boleh nak menafikan bakat-bakat orang lain. Sebenarnya, nak jadi penyampai radio ini dia terbuka kepada semua. Boleh jadi anda seorang pelakon atau pengacara tapi dia kena lepas la dulu sesi ujibakat.
“Nak jadi penyampai radio kena jalani ujibakat juga. Tak boleh nak serkap jarang je. Prosesnya pun susah kerana kita kena tahu cara berkominikasi dengan betul dan peka dengan situasi semasa.
“Saya sebenarnya tiadalah belajar pandai sangat pun cuma cara saya bercakap tu yang buat stesen radio terima. Alhamdulillah saya masih lagi di sisi.
“Terima kasih kepada semua yang menyokong. Kadang-kadang saya pun gelak sendiri juga,” jelasnya lagi.
Selain Ajak, Team Pagi Suria yang ke udara bermula jam 6.00 hingga 10.00 pagi turut menampilkan dua penyampai lainnya iaitu Issey dan Fizi Ali.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan bekas penyampai radio, Siti Elizad mendedahkan dia kini tidak mahu terlalu memikirkan mengenai kontroversi yang telah melanda dirinya sepanjang minggu lalu.
Jelas Elizad, dia sebolehnya mahu memulakan semula hari-harinya itu dengan semangat yang lebih positif serta azam yang baru.
Pada masa sama, bintang berusia 37 tahun ini turut menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kata-kata semangat buat dirinya sepanjang tempoh sukar itu.
“New week, new vibes, new goals .
Thank u all for your support & prayers .
“Allah sembunyikan matahari , DIA datangkan petir. Kita menangis dan tertanya-tanya kemana hilangnya matahari? Rupanya Allah nak bagi pelangi,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyampai radio sinar itu menerusi sebuh hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Elizad turut menyifatkan segala dugaan yang telah menimpa hidupnya selama ini merupakan petanda daripada Allah SWT untuk menjadikan dirinya seorang wanita yang kuat serta tabah.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memuji semangat yang ditunjukkan oleh Elizad selain turut mendoakan semoga semua segala urusannya akan sentiasa dipermudahkan.
“Untuk menjadi manusia yang lebih baik, kita perlu lalui macam-macam pengalaman. Moga dengan itu, kita lebih dekat dengan-Nya. InsyaAllah Amin.
“Salam, akak doakan agar semua dipermudahkan buat kamu. Stay safe and bila dah buat balik ivf tu please jangan lasak sangat.
“Yeay, Kak Ejad is back. Mana boleh tak back strong woman dia ni,” antara reaksi-reaksi netizen di ruangan komen.
Awal minggu lalu, Elizad telah meluahkan rasa berang dengan komen seorang pengguna Facebook yang melabelkan dirinya sebagai ‘mandul’ gara-gara tidak dikurniakan zuriat sehingga sekarang
Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Elizad terhadap individu berkenaan manakala proses saman pula dikhabarkan bakal menyusul.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Siti Elizad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!